Friday, October 14, 2011

Bandar Kuda Laut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua semua yang telh menghadirkan diri kepada blog ini. Macam yang dah bersebut dek saya minggu lepas saya dah pun selamat sampai ke MIri Sarawak dan jugak dah selamat balik ke KL. Sila juga percaya bahawa saya telah mengalami jet lag, hoh sound macam baru turun flight ke Bora-bora plak rasa jauhnya. untuk informasi semua tema bandar Miri ni adalah kuda laut, so kemana2 pergi anda akan nampak kuda laut.
kalau ikutkan rancangan aku je cadangnya ada 3 hari kat sana first masuk kerja punch card keluar jalan2...2nd day masuk punch card berlakon kerja sikit2 keluar merayap then punch out plak pastu third day punch card masuk kerja bersungguh2 dan lewat petang punch out terus ke airport pulang, tapi mungkin sebab aku ini mmg seorang yang tabah berkerja makanya tentatif awal program tidak dapat dipenuhi kerana first day kat sana punch in duk opis sampai petang..dah malam ku 7 punch out matahari pun dah hilang dah. malam sebelum tu makan nasik lalapan ayam kat kedai kat tepi jalan depan hotel, ok sedap malam kedua pun ngadap nasik lalapan kembung plak, kali ni kat restoren lalapan founder plak katanya. tapi sesungguhnya aku rasa nasik lalapan kat kedai bukan founder lagi terbaik huhu kedai founder sambal belacannya sangat terasa belacannya sampai esok tengaharinya bau tak hilang2 huhu...nasik lalapan ni kalau kat sini macam nasi ayam penyek gak, cumanya kat sana ada 8 jenis side dishes termasuk ayam.


thank god the 3rd aku kat sana dapat pergi ke Pasar Malam kat Boulevard Miri, macam2 ada kat sini and the most thing aku perasan adalah pisang and ada jugak pisang yang sangat tembam, gayanya macam pisang awak tapi bersaiz tembam. Sebelah siangnya sempat gak merayap ke Pasar Tamu tapi sebab pergi dah lewat tengahari makanya tak berapa nak meriah, kat situ jumpa dah ikan terubuk masin yang dimasinkan sendiri oleh tuan kedai. Mengenangkan takde tempat nak simpan utk malam tu so tak beli la kejap tu dan beli esok hari cadangnya. Tak beli terubuk masin malam tu beli terubuk bakar yang enak kat pasar malam daripada awek manis..haha ikan dia besar dan segar aku rasa dalam sekilo sekor ada kot, tapi harganya mabeles murah seekor 15-17 la macam tu harganya. Aku ngan Zek pun tapau sekor untuk dibaham kat bilik hotel huhu. Hasilnya daripada bentuknya macam gambar kat atas kat bilik hotel terus jadi macam gambar kat bawah.

 

selain daripada mentapau ikan terubuk aku jugak membeli beberapa ketul kek lapis sarawak tapi sebab masa tu poket kempis sikit makanya kek lapis tersebut dibeli dalam kuantiti yang tidak banyak hahaha...so peringatan disini jangan ngengada nak request2. Gambar kat bawah adalah gambar kek yang mahal berharga RM50.00 seketul katanya freshly baked..kalau yang murah2 tu maknanya dia masak semalam or kelmarin. 





cecita kononnya nak mentapau terubuk bakar tak kesampaian sebab masa pergi nak beli tu kedai semua dah tutup sebab the last day aku ntah macamana boleh plak terberlakon sibuk sibuk buat kerja kat kedai ngan si Zek. Keluar keluar je dari bangunan the sun already settling down katanya so berhambatan la si adiff bawak kete nak ke pasar tamu still tak sempat jugak. hoho so we say good bye to Sarawak without the terubuk masin la, luckily we got the kek lapis nak bawak balik...


p/s: sambil aku mengarang karangan ini sambil aku menikmati susu segar dengan mangga..perghhhh terbaekkk...

2 comments:

shahnonsalleh said...

wawawahhhh seronok nyerlah pegi sarawak... nanti jangan lupe simpan kek tu untuk anon sket yer...

jalilsalleh said...

hoho ada lagi dalam peti es tak berusik