Monday, December 5, 2011

Bubur Durian + Jagung


Assalamualaikum dan selamat malam...
Lepas tengok Dhia yang dah mati hidup balik maghrib tadi aku pergi rumah adik aku yang kat Bandar Kinrara pergi ambik buah durian, manggis dan rambutan yang apak aku kata dah nak sampai penghujungnya dan aku still tak berkesempatan nak balik kampung merasa tunggu durian gugur dan manjat pokok manggis dan gegar dahan dia nak bagi dia jatuh. untuk pengetahuan semua, untuk mencari buah manggis yang masak kat celah-celah daun daun dia yang lebat adalah sangat mencabar.

Balik dari Bandar Kinrara terus kopek Durian ngan Potong Jagung nak buat bubur, sebelum tu singgah kedai dulu sebab kena beli santan m&s. rupenya santan kat rumah ada lagi, huhu dahla beli kotak yang besar punya.

Dah kopek durian terus tenggekkan atas api dapur gas yang telah diservis petang tadi. Api dia dah besar membuak2, tenggek durian tu tuang skali ngan air 4-5cawan air gakla then kacau dan kacau dan kacau sampai isi durian lekang dari bijiknya. Tengah2 tu masukkan sekali jagung yang dah dipotong halus tak halus sangatla. masukkan gula putih dalam sesenduk bagi manis kaw-kaw punya. pastu teruskan mengacau sampai rasa dah bosan last2 baru masukkan pulak santan dalam periuk tu supaya buburnya lemak berkrim dan teruskan mengacau lagi sampai rasa bosan kali kedua plak then barulah boleh padam api dapur. Sedia untuk dimakan cicah ngan roti gardenia or roti benggali or baguette.

aku suka jagung tu tak lembik sangat, maknanya ada rasa rangup rangup manja masa makan tu.

2 comments:

unknown said...

biler nak balik nyer???

jalilsalleh said...

malam ini atau esok pagi..insyaALLAH