assalamualaikum semua pembaca-pembaca yang masih setia nak membaca blog aku ini yang semakin berkisarkan kepada makanan. Bukannya apa, sekarang ni aku ngan kawan tgh mood nak memasak2 plak but bukan yang tahap professional seperti mamasak nasi beriani kambing berempah. Cuma benda yang simple mimple macam membuat puding roti nih. First time aku makan benda ni rasanya kat buffet hotel, masa tu rasa macam english man sangat makan benda-benda macam ni and never know yang nak membuatnya agak mudah dan cepat sambil menonton tv cerita anakonda pun boleh buat.
Bahan-bahan yang nak guna pun macam bleh ada kat dalam peti ais rumah orang yang dah beranak pinak or bujang yang bergaya. Kalau bujang tu sekedar kiut macam aku je makanya nak menyediakan puding roti ni pun terpaksa mejengah pintu peti ais kat tesco tu, maklumla peti ais yang ada kat rumah adalah comel seperti aku. Bahan-bahan perlu ada yang senantiasa ada stoknya kat rumah aku adalah roti ngan telur je, but mentega, tepung kastad ngan susu segar kena beli. tapi dalam kes pembuatan puding roti kali ini thanks to faiz sebab telah memprovide bahan-bahan yang diperlukan macam 2tbsp tepung kastad, 8 keping roti disapu mentega, 750ml susu segar, 5 biji telur dan segenggam coklat cip hershey separa manis dan 6tbsp gula dan 2tbsp vanila essen. Apabila bahan-bahan telah tersedia depan mata maka kerja-kerja memukul telur bersama gula bolehlah dilaksanakan, macam aku contohnya masa tu menggunakan whisker je ye tidak mampu untuk memiliki mixer lagi. so pukulla telur ngan tabah sampai dia kembang mekar then masukkan susu yang telah dipanaskan. masa panaskan susu jangan sampai mendidih ye, buat dia separa mendidih je then masukkan esen vanila dan tepung kastad kacau jangan dia berketul2. sebelum melakukan perkara-perkara diatas adalah lebih afdhal sekiranya roti2 yang dispu mentega dipotong2 dan disusun sesedap hati kat dalam loyang disamping menabur cip coklat atau kismis. kendiannya bolehla bahan susu, gula dan vanila tadi dituang kedlam loyag dan dibiarkan dalam 15minit biar roti mengembang dan menyerap susu tu. Lepas rasa roti dah kembang tahap maksimum then masukkan dalam oven yang panas pada kepanasan 280degree selama 30menit. Pintu oven dibuka selepas 30menit maka siaplah puding roti itu, nak cuba elok masak ke tak cucuk dengan lidi kata orang tapi masa tu aku takde lidi so aku tikam je ngan pisau. kalau keluar bersih maknanya dah elok la tu.
Kalau terasa nak lidah lebor bolehla makan terus but baik tunggu la sejuk dalam peti ais barang semalaman untuk dijadikan breakfast omputih yang dihidangkan bersama baki susu segar. hahaha...nak buat dia punya kastad sos pun senang, panaskan susu + kastad + gula...kacau sampai memekat.
1 comment:
sila balik rumah cepat...samapai dekat teluk intan nanti, anjale bawak bahan sekali atau g singgah giant sebelum call kitorang amek dekat stesen bas...pastu balik umah boleh masak makan seisi keluarga..
heeeee^.^
(olahan ayat: adik masi)
Post a Comment