Wednesday, May 18, 2011

Bukit Broga aku dah tawan


Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian, this time i want to tell all of you about my journey to Broga Hill at Semenyih Selangor. Pagi ni tadi kira-kira jam 4.20 am aku dah terjaga sebab nak pergi mendaki bukit Broga ngan kawan aku merangkap jiran depan rumah je. Plan awalnya hanyalah secara mengejut dimana aku menghantar proposal untuk menawan puncak broga ni menggunakan sistem pesanan ringkas je kat kawan aku, dan tak disangka2 permohonan i terus approve u. so sebab plannya ad hoc makanya tiadalah persediaan fizikal rapi utk aku menambah kekuatan nak naik bukit keesokan harinya. Malam tu kekononnya nak diskas rupanya tak berlaku sebab aku diserang perasaan mengantuk yang amat dahsyat, tidur awal maka aku dapat bangun awal.
Memandangkan aku punya hp skang ni agak berpuaka dan suka restart sendiri makanya tidaklah boleh aku mengharapkan henset aku tu untuk jadi penggera, berkobar semangat nak bangun awal aku siap setting alarm guna internet komputer lagi, rupanya komputer aku pun padam sendiri malam tu. Nasib baik mata otomatik terbangun kul 4.20 am tu. Aku pun siap2 la mandi gosok gigi cuci wajah bagai, jerang air konon2nya nak buat kopi la...rupanya nan ado haha. Lagi 2minit kul 5.00am aku kol kawan aku rupanya diorang pun tak siap lagi. so sempat la aku bukak google map and mememorisekan laluan perjalanan dalam kepala otak je, konsepnya berserah dan tawakkal je kalau tersesat. Alhamdulillah perjalanan lancar n selamat sampai dengan jayanya, sampai kat ladang kelapa sawit kaki bukit broga tu dlm kul 6.15am. Pehhh masa sampai tu ingat dah kira awal n takde la orang rupanya masa tu parking dah jauh kedalam ladang sawit dah ramai giler rupanya yang naik benda ni. Dari budak kecik sampai datuk nenek, dari yang kurus cekeding sampai yang bulat macam bola.

Sampai tu penuh kompiden la nih daki slow mantain macho je, tengok dalam TV n gambar kat internet trek dia takdela curam sangat so sempoiii confident macam jalan makan angin. rupe2 nya itu semua tipu belaka, terrain dia punya kecerunan adalah dlm 10darjah gamaknya. Kalau nak buat rumah dan kena ada kajian terperinci tu. Puncak Broga 1.7km & Gunung Tok Wan plak lagi banyak km-nya. Jalan baru kira-kira 700meter jantung rasa berdebor panas je, masa tu one of our member dah menyerah kalah dah. Aku ngan Faiz tinggalkan dia kat tepi batu dekat dengan pokok berkasut dan teruskan perjalanan menawan pucak pertama Broga tu, baru aku tau masa kat situ semua sekaliada 4 check point ye. Nak sampai yang pertama tu je korang akan kena mengalami jerih perih yang kedua tu korang turun bukit balik and yang ketiga tu naik balik bukit tu.Yang Pertama jerih perih yang kedua senang lenang dan yang ketiga mengecutkan hati rasa nak naik sebab dia punya trek berkecuraman lebih tinggi dan most of the laluan dah jadik licin, macam leh main gelungsur kat situ. Actually lepas puncak 1 aku dah nak surrender tapi nasib baik aku continue journey so masa kat puncak ke 3 aku leh la nampak orang yang hanya baru sampai kat peringkat 1 tu, ramainya orang masa tu jangan cakapla...kecik je nampak macam tgh buat celebration tgh2 puncak bukit tu. Aku perasan masa tu kalau yang selalu apdet gambar kat internet biasanya adalah gambar selepas berjaya melalui puncak yang pertama, sebab lepas tu baru ada dataran lalang-lalang yang macam selalu tunjuk dalam gambar tu.

Lepas puncak ke3 tu aku dah memang suruh faiz je la yang continue sebab masa tu rasanya jantung aku terlebih pam darah sampai rasa nak meletup dah..[bahana sebab tak bersukan]. Then faiz pun pergila sendiri2 naik mencari prospek yang lebih cerah katanya, and aku bila dah lama duk berehat kat situ jantung dah normal balik tengok si faiz tengah beratur lagi nak naik check point ke 4 tu terus la aku pun beratur nak naik sama. Alhamdulillah samapi jugak kat setesen teratas sekali, dapatla bergambar kat signboard yang ada tulis selamat datang ke puncak bukir broga 400m. Alang2 dah sampai atas skali aku pun berehat la dengan jayanya kat atas batu besar atas tu. Rupanya walau aku duduk tingkat 15 rupanya bila kat tempat macam tu aku lagi gayat rasenya. Satu hal lagi kalau korang2 terasa nak naik suatu hari nanti silalah bawak makanan sebab kot tak jadi macam aku duk tengok je la orang punya makanan haha.

Kalau dah sampai atas mestilah nak kena turunkan. Jangan ingat laluan turun tu senang ye, rupanya sama jugak susah macam nak naik tadi and rasanya ada laluan yang lebih mencabar daripada laluan naik. Masa kami turun tu kami turun skali ngan satu family agak meriah datang dari Puchong for the first time gak macam kami, makanya masa turun tu takde la bosan sangat and terdengar gak kakak tu mention pasal nasik ayam kat depan sekolah cine pekan semenyih tu. Sebab perut memang tak berisi lagi harusla sepanjang jalan turun dia nyanyi lagu ronggeng rokiah, makanya terpaksa la kami gi makan nasik ayam tersebut. Bila dah habis makan terus perut nyanyi lagu Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati plak.....

No comments: