Tuesday, January 13, 2009

CAMERON HERE WE COME - update










Hujung minggu ke-2 Januari aku ngan 20rang kawan matriks aku fakry a.k.a housemate aku ngan hafizi pergi ke Cameron Highland setelah berkali-kali merancang dan asyik gagal aje..akhirnya kami mengadakan lawatan ini secara mengejut dan juga tanpa perancangan yang begitu rapi. Pada peringkat awal kami perancangan yang dirancang hanyalah tarikh & masa & tempoh lawatan yang hendak kami lakukan dan hasilnya kami sampai ke kawasan peranginan tanah tinggi yang glamer di Malaysia ini pada pagi2 ari sabtu setelah keluar dari rumah Hafizi jam 5.30 pagi setelah berlaku beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan, walau keluar awal pagi sampai Cameronnya dah agak tengahari iaitu tambah tolak jam 10 pagi la samapi ke kampung raja [kawasan teratas Cameron Highland] kerana kami menggunakan lebuhraya PLUS dan laluan baru ke Cameron - Simpang Pulai. gambar atas tu adalah panorama yang diambil di perjalanan menuju ke puncak.

Gambar kanan adalah gambar pokok paku pakis yang banyak sangat kat Cameron ni..cantik...kalau kat sg Buloh pun ada jual rasanya mesti diorang main cabut kat sini then jual kat sungai buloh ngan harga ratus-ratusan. dah lama berkenan ngan pokok ni ingat nak cabut je ikat atas kereta bawak balik haha... yang atas kiri plak gambar anak sungai kat ladang teh boh sungai palas, airnya sejuk ya amat macam air ais dalam peti ais..kalau mandi masuk 2minit comfirm biru bibir kesejukan..airnya jernih lak tu macam harmoni je rasanya masa duk kat situ siap ada view bas sekolah melintas ladang teh boh lagi. wahhh terasa sejuknya sampai sekarang.
kebanyakan dari pekerja dikawasan ladang teh ini adalah bangsa india dan kesimpulannya masa jalan kat Cameron ni rasa macam majoritinya adalah bangsa India yang kebanyakannya berkerja diladang bunga, teh n mempunyai ladang strawberry sendiri contohnya ladang strawberry raju dan kasimanis strawberry farm.

LADANG TEH CAMERON VALLEY & LADANG TEH BOH, SUNGAI PALAS

first stop kami kat Cameron ni adalah ladang teh Cameron Valley yang terletak di daerah Brinchang yang mana dalam 10km dari pekan raja iaitu pekan kecik yang banyak kawasan penanaman sayuran dan pekan pertama jumpa kalau naik ikut pintu simpang Pulai.

Ladang teh Cameron Valley yang aku singgah ni macam kecik je, mungkin untuk tujuan pelancongan semata-mata agaknya, kat situ ada jugak kedai yang menjual teh dan juga souvenier Cameron [keychain je la yang banyak n comel] yang atas kanan tu adalah rumpai yang hidup segar kat Batang pokok teh kat situ. yang bestnya sejuk kemain tempat tu, lagi2 kalau kena tiup ngan angin huhu..sejukkkk.. masa turun ikut jalan lama atau jalan tapah barulah kami namak lebih luas lagi ladang teh Cameron Valley..sebanyak beberapa buah bukit banyaknya.


selain daripada Cameron Valley ada jugak ladang teh yang glamour di Malaysia ini iaitu Ladang Teh Boh Sg Palas. Sg Palas Boh Plantation ni ada kilang, ladang dan juga tempat utk menikmati pelbagai jenis teh dengan pemandangan ladang teh yang luas menghijau...cantik sangat.
Pelawat juga boleh melawat ke dalam kawasan kilang melihat bagaimana proses penghasilan teh boh yang kita minum itu dihasilkan...dalam setahun kilang ni mampu menghasilkan 600,000 kg serbuk teh.
sempatla masa kat ladang teh boh ni aku minum teacino perisa caramel n kawan aku minum boh teh chamomile dan sorang lagi minum boh passion fruit sambil menikmati kesejukan angin petang yang mendung dan pemandangan ladang teh yang amat cantek. memula kami sampai takde orang tapi lama-kelamaan makin ramai orang yang sampai, masa kat Cameron akmi ni macam pelaris lak - mana tempat kami pergi mesti lepas tu ramai yang singgah haha..
cuma satu nak pesan pada yang nak melawat ladang Sg Palas ni nanti jalan masuk kena berhati2 sebab jalan masuk dia kecil dan berliku-liku kehidupan, so kalau ada kereta dari arah bertentangan silalah berundur dan rajin2lah menekan hon kereta sebagai tanda amaran untuk pemandu lain.
TAMAN ROSE & BUNGA
Dah sampai ke Cameron Highland wajibla saudara & saudari menjejakkan kaki ke kawasan penanaman bunga yang melambak-lambak kat Cameron Highland ni, terutamanya kebun bunga Ros dan juga cactus. Tempat yang kami lawat kali ni tak silap aku namanya Rose Garden macam tu la agaknya. nak masuk tu kena bayar RM4.00 memula rasa macam rugi je nak bayar siap tanya kaunter luas ke kawasan Gardennya tu, amoi tu cakap luas..kami pun masukla tengok2 memang luas betul siap ada trek macam naik turun bukit. Bukan setakat bunga ros yang ada kat dalam ni ada bunga anthurium pelbagai warna -putih, merah pink n ungu [ungu ni yang baru aku tau wujud]. selain pokok adala 2 ekor peacock seekor ayam belanda ngan sepasang arnab plus ada la cactus secubit dua. Ada bunga daisy ada kawasan kolam dan macam2 lagila..so bayar RM4.00 tu macam berbaloi jugak la sebab boleh tengok bermacam2 jenis bunga ros ada ros besar kecik rimbun warna warni huhu..ada yang wangi ada yang tak berbau pon haha..tapi ada satu tu wangi gila [rasa nak masuk dalam poket je] haha.

Yang kanan sekali tu la gambar bunga apa ntah haha..then tengah bunga rose warna ungu pudar-pudar macam dah nak ke warna silver n yang kanan skali tu gambar kawan aku yang pergi rombongan sambil belajar ke Rose Garden tu.

Now let the story continues....
selain bunga rose kat sini ada banyak bunga dahlia, daisy, bunga 3bulan dan bunga raya pelbagai warna dan saizdan macam-macam lagi..geram tengok semua cantik2 dan segar bugar rasa nak ambik benih buat masuk poket je haha [habis dah benih semua kena rompak haha] kat bawah ni antara gambar bunga dahlia yang diambil menggunakan kamera casio saya sendiri yang telah berusia setahun jagung..


STRAWBERRY FARM
setiap kali naik ke Cameron benda orang paling suka pesan adalah buah STrawberry yang sememangnya kalau kat Cameron ni bergayut-gayut macam kat gambar sebelah tu, ladangnya ada banyak dari sekecik halaman rumah sampai ke seluas padang bola stadium negara. tengok pakcik dalam gambar tu muka macam dah muak tengok buah2 yang kiut miut tu..kami yang jarang dapat tengok rasa macam nak ramas aje buah tu kasi pecah haha.
ada macam-macam cara yang boleh dilakukan ngan strawberry ni. ada yang jual main timbang kilo ada yang boleh dipetik2 sendiri dan saudara-saudari hendaklah pandai memilih kedai yang murah..kalau nak rasa macam strawberry farmers yang sangat berjaya kosnya dalam RM 30.00 sekilo kalau nak petik sendiri la..disebabkan rombongan kami ni macam rombongan destinasi bajet so kami tak buatlah perkara tu, tapi nasib baik sebab tengok orang yang buat n bayar mahal tu pun muka macam stress je masa nak memilih buah tu haha...mungkin untuk pasangan yang tengah honeymoon tu sesuai la kalau nak feeling2 romantika tu haha...sian airid...

nasib baik kami bijak sebab beli buah strawberry tu kat pasar malam yang kat Brinchang petang sabtu tu dapatla RM20 sekilo setengah kali tapi dia dah siap kampit2kan..tapi nasihat aku makanla masa korang baru lepas beli tu sebab masa tu baru dia betul2 puas makan dan sedap terasa, sebab kalau macam simpan dan dibawa ke tanah rendah strawberry cepat kecut...hampeh betul [masa bawak ke opis dah cair macam jem plak dia huhu] . nasib baikla bebudak opis ni makan dengan penuh keredhoan hati aje haha...

NEXT STATION : CACTUS POINT
sebenarnya turutan cerita yang ditulis bukanlah mengikut catatan waktu perjalanan yang sebenar, semuanya disusun mengikut sukahati aku sahaja, so kini tiba masa untuk aku cerita part paling aku suka sekali masa jalan ni adalah bila masuk cactus point. sebab dia free and aku leh tengok macam2 jenis kaktus..huhu tetiba rasa terharu kaktus tu banyak dan rasa macam semua tu aku yang punya aje..[haha bolehhh macam tu]
untuk pengetahuan semua aku mula kenal kaktus masa form 3 masa tu ada pakcik jual spesies ni kat sekolah masa hari kantin dan pokok kaktus pertama aku tingginya dah menjulang setinggi 11kaki dan selepas itu aku mula memilih supaya hobi aku adalah pengumpul kaktus yang berjaya dan sehingga samapi aku abis blaja kat Matriks kaktus aku ada dalam 60-70 jenis..amacam banyak tak? tapi sekarang semuanya sudah tiada lagi kalau kutip2 keliling rumah tu adala dalam 6 spesies je lagi haha..
Tapi takpe setelah hobi kaktus aku dirangsang semula setelah tengok banyaknya kaktus kat kaktus point ni aku akan bermula semula...untuk permulaan aku dah borong dalam 12 pokok kaktus jenis berdaun [macam setawar] ngan yang berduri2 menjadikan koleksi aku sekarang ni ada 20 jenis la agaknya plus yang dikutip2 semula haha...
the epic continue....epickah ini? haha the journey of the three stooges bersambung lagi selepas lawatan ke Cactus Point kami pun dah letih2 dan menuju ke titik lawatan terakhir kami untu siang sabtu tersebut iaitu pekan sehari yang terletak di BRinchang berhadapan dengan kem askar rasanya, pekan sehari diorang ni samala ngan pasar malam kita cumanya barang jualan kat sini tetap ditujukan untuk para pelancong yang mana kebanyakannya menjual sayur-sayuran segar dari ladang yang telah dipaket2kan dan dijual pada harga 6,7,8,9,10 paket untuk RM 10.00 sahaja. yang penting kena pandai negotiate harga n buat comparison size untuk setiap paket..kat pasar malam ni la aku beli pokok sebanyak 12 pasu untuk tanam kat rumah aku..tota harga semua adalah RM15.00 untuk 12 pasu kaktus..kalau kat sini RM3.50 sepasu tu haha..selain tu aku beli jugak sayur-sayuran yang samapi hari ni ada lagi dalam peti es kat rumah haha..beli kentang bayi[baby potato] sweet potato [keledek kaler ungu] ngan tomato cherry buat salad haha + putik bunga lily buat goreng-gorengan kununnya. satu benda aku suka tengok adalah anak carrot macam comel aje pokok tu sebab jual ngan daun-daunnya sekali. tapi sayang sekali sebab round2 kat sini tak sedar diri sampai lupa nak ambik gambarnya so hanya boleh cerita sahaja.

Friday, January 9, 2009

WE LOVE PALESTINE


SEBAGAI SOKONGAN SAYA MENENTANG KEGANASAN RAMPASAN DAN PERANG ISRAEL KE ATAS PALESTIN SAYA MELETAKKAN POS INI.
kita bersama-samalah berdoa supaya Allah S.W.T dapat memberikan rahmahnya kepada penduduk Palestin dan semua umat islam di dunia ini dan semoga Allah menurunkan bantuannya kepada umat islam yang berada di dalam kesusahan dan menurunkan balanya kepada kaum yahudi israel sebagai mana Allah S.W.T menurunkan burung-burung ababil kepada tentera bergajah musyrikin.
ALLAHumma, Dammireeel Yahud wan Nasara wal Munafiqin fiii Gaza wa fiii Palestin
(Wahai ALLAH, Hanchurkan Yahudi & Nasrani dan org-2 munafik di Gaza dan di Palestin)
wa ALLAHumman Surril ISLAM, wal Muslimeeen wal Mujahideeen
(dan ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM dan kepada Muslimin [dan mukminin] dan Mujahidin)
fiii Gaza, wa fiii Palestin, wa fiii Mindanao, wa fiii Chichyen, wa fiii Malizia, wa fiii kulli makaaan, wa fiii kulliz zaman…, biRahmatikayaaa. .. ARHAMARRAHIMEEEN. .
WasSallALLAHU` `ala, Sayyidina Muhammad Rasuuulillahu `alaihiwasSallam, Tasliiiman Katheeera… , wa `ala alihi, wa sohbihi ajma`een, wal HAMDULILLAHIRABBIII L `ALAMEEEN… … Ameeen Ya ALLAH
p/s: aje gile israel tu...tetiba je ngamok... Macamana la agaknya hati perut orang israel ni kan bunuh orang macam bunuh apa je..sian budak-budak dan wanita yang tertindas dan meninggal dunia macam tu je. kalau lah boleh hantar Tok dalik ngan Bok Miah kesana untuk santau atau rasuk tentera israel yang takdak akai tu kan bagus .

p/s2: untuk maklumat etrkini berkaitan perjuanagn islam di Palestin tolong layari

Once in Morocco

[laman duta]

Sebelum wedding airid dulu kami sebagai teman sepejabatnya [iaitu aku ngan nora] pergi menemankan airid mencari lokasi penggambaran untuk gambar perkahwinannya dah tempat yang kami tujuan adalah sedekat-dekat taman kat pejabat sampailah sejauh-jauhnya sampai ke MOroCCo.


[laman duta]

Lokasi Pertama kami adalah Laman Duta yang terletak bersebelahan dengan pejabat kami, jalan kaki dalam 25 langkah dan juga termasuklah Taman Canseri yang terletak dikawasan bukit berhampiran.

[wajah-wajah ceria pengantin kat Taman Canseri]
sesudahnya kami berjalan pulak ke kawasan Ladang UPM yang dekat tepi highway tu, ladang ni merupakan padang ragut untuk lembu2 UPM, ada satu bukit yang femes dan selalu digunakan untuk penggambaran padang ragut. tak silapnya iklan Maybank yang baru tu pun buat kat situ sebab dia femes ngan kawasan bukit dan sebatang pokok.

[ladang ternak upm]

kepada sesiapa yang nak mengambil gambar kat kawasan UPM ni akan dikenakan deposit penggambaran sebanyak RM 500.00 kalau gambar kahwin la ye..gambar lain tak tau la. Tapi airid setelah pikir beribu-ribu kali akhirnya tak nak buat kat sini sebab terlalu banyak najis lembu kat kawasan ni disamping kos pembayaran deposit yang terlalu tinggi.. UPM taklut lembunya jadi daging kenduri agaknya..haha..
akhir sekali kami pergambar kat Morocco Pavillion yang terletak berhampiran Taman Botani Putrajaya...dah 2 tahun duk kat Putrajaya itulah first time gi masuk kawasan Taman Botani Putrajaya ni..huhu..mmg cantik tempatnya.. keistimewaan Pavillion ini adalah rekabentuk binaan bangunan yang berkonsepkan macam masjid kat morocco yang mana pada dinding-dindingnya terukir tulisan khat arab. [kami bukan la pergi Morocco yang sebenar ye] kalau nak jalan2 kat Putrajaya ini adalah antara bangunan yang jatuh dalam senarai must visit.
Ramai yang ingat bangunan ini adalah masjid yang cantik...tapi untuk buat photoshoot kena ada duit RM200.00 untuk - sejam ke dua jam ye airid?


gambar-gambar ni diambik semasa sessi lawatan terakhir kami dalam mencari lokasi penggambaran tersebut dan akhirnya airid dan pasangannya memilih untuk mengambil gambar di Morocco Pavillion bersama-sama pengapit-pengapitnya. aku tak dapat nak pergi tengok sebab kononnya macam ada mesyuarat hahaa..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
"AIRID PITT"