Sunday, May 8, 2011

Terima Kasih Mak

Assalamualaikum semua dan selamat berhari Ibu. Sempena hari ibu hari ini aku nak mengucapkan terima kasih kepada mak aku ASMAH BINTI LOPE yang telah melahirkan, membesarkan, menyekolahkan dan mendidik aku sebaiknya. Kiranya memang mak aku seorang ibu yang berjaya la mendidik anak2nya. Mak aku dengan tabahnya berjaya membesarkan 12 orang anak dengan berjayanya. Mak aku ni berbeza dengan mak orang lain, orang sekolah duit belanja rm1.00 mak aku bagi 4kupang je. Awal pagi sebelum subuh mak dah bangun sediakan makanan untuk anak-anak dia kesekolah. Anak dia semua tak merasa main video game ke PS2 ke, main je la apa yang ada katanya sampai sekarang rumah aku takde Astro. Masa nak dekat SPM dulu aku ingat mak selalu tunggu aku study siap bancuhkan susu walaupun aku selalunya tidur dulu. Walau mak tidur kul 9.00 malam, tapi kul 2-3 pagi mak mesti bangun balik tengok anak dia tidur pasang ubat nyamuk, ada selimut tak. Sampai sekarang aku tau mak akan bangun tengah malam berdoa untuk kesejahteraan semua anak-anaknya. Mak selalu cakap kalau bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh nak diikut. Dalam maksudnya, masa kecik kecik dulu dengor je le..skang ni dah mula paham sikit-sikit haha. Mak memang puitis kalau bercakap kadang berlapis-lapis. Mak jugak memang pandai menyimpan rahsia. Bila anak-anak semua dah besar mak pulak tak suke nak menyusahkan anak-anaknya. Tapik walau macam tu aku tau memang selalu doakan perjalanan hidup anaknya sentiasa lancar dan berjaya.

Sekali lagi sebagai anak ke5 daripada 12 orang anak ASMAH BINTI LOPE dan pemilik kepada blog jalilsalleh ini aku nak menganugerahkan anugerah IBU TERBAIK DIBIMA SAKTI kepada mak aku.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2011

2 comments:

shahnonsalleh said...

benar jalil...ibumu adalah yang terbaik dan aku vote untuk pemenang IBU TERBAIK DI BIMA SAKTI...

jalilsalleh said...

ibuku adalah ibumu jua