Friday, May 6, 2011

The Perfect Smile

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat kepada pembaca tegar sekalian. Hari ini hari jumaat makanya kepada pembaca yang berjantina lelaki nanti jangan lupa pergi menunaikan solat jumaat secara berjemaah. Nasihat jumaat aku kali ini adalah pasal senyum, demi mengambil keberkatan jumaat hari ini banyak-banyakkanlah korang bersenyum sebab senyum itu juga sedekah. Tak semestinya nak bersedekah kena ada duit berguni guni. Itu kelebihan kalau dapat menderma/sedekah duit hari jumaat ni. Tapi takkan korang larat nak keluar duit bagi kat semua orang yang korang jumpakan. Tapi hanya dengan buat muka manis, sengih tunjuk bibir mungil pun korang dah dapat pahala bersedekah. Tapi janganlah pulak niat senyum nak menggatai, yang ni aku pun tak tau la kira sedekah ke tak sebab niat dah tersasar dah tu.

Kalau korang sedang mengalami stress adalah afdhal sekiranya korang mulakan pagi dengan senyuman. Bangun tidur celik mata masa tengah atas katil terus senyum pada diri sendiri dulu pun takpe. Senyum sebab bersyukur korang masih bernafas. Kalau korang nak tau senyum sendiri awal pagi, walau nampak macam orang tak betul sebenarnya akan menghantar maklumat kat badan korang yang hari ini korang optimis untuk ceria. Maka secara automatik korang akan terasa lebih bersemangat dan ceria nak menjalankan rutin kehidupan seharian. Kepada pakcik makcik abang kakak adik yang kat luar sana janganlah lokek dengan senyuman. Takde lagi data kata setiap orang boleh senyum 3kali je sehari, tak kecutnya bibir tu kalau senyum. Orang yang memandangpun rasa sejuk je. senyumlah pada jiran pada rakan pada mak ayah adik beradik. Yang penting senyuman tu biarla senyuman yang iklhas, insyaALLAH dengan senyuman jugak yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Korang semua perasan tak orang yang senyum nampak lebih muda, kajian menunjukkan senyum dan ketawa merupakan satu gerakan senaman untuk wajah yang dapat mengurangkan tekanan pada otot wajah sekaligus memberikan impak wajah lebih muda, so tak perlu lagi nak tipu pasal umor. Sebaliknya cube kome tengok orang yang kelat mukanya kita rasa orang tu nampak lebih tua sebab secara tak langsung jiwa dan raga dita mengalami depresi pandang wajah dia yang kelat kemerut tu. Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa wajah yang kelat secara tidak langsung membawa impak yang tak baik untuk kesihatan seseorang dan orang dipersekitarannya.

Senyum juga dapat mengurangkan stress/ tekanan darah sendiri mahupun orang sekeliling. Senyuman juga macam satu penyait berjangkit biasanya kalau sorang mula senyum orang lain akan turut tersenyum dan secara tak langsung akan mengwujudkan satu persekitaran yang lebih positif, senyum dapat membuatkan korang berfikir dengan lebih tenang. Cube korang semua kalau tengah stress buat kerja berhenti sekejap and senyum, just senyum.. terpenting sekali senyumlah dengan ikhlas sebab senyum yang datang dari hati yang ikhlas adalah The Perfect Smile. sementelahan itu juga aku kepilkan tips-tips untuk penjagaan mulut supaya kalau korang jenis yang senyum nampak gigi takdelah nampak debris kat celah celah gigi tu atau kalau jenis senyum bukak mulut takdelah haba dari mulut tu azab sangat. Selain itu tips ini juga dipercayai berupaya mengembungkan poket anda.


Kebiasaannya 1: Lepas makan terus bersihkan gigi; maknanya berus atau floss gigi anda
Sebenarnya: memberus gigi sejurus selepas makan menyebabkan korang turut memberus skali lapisan enamel, sebaiknya beruslah gigi minima sejam selepas makan untuk bagi can air liur me-reminerelise-kan balik enamel gigi korang tu. So takdelah nanti gigi korang menipis dan menyebabkan berlakunya gigi sensitif plak

Kebiasaannya 2: Gunakan cecair pencuci mulut
Sebenarnya: Gosok je gigi korang tu dalam tempoh 2 minit sehari buat 2 kali tak perlulah dah nak berlisterine lagi. Macam dalam iklan TV tu gosok gigi 2 kali sehari pun dah dapat menghapuskan bakteria..perlindungan 12jam katanya. Tapi kenalah make sure korang jugak gosok gigi denganteknik yang betul, teknik yang Doktor gigi ajar kat korang sekolah rendah dulu tu.

Kebiasaannya 3: memfloss gigi
Sebenarnya: Penggunaan berus gigi yang berbulu halus Systema lion adalah lebih mudah dan berkesan berbanding floss setiap hari. Yang ni aku dah cube memang ada bezanya sebab memang rasanya sisa-sisa daging yang melekat kat gigi tu hilang macam berfloss jugak.

No comments: