Happy Friday everyone, haha sorry la its been a long time no update here bizi macam menteri aku sekarang ni plus plak line wimax yang semakin uzur. Dah gi kat HQ cek punya cek punya cek masalah sebenar internet tak dapat sebab kadar congestion yang sangat tinggi.
okla sebenarnya nak sambung cerita pasal kuala gandah sebab dah lama tertangguh hehehe...aku pergi kuala gandah elephant sanctuary tu ngan faiz ngan wan haq the same people masa gi naik Broga dulu haha. Macam biasa the plan was always an ad-hoc one barulah rasa mencabar kan hehehe. early in that morning faiz pergi berlari2 kat mana ntah n dah lepas kul 10 jugakla baru bergerak ke pahangnya. Wan Haq dah membebel bebel sebab lambat dan takut tak dapat pass nak mandi bersama gajah and me too lah.
Alhamdulillah sampai kat sana dalam kul 1200 and masih available the pass yang kitorang nak tu, pas kaler kuning tak silap aku. Memandangkan kitorang sampai situ awal makanya yang ada ketika tu hanyalah tayangan dokumentari pasal gajah dan disebabkan aktiviti bersama gajah hanya setat kul 1400 maka kami telah melarikan diri ke Taman Rusa yang dekat ngan tempat tu.
masa sampai kat taman rusa n nak ambik tiket tu tanya lah kat kaunter tu apa yang ada, dia kata macam2 ada kecuali beruang diorang. Muka setaf setaf yag kat situ macam tak puas hati bila menceritakan pasal beruang peliharaan diorang yang kena rampas ngan PERHILITAN sebab diorang sayang kot beruang tu, yang tinggal hanyalah kenangan kat situ hehehe..tengah jalan2 dalam taman rusa tu ada gak ular sawa yanng menjalar kat lantai taman tu hahaha...ada burung ada arnab ada landak ada ayam berbulu macam kapas ada banyak spesis burung kuang ada burung unta ada burung merak pendek kata macam2 ado...masa masuk anda akan diprovide dengan kupon untuk memberi makan kepada rusa n the food dibekalkan, makanannya harusla berbentuk vegetarian kerana rusa bukanlah spesis maging ye. Merasa la kena himpit ngan rusa rusa yang manja nak berebut makanan but aku tak sanggup nak suap kat diorang so aku pass aku punya bakul to my friend je la. menurut penjaga kat situ kena jaga jaga takut kaki kena pijak ngan kekaki runcing rusa rusa tu.
dah dekat kul 2 tu gerakla pergi balik elephant sanctuary tu sebab nak main ngan gajah plak, rasanya inilah kali pertama aku menunggang gajah and bermandi bersama gajah, actually bermandi tu hanyalah gambaran je sebenarnya ko duduk atas gajah tu 30saat kena simbah simbah air then turun ganti orang lain plak but it was fun. Last2 aku sorang je yang naik sorang dah masuk air tapi kesian kat gajah tu katanya and sorang lagi langsung tak basah...
4 comments:
seronoklah dapat mandi dengan gajah...hu3x...
haha anjale mmg suke meliar...
jumpa denan kmk ka?
anonymous: takde jumpa pun, dia dah pindah KL la
Post a Comment