Tuesday, June 7, 2011

What we wish, is what we get?

Hulahup tak tajuk entry aku kali ni?
Bila kita berdoa selalunya kita nak dapat cepat aje kan? cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. Sekarang ni, one of my housemate dah dapat berhijrah balik ke negeri kedah dia, as he always prayed for before. kalau pikirkan secara logikanya dia patut bersyukur yang amat sangat sampai merapat sembah pada yang ESA sebab dah memakbulkan apa yang didoakan selama ini. Kawan aku ada cakap bila berdoa sebaik-baiknya bagi precise dan jitu, macam memanahlah kalau bidik tak tepat camana nak kena ke sasaran kan? [haha perumpamaan klasik sangat]. Actually aku tak tau la dalam doa dia sebut macamana, tapi sekarang ni timbul plak isu bila doa untuk balik ke Kedah dimakbulkan tapi timbul plak isu bila dia akan mengajar some kind of school yang tak berkenan dihatinya. Mungkin anak panah tak berapa nak tepat atau cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. kalau macam aku yang mungkin kurang rasa ihsan ni will take him as mengada-ngada dah bagi betis nak peha dah bagi peha nak dada plakkan and saying that he shud be thankful enough which at least dia dah bertambah dekat ngan keluarga dia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

But that is my way of thinking which is less of heart katanya...hahaha, tapi pada aku kadang-kadang hidup manusia ni banyak sangat drama dan kekadang tanpa kita sedari kononnya benda yang dah kita dah ada kita taknak plak but didalam hati jauh menyatakan kita akur dengan benda yang kita dah ada tu. Sebagai manusia memang la susah nak dipenuhkan keperluannyakan. Kalau budak 7tahun boleh la sebat kata tak boleh tapi kalau dah 30 tahun takkan nak kena sebat jugak haha. Tapi insyaALLAH cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Bila kita tak dapat lagi apa yang kita pohonkan atau apa yang kita dapat tak seindah yang kita doakan mak rasanya lebih baik ingat kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita dapat. Ayat populer orang selalu kata kalau tuhan tahu kita tak mampu untuk memikul tanggungjawab tu tuhan takkan letakkan kita kat keadaan tu. kalau aku tak silap bab zalim pendidikan islam form 4 dulu Zalim tu maknanya meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya. So takkan la sebagai umat islam yang ada iman senipis kulit bawang ni takkan nak kata tuhan itu zalim. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, kalau tak mesti la dia biarkan kita terbiar je terumbang ambing.

"..there is no luck in life if the is no bad luck"

Maka bila DIA letakkan kita kat satu tempat atau posisi kita kena ingat kita kat situ sebab kita mampu. Yang selalu menyebabkan kita tak mampu adalah bila hati kita tak redho dengan benda tu, so mulalah keluar dari mulut alasan yang macam2..tak cantikla, panasla, tak masuk la dll. Bila kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya kita akan dapat menepis semua cabaran dan dugaan yang ada serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

dulu aku sekali pernah jugak la merasa pengalaman tak meredhai benda yang aku buat then fight for your life kunun tapi bila dah ketentuan Tuhan kata bukan masanya dan ketikanya lagi untuk aku dapatkan benda yang aku fightkan tu, so aku terkandas jugak..so now i'm starting a new life and please kawan2 dan pembaca2 tegar dan tak tegar diluar sana doakan supaya aku dapat mengecapi kejayaan dan aku akan senantiasa redha dengan jalan hidupku ini....hahaha terasa macam tulis pilem plak.

"Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati."

3 comments:

shahnonsalleh said...

sob sob....
terharu nye baca...rase nak menangis je..

insyallah abdul jalil, pastinya anda akan berjaya...so duit raye kaler hijau pekat lah tahun nie..

anyway thanks

jalilsalleh said...

kita kena bersyukur, so tahun ni kalau dapat duit biru kecik je jangan merungut

Anonymous said...

yolah pak cik, den bersyukur ni ha....hehehe...aku akan cuba yg terbaik, bak kata faiz, benih yg baik klu campak kat mana pun akan tumbuh juga...hehehhe....