Tuesday, May 31, 2011

Kashaf Imani

AMARAN!!! Sebab aku dah lama tak berupdate kat sini hari ini mungkin aku membalas dendam dengan membuat post sebanyak mungkin so silalah janganlah anda terasa bosan ye.

cerita kashaf imani dia tayang kat Astro lama dah bulan 2 aritu lagi, cumanya sebab rumah aku tak berastro makanya baru 4 hari lepas aku tengok cerita ni, pada aku cerita ni memang akan memberikan kesan insaf pada orang yang menontonnya. Jalan ceritanya berkisar pada kisah kehidupan golongan yang kurang mampu diKuala Lumpor ni, pada aku cerita ni berjaya menunjukkan realiti kehidupan yang sebenar masyarakat dikawasan berkenaan. Ibu yang kasihkan anak2nya, anak yang kasihkan ibunya. Kisah anak yang derhaka pada ibunya. Pelakon cerita ni adalah Beto Khusyairi as Kashaf dan Amani as Imani. Kashaf sayang kan mak dia just dia tak tersebut dengan mak dia disebabkan keadaan semasa yang getir haha..then satu hari dia koma sebab kena tikam n Imani ni plak leh nampak roh dia, so si kashaf minta tolong imani untuk bagitau mak dia bertapa dia sayangkan mak dia n dia nak mintak maaf sangat2 dengan mak dia. Aku nak cerita panjang lebar pun bukan tau sangat, so kepada yang belom tengok cerita ni kalau rasa nak insaf bolehla tengok kat youtube...astro pun ada jugak. banyak skrip yang best dalam cerita ni macam

Skrip1
Kashaf: kalau kita mati esok
kawan: Kita berenang-renang dalam neraka la hahaha
then esoknya kawan dia betul2 mati...

Skrip2
Nenek Imani: Doa seorang Emak untuk anaknya tiada hijabnya....

Skrip3
Imani: Dia cakap dia tau syurga tu dibawah tapak kaki ibu
Emak Kashaf: Terima kasih kashaf sebab meletakkan syurga dibawah kaki emak...

lagu tema dalam cerita ni pun best gak aku baru je donload kejap tadi tajuk dia tiada duka yang abadi dinyanyi oleh opick...layan

4 comments:

crisda79 said...

weh ko keje mana sekarang? ada keje kosong tak? hahaha.. bleh banjer aa pasni ;p

jalilsalleh said...

hahaha...saya kerja tukang cuci cermin klcc, banyak je kekosongan mehla join

JHaZ KiTaRo said...

kashaf imani mmg best... layan... salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. video kashaf imani pun ada...

crisda79 said...

macam pilem cuci tu ke? tak nak la aku. gayat! hahaha..