|
sebab dah biasa duk tempat sejuk apa sangatla bila masuk snowalk tu pakai seluar pendek je... |
|
Yang warna purple tu adalah donut untuk aku main menggelungsur ais |
Assalamualaikum dan holla te amour kepada pengunjung tegar sekalian. kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku bercakap sambil berasap tanpa merokok kat korang sekalian. Korang korang semua tau tak kos nak memasuki snowalk yang dekat Icity Shah Alam tu adalah rm20.00 kepada pemegang2 mykad yang dewasa, macam mahalkan? tapi jangan risau di penghujung bacaan nanti aku akan tunjukkan macamana kaedahnya nak jadikan tiket tersebut bernilai.
aku ngan fizi pergi kesini pun secara bukan yang dirancang2 so kepada sesiapa yang terasa diabaikan sila jangan gediks2 nak berasa sedemikian. Memulanya aku gi teman si fizi ni gi beli madu habbatus sawda direct kat HQ dia kat shah alam kat jalan lawan pedang which is berdepan dengan stadium. Dah shopping madu pergi plak makan kat kedai ayam kampung yang dekat2 situ jugakla..ramai orang, aku bajet mesti glamor kedai makan ni kart area shah alam tu. Dah nama kedai ayam kampung so aku makan ayam kampung berkuahkan gulai lemak ketam. then ambik skali lemak masak gulai kawah, the ayam n kuah was good tapi the gulai kawah ngan cicah dia masin yang mmg tahap kalau aku ada darah tinggi leh terus kena strok kat situ gakla hahaha...
makan sudah tujuan utama sudah..so kendian terpikir la nak gi mana, aku ajak fizi g Icity, tapi cadangan tu mmg aku sendiri rasa tak sesuai memandangkan masa tu matahari memancor2 atas kepala, and the Icity is famous as the city of light so pasti pastinya akan bergemerlapan diwaktu malam. Tapi drive punya drive punya drive tetiba tersampai gak kat Icity tu. Nak masuk dalam tu mahal plak duit parkingnya siang2 hari yang at first aku ingat takde apa tu pun rm5.00 ye kalau malam 10 hengget dia caj, makanya terhenyak seketika kat depan penghadang jalan masuk parking tu.
Tapi sebab fizi has never been here dan atas dasar ingin tahu si fizi ni masuk jugakla dalam kawasan tu and terus parking close to the snowalk punya hall. masa masuk tu orang macam takde je, seriously cakap kawasan tu siang-siang tandus je. Alang2 dah sampai kat depan pintu snowalk tu aku pikir dari tak tau bila lagi nak masuk so adalah baik kiranya aku masuk jugak dalam snowalk tu dengan berseluar pendek, tu pon sampai guard ngan adik2 kat kaunter tu dah kenal sebab asyik tanya sejuk sangat ke dalam tu? boleh ke pakai seluar pendek? ada tak jaket yang panjang sampai kaki? blaa bla and blaaa....tapi tiket tak beli gak lagi hahaha.
|
Fizi bergambar ngan polar bear tapi kurus la bearnya gamak tak makan dah lama kot |
|
Rusa tu nak cium aku hahha |
|
Rumah sejuk..yang ni confirm takyah pasang aircond dah weiii...tapi licin ya amat, asyik nak tergelincir je kerjanya aku duk kat bangku dia dalam tu |
|
Ice fort kat dalam kawasan salji tu..kot dapat main paintball agak2 best tak..mesti ramai yang jatuh gedebuk gedebak sebab licin |
|
with Patrick and sponge bob kat luar bilik sejuk tu |
|
Nama dia Fizi, dia tengah melakonkan aksi seorang gelandangan di sebuah negeri beriklim sejuk... |
|
Baru aku perasan muka santa tu merah macam baju dia je dah, tapi aku punya lagak tu memang macam dah biasa berada kat kawasan beriklim sejuk kot. |
|
Tiga orang snowman sebijik macam yang aku ada kat laman belakang rumah dulu je.. |
after a few time of asing the same question kat semua kaunter yang wujud kat snowalk tu, aku bertekad sepenuh hati masuk jugaklah tempat yang sejuk tu...walau hanya berseluar pendek. harga tiket rm20.00 sekali masuk tapi aku masuk keluar masuk keluar dari bilik sejuk tu 4 kali, maknanya aku main snowalk ni hanya pada kadar rm5.00 sekali masuk hahhaa...
Pertama kali masuk bajet macam sejuk sangat la tapi rupanya memang i was born mempunyai darah yang panas so masuk dalam takdelah rasa terlampau sejuk tu, cuma aku terjatuh gedebuk bunyinya sakit bontot sekejap sebab pakai kasut licin yang disewa kat pintu masuk tu. Tapi one thing nak pesan kalau nak tak rasa sejuk sangat elakkan tangan bersentuh dengan ais yang ada kat dalam tu, sebab bila kena ais kering tu memang terasa macam sejuk sangat.
sebab dah jalan sampai hujung dan dah main gelongsor ais dalam kasut aku ngan fizi cepat2 cabut keluar sebab sejuk mula terasa. duduk kat luar sekejap sambil jemur kamera aku bawah cahaya matahari sebab dia dah mula pandai bagi efek kabus sendiri haha...then masuk skali lagi buat kali kedua, kali kedua masuk is better than yang pertama rasanya. Masuk2 terus main hembus2 sebab baru sedar bila cakap ada asap keluar dari mulut haha. kali ni main yang gelongsor atas donut tu, rasanya macam lagi best dari main gelongsor dlm kasut sebab yang dlm kasut tu rasa sejuk daa...pastu kena cepat2 keluar lagi sekali sebab sejuk mencengkam balik haha..kamera aku pun dah menggigil, nak beli sarung tangan bagi kurangkan sejuk rasa macam rugi sebab rm15.00 sepasang. kalau aku beli sarung tangan kebun tu dah leh dapat 10pasang dah hahaha..
kali ke3 masuk adik2 depan pintu tu mesti nyesal bagitau yang boleh keluar masuk keluar masuk kalau rasa sejuk...sampai aku leh bukak pintu masuk sendiri, before nak curi2 tengok pun dia taknak kasi huhuhu. kali ke3 masuk adalah bertujuan untuk mengambil gambar yang cantik2 walaupun masa kat dalam tu processor kamera aku tetap terpengaruh menjadi lembab nak on. Kali ni masuk angin aircond dia tambah kuat so takleh nak tahan lama sangat sebab rasa sejuk sehingga ke tulang sumsum, walau camana pun aku dengan tabahny amain skali lagi gelungsur kasut ngan donat tu untuk kali ke2.
lepak kat luar kejap je walaupun idung dah mula sok sek sok sek keluarkan cairan jernih hahaa...tetap tabah hati kental fikiran masuk sekali lagi dalam bilik sejuk tu semata-mata nak meminimakan kadar sekali masuk kedalam tu, hahah so boleh disimpulkan dengan kemasukan kali ke4 tu aku berjaya menjadikan tiket masuk rm5.00 untuk sekali masuk. Cadang nak buat rm4.00 seklai masuk je dengan masuk buat kali ke5 tapi tak larat dah kot tambahan plak kulit muka dah keras macam baru lepas buat suntikan botox, keras semacam je..haha
dah keluar kali ke4 tu return balik kasut untuk dapat return cagaran rm20.00 tapi resitnya terhilang la plak, jenuh la aku memintak kat kakak tu, tapi dia ketegaq memula taknak pulangkan duit tu. tapi sebab aku kiut dan irritating enough akhirnya kakak tu pulangkan duit without saying much hahaha...alhamdulillah sebab masa tu duit dalam poket aku tinggal rm10.00 je pun.
seronok gak rupanya dapat main sejuk cakap berasap-asap ni haha..ehhh satu soalan, kalau dia cakap temperature dalam tu below 5 darjah maknanya 5 4 3 2 1 or -1 -2 -3 -4 -5?