Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga kalian-kalian pembaca tegar sekalian berkeadaan ceria pada pagi jumaat yang mulia ni. Ada antara kawan2 aku yang gundah gulana sebab anak muridnya tertusuk selumbar, ada yang tgh berpuasa sebab minggu depan kena buat medical examination, aku pulak duk menanti kerja yang tak kunjung tiba. Konsep biarpun hujan didalam hati tetapi percaya insyaALLAH ada pelangi yang sedang menanti sedang cuba aku terapkan, meredhai ketentuan yang sesudah sememangnya ditentukan ILAHI, kita perlu percaya setiap sesuatu ada musababnya dan setiap kesusahan akan ada balasan baiknya insyaALLAH. Mak ngan apak aku selalu cakap takde benda yang senang dalam dunia ni, setiap benda tu hanya kita yang boleh tentukan mudah atau payahnya nak buat. Lagi pun kalau semuanya senang sangat nanti macamana kita nak merasai keindahan kehidupan ye dak? nanti bila dah ada anak takleh nak cerita kat diorang dulu bapak pergi sekolah jalan kaki je, baju sekolah ganti setahun sekali, bapak dulu tak dapat main PSP bagai ni, petang2 kena gi tolong atok korang kat kebun..kan bunyinya macam kalau kornag tak experience kesusahan hidup tu macam hidup korang satu kaler je. Kalau korang merasai kepelbagaian dalam hidup barulah hidup korang jugak akan menjadi berwarna warni macam pelangi lepas hujan turun.
Hahaha cukup sudah sesi ceramah utk jumaat ini, ayuh kita meraban plak.....[kalau nak sambung baca klik butang read more...]
Semalam rasanya for the first time dalam hidup aku dapat tengok pelangi dalam bentuk lengkungan macam tu melalui tingkap bilik aku. Tapi aku tak mampu nak kongsi gambar yang aku ambik sebab masa aku snap gambar tu langit sudah warna kuning nak maghrib, gambar tak clear makanya untuk bagi gambaran pelangi yang aku nampak semalam kat korang aku pinjam gambar diatas dr en wikipedia khas untuk korang2 semua. Masa kecik-kecik dulu orang kata kat mana pelangi tu jatuh la kat situ ada tempayan/takar, labu yang berisi penuh dengan emas hakmilik orang bunian kalau versi orang putihnya hakmilik leprechaun haha. Kalaulah betul rasanya semalam kayala jadinya kem tentera sungai besi tu sebab memang dia landing elok dalam pagar diorang tu, tapi betoi la gamaknya sebab semalam atmosphere kat rumah aku ni memang warna kuning keemasan pun memancor-mancor warnanya haha
Orang tua dulu-dulu cakap kalau pelangi keluar jangan tunjuk sebab nanti jari jadi kudung kalau pakai mulut nanti mulut jadi sumbing. Tapi masa aku kecil dan comel dulu bila nampak pelangi lepas hujan memang macam ter-eksaited lebih dan selalu je tunjuk pelangi tu guna jari. tapi bila masa teringat pesan orang tua cepat-cepat tarik balik jari sebab takut nanti jadi kudong plak, tu berusahalah jugak buat macamana pun nak tunjuk pelangi tu kat kawan2 or family. apalah agaknya sebab orang tua dulu2 tak bagi kita tunjuk pelangi tu?
No comments:
Post a Comment