Sunday, May 1, 2011

Stesen Ipoh

sila nikmati gambar ni dulu ye.....
Stesen keretapi ipoh dari fly over dekat dengan medan kidd, dari sini boleh nampak keseluruhan dan kecantikan bangunan ni, pada aku la..saja bagi efek itamputih nak bagi nampak klasik

yang ni plak pemandangan bahagian depan bangunan stesen tu, kawasan lapang depannya kalau pergi tengahari panas renta k. kawasan teduhan kurang tapi duduk dalam bangunan leh merasa sejuknya aircond.

pemandangan sisi dekat dalam bangunan kat kawasan rel keretapi. ada kedai makan nama monorail kafe tak silap aku. tapi walau kat luar bangunan tetap rasa nyaman je bahagian ni.
gambor yang kat bawah plak laluan keretapi menghala ke tanjung malim rasanya.
good morning everybody...ini adalah satu post yang takde apa nak cerita sangat, cumanya nak berkongsi gambor stesen keretapi Ipoh. gambor ni aku ambk masa jalan2 sementara tunggu bas aku pukul 1.00 dekat stesen medan kid nak balik teluk intan. dah sementelahan aku sampai situ dekat kul 12 lebih sikit and unfortunately bas dah berlalu pergi so aku pun kena tunggu next bus ke teluk intan yang gerak pukul 1.00 petang. nak pergi makan rasa kenyang lagi sebab breakfast pagi tu adalah bege king haha..ipoh dah maju ada BK dekat ngan medah gopeng. salah satu sebab terlepas bas tu mungkin adalah kerna aku tersalah menginform kawan aku sebab memula ingat bas ke teluk intan ada kat medan gopeng, rupanya dekat medan yang lain huhu. anyway dan tahniah untuk faiez kawan aku kerana dengan tabahnya hantar jugak aku ke setesen sebenar. So sementara menunggu jam 1.00 tengahari tu aku pun nak duduk je kat medah kid cam bosan so jalan2 la ala feeling tourist sekitar stesen bas tu, nampak banguna tu cantik bangunan ni old skull sampaila aku kat Stesen keretapi ipoh ni, stesen ni glamer kerna rekabentuknya yang british dan klasik, bangunan kaler putih ni nampak gah kalau ditengok dari jauh dan tetap cantik walau dari dekat. Bangunan sikit punya besar tapi bila masuk rupanya ruang legar untuk tunggu keretapi nya takdelah besar mana pun, tapi okla sebab rasanya masa aku pergi tu bersih n yang penting ada aircond, lepas aku meredah panas menapak leh la rehat2 jap dalam tu haha..

Ipoh ni kalau ikutkan rasanya banyak jugak bangunan dia yang klasik2 dan masih digunakan untuk tujuan lain macam balai polis dewan bandaran stesen keretapi so katanya daya tarikan tu adala untuk peawat bangunan bersejarah, tapi sayangnya connection kalau nak jalan kaki ke bangunan-bangunan tu tak bersambung dan panas laluannya. mengikut pendapat aku la semasa berjalan tu kalau laluan pejalan kaki dari stesen keretapi ke medan kidd tu buat cantik2 ngan laluan yang redup dengan pokok pukul lima mesti cantik dan nyaman orang nak menggunakannya. satu lagi terpaksa aku akui walau aku orang perak Ipoh ni macam serabut n tak kemas hahahaha....berterabur...<-datuk bandar jgn marah ye.
okla cukup sesi mengarut aku untuk pagi ini, kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, nanti kita bercerita lagi....hahaha bajet popular.
p/s: jom next time kita ramai-ramai try keretapi laju kl - ipoh nak? aku dah siasat dah tambang nya rm25.00 masa perjalanan 2jam40minit.

2 comments:

shahnon said...

i dah biase dah lalu lalang depan tempat nie...biase aje...

Anonymous said...

hahaha lalu kat depan ngan masuk kedalam lain rasanya...