Monday, November 28, 2011

Pesta Bunga Api diBulan November

Masuk yang malam ni dah kali kedua rumah orang kaya belakang rumah aku main bunga api tahap pesta bunga api yang kat Putrajaya tu gahnya. Pasang bunga api sampai 10-20 minit lamanya, memang kaya sungguh melampau lampau lak pakcik tu, sebab setau aku bunga api yang bunyi pes pes tu pun 100 das dah berpuluh ringgit regenya.

Sebelah petang tu orang berduyun duyun masuk kat kawasan orang kaya tu, aku syak diorang ada mesyuarat nak cabut undi giliran kutu kot. Pastu penutup parti cabut giliran kutu tu diorang tengok pertunjukan bunga api secara beramai ramai hahaha....


No comments: