Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian. menulisnya saya disini kali ini adalah untuk menceritakan mengenai penerokaan aku ke tempat kub yang terbaru kat Tanjung Malim. Dalam perjalanan balik ke KL isnin haritu aku ikut jalan luar Teluk Intan - Bidor - Slim River - Tg Malim - Kuala Lumpur. Masa kat pertengahan jalan aku msg kawan aku tanya dia kat mana nak brekfes nasik lemak yang sedap, dia rekemen kat Selisek. Memandangkan masa tu aku agak kelaparan dah pukul 9.00 pagi dan masih di Sungkai, aku pun memulas trotel motor aku supaya dia dapat memecut laju dan memastikan aku sempat menjamah sarapan kat situ. Takut takut kalau nasik lemak dia habis. Tapi dah memang janji tuhan katanya walaupun aku berjaya merempit dengan kelajuan purata 110km/jam tetap tak merasa jugak nasik lemak tu memandangkan pakcik tu mengambil cuti hari pekerja ugak gamaknya. yerla penjual nasik lemak pun pekerja jugakkan. so sebab perut dah menyayikan lagu keroncong untuk zabedah makanya aku pun memakan nasik lemak kat stesen keretapi Behrang tu, tapi as for me rasanya biase biase je la. Tapi suatu hari nanti aku akan cuba gak nasik lemak pakcik Jamal tu.
kemudiannya bila ah lepas makan aku pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. otw ke kl lepas simpang masuk UPSI tu aku nampak signboard teratak riverview. dah selalu la aku nampak papan tanda ni dan pernah skali cuba masuk, tapi memandangkan kat depan simpang masuk tu ada kilang getah yang dijaga dek anjing2 itam yang macam ganas dan besor so aku patah balik tak jadi kedalam. but this time aku teruskan jugak perjalanan, ingatkan dekat je nak jumpa kawasan mandi mandanya rupenya memang dihantor sampai betul-betul kat hulu sungai gamaknya. masuk tu pun at first aku patah balik gak sebab ingatkan dekat rupenya jauh, tapi dah memang jodoh aku agaknya nak pergi situ gak mandi manda aritu sebab aku pun tak mandi pagi lagi haha...so otw keluar balik terserempak ngan budak2 UPSI agaknya masuk. aku pun buat muke ala2 inesen folo je diorang daripada belakang. lalu la kawasan kebun-kebun orang dan jalan yang berliku2, dekat doploh menet gakla agaknya nak sampai kat kawasan yang dipanggil teratak riverview tu. rupanya dalam tu ada kem yang elok la siap asrama, chalet untuk aktiviti besar-besaran. haha..jalil buat karangan berjela nampaknya.
Bila bebudak UPSI tadi dah berenti parking kat tepi aku pun ala2 melajak ke depan sikit la, konon kononnya taknak la diorang tau aku tgh ikut diorang. Teknik ni memang selalu aku guna pakaikan hehe. tapi takde la berjaya sangat sebab budak2 tu dah tau memang aku ikut diorang. tujuan melajakkan diri tu untuk lakonan pada diri sendiri je la. Port yang aku berenti tu betul2 dekat tempat yang paling ngam soi kat situ, ada tiga anak sungai bertembung kat situ. air sungai yang kecik tu tak sejuk sangat, tapi sungai utama dia punya air memang brrrrr sejuknya. Tempat tu masa tu ada dua orang makcik yang tak kurang sombongnya. Sebabnya bila aku buat2 muka manis kat diorang pun diorang berjaya memaintainkan muke kelat deme tu. Siap dok buat rawatan mata letak batu atas mata nak bagi mata bercahaya agaknya.
kalau korang penyewa kat teratak tu agaknya leh la pinjam pelampong tayar trekta tu. Aku nampak bebudak sedang beriang ria main water sliding dari tempat aku mandi ke depan teratak tu. Halaju air kat kawasan aku mandi tu boleh tahan la jugak sampai aku kena menggigihkan diri buat empangan dan kolam mandian sendiri. Memula aku sampai kat port terbaek tu aku berlakon2 pusing2 area tu ambik gambar sana sini. nasib baik tak tunjuk kepakaran menyamar jadi pokok skali.. kendiannya pelan2 aku menyusup kedalam air dan menjalankan teknik penyebatian diri haha..sedar2 dah lenjun je. Air sungai memang sejuk terbaik punye. Kalau korang tu jenis gadis2 ayu nan pemalu bolehla menjelum jelum kepala je. Sebab aku mandi sengsorang tanpa berteman tu so aku mengutamakan keselamatan didalam air iaitu aku hanya berendam kat tempat yang kurang dalam. Kalau refer kat gambar bawah aku mandi kat sebelah kiri tiang yang kurang dalam berbanding sebelah kanan yang lebih dalam dan air laju. Satu lagi fakta tentang sungai ni adalah tebing sebelah kiri sungai adalah milik negeri selangor dan tebing kanan plak adalah milik negeri perak.
Tiang tu pulak adalah tiang jambatan yang menghubungkan perak-selangor masa sebelum komunis menyerang Tanah Melayu, tapi masa jepun menyerang Tanah Melayu tiang tu dah kena bom dengan tentera jepun agaknya. Tu yang tinggal tunggul aje gamaknya. Alhamdulillah la sebab kawasan ni sebab susah sikit nak sampai, so kadar pencemaran tu terkawal la jugak. Takde la sampai azab macam dekat kawasan mandi kat Ulu Yam tu. Rama-rama pun banyak kaler jugak dekat sini, tapi semua nakal2 tak nak bagi aku ambik gambor. Nasib baik dapat gak sekeping buat bahan bukti kat korang hahaa, actually rama-rama tu kalau ditengok secara langsung kaler n bentuk dia macam daun kering..cantik. Masa mandi tu jugak aku agak terkejut bila nampak ikan keli sebesar lengan macam tengah mabuk terhuyung hayang. Entah dari mana la agaknya dia datang tu, ke baru lepas bertelur macam ikan salmon; bertelur kat hulu sungai? Overall aku rasa tempat ni sesuai la untuk camping untuk sebab banyak port2 untuk mandi dan berBBQ. Kalau rasa mampu leh la sewa bilik/chalet kat teratak tu.

No comments:
Post a Comment