Monday, May 16, 2011

Dari Tadika Sampai Universiti

Masa umur 6 tahun aku mula masuk sekolah tadika taski abim nurul yaqin kat depan lorong aku jalan kaki je nak ke tadikanya. masa kat sekolah tu aku ada 2orang cikgu yang sorang tugasnya mengajar dan sorang lagi tugasnya menjaga makan minum dan keperluan murid-muridnya. masa umur 6 tahun paham2 je la perangai budak2 macamana kan, memang la dua orang cikgu ni terpaksa bertabah hati mengajar dan mendidik kami sampai tau membaca, menulis dan mengira.

lepas sekolah tadika masuk plak sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. masa darjah satu aku dalam kelas hijau, ingat lagi kelas aku tu dulu kat tngkat bawah sekali dekat ngan tangga. Biasala bebudak memula masuk sekolah nangisnya banyak, mak bapak tercongok je  dekat tingkap dari pukul 7.45 sampai la ketengahari, memang ada bebudak yang tak nampak mak diorang kat tingkap terus nangis. aku masa tu takde nangis-nangis ni sebab aku hero. Ingat ada satu insiden budak kelas aku dia terberak dalam seluar masa dalam kelas masa kena hukum berdiri atas bangku. Hahaha masa tu sekali lagi aku nampak ketabahan cikgu cikgu ni membersihkan budak tu, siap hantar dia balik kerumah lagi. Sekolah rendah pun ada lower n upper jugakkan? masa upper primary school tu aku punya kelas up sikit naik dari kelas hijau ke kelas 4 kuning sampai la aku darjah 6. Masa tu la aku rasa waktu sekolah yang paling best, cikgu-cikgu masa tu rasanya sporting yang amat. cikgu kelas aku masa tu cikgu dahlan dia naik kereta katak warna kuning no plat AD hehe. masa tu cikgu layan kami bukan macam budak sekolah rendah dah, diorang dah mula bagi kepercayaan kat anak murid dia untuk menyumbang kepada sekolah. masa hari kantin kelas aku jadi tukang potong kupon. Masa ni aku ada cikgu dahlan, cikgu lim, cikgu amir, cikgu anuar dan lain2.


Bila lepas UPSR result hero kampung biasala takde semegah mana pun tapi dapat jugakla masuk asrama setahun kat Sekolah Menengah Sultan Abdullah ambik kelas aliran agama masa tu. Masa tu tetiap mak ngan apak aku datang melawat mesti aku tengah tidur hahaha so tak lama la kemudiannya aku ditransfer masuk ke SekolahKebangsaan Seri Perak, sekolah aku sampai la aku tingkatan 5.  Dalam banyak-banyak cikgu aku kat situ aku paling ingat sekali adalah jasa cikgu sarah yang rasanya sangat banyak kat aku ni. Dia ni cikgu Matematik masa aku form 3, aku pindah sekolah form 2. makanya sebagai pelajar yang sebelum ni selalu tidur maknanya subjek matematik aku takde lah semengancam mana. Atas jasa kegarangan dan kecekalan cikgu sarah ni buat muka garang kat aku la aku dapat gak result yang baik masa PMR tu. then sekali lagi pada aku dia jadi penyelamat bila jadi cikgu matematik moden masa aku form 5 plak, sebab masuk form 4 tu aku buat perangai balik jadi bengap ya amat subjek matematik lagi2 bab matrix tu. Bila kena suruh hari2 selesaikan masalah matematik kat depan kelas makanya otak aku menjadi celik matematik. hahaha walau masa tu rasa benci yang amat bila dia nak masuk kelas, kerja sekolah plak kalau dia bagi macam main sebut je mukasurat berapa dia nak, kekadang habis satu bab sehari je..haha tapi mana nak buat sebab takut ngan dia makanya aku terpaksa menggigihkan diri datang sekolah awal pergi copy jawapan orang lain hahaha..nak selamat punya pasal. Bila ambik SPM dan dah dapat result Alhamdulillah daripada muka fail matematik setiap topik masa form 4 dapat jugakla merasa A2 masa SPM. then masa tu bila kenang-kenangkan dia takdela marah mana pun masa masuk kelas, cuma sebab dia mampu bertabah membuat muka cengal menyebabkan aku berusaha gigih menyelesaikan setiap tugasan yang dia bagikan. Cikgu lain jugak adalah cikgu mazlan, cikgu zainab, cikgu roslan, cikgu appalasamy, cikgu hajariah, cikgu roslina dan cikgu cikgu lain.

Bila dah sukses dalam SPM aku pun dapat offer masuk KMK kat sini pun aku membawa penyakit kuat tidur lagi haha..mungkin rahsia otak kau banyak kekosongan ni sebab kuat tidur agaknya. kat sini akau ada 4 orang cikgu yang memang jaga kelas aku masa tu kelas A. matematik cikgu rohana merangkap mentor aku, fizik cikgu rosnani, biologi cikgu zetty n cikgu kimia plak adalah cikgu misha. cikgu-cikgu kat sini boleh dikatakan sampai mengalami depresi la nak mendidik kami-kami ni. masa ni aku budak baik takdelah buat hal sangat pun hehe.

Lepas Matrix aku masuk plak USM buat kos Perancangan Bandar dan Wilayah, kat sini memang banyak sangatla pensyarh-pensyarah yang aku jumpa yang telah membimbing dan mengajar aku selama 4 tahun aku duduk kat fakulti tu, masa tu juga aku ada trio pensyarah yang cukup cemburu aku kekelas memakai selipar iaitu Dr Alip, Dr Badar and Dr Rahmat haha..anyway kat sini jugak aku nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada diorang-diorang dan pensyarah-pensarah lain macam Dr Amir, Dr Hassim Mat, Dr Nurwati, PM Talhah, dan ramai lagi sebab memberi peluang dan ruang untuk aku mendapat Ijazah mengikut masanya.

Dikesempatan yang aku ada ini dan sempena menyambut hari guru pada 16mei 2011 ini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu, para guru, pensyarah-pensyarah yang telah bertabah hati mengajar, mendidik dan membimbing aku dari masa aku tadika sampaila aku ke universiti. Nak balas jasa pendidik aku ni semua ni memanglah susah rasanya, kini aku hanya mampu mengucapkan terima kasih yang ikhlas dari lubuk sanubari sebab mereka bukan sahaja mengajar aku untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi juga membimbing aku untuk menjalankan kehidupan sehari-harian. Terima Kasih Cikgu dan

SELAMAT HARI GURU

No comments: