Wednesday, June 15, 2011

biskut cokelat cip

 Assalamualaikum dan hahaha kepada semua pembaca, nampaknya belog ini sedang mengalami evolusi untuk menjadi sebuah blog yang memberikan menu2 untuk masakan terutama untuk panduan para gadis-gadis metropolitan yang sedang mengharapkan pedoman cara-cara untuk menyediakan makanan yang cukup sekedar mengisi perut.

Malam tadi aku ngan Faiez Buer dengan gigihnya telah membakar biskut cokelat cip sesudah dinner nasik lemak makcik balik mekah. Bercita-cita setinggi gunung nak buat cokelat cip rasa macam famous amos rupenye tak cukup hebat lagi, sipi-sipi je lagi nak rasa macam famous amos. Tapi untuk percubaan pertama malasla nak tunjuk terer sangatkan so aku buat la macam kuih yang nak dihidangkan diatas meja di Aidilfitri je. Tapi syukur alhamdulillah untuk percubaan pertama it was better than good enough. leh jugakla buat kudap-kudapan sambil menonton sinetron kat tv3 tu.


Untuk menjayakan pembuatan cookies ini kelmarin lagi kami dah ke tesco membeli bahan mentahnya ye, semalam sampai rumah dari kerja terus mencairkan 275g butter pada suhu bilik. Bila butter dah mula melembut iaitu jam 830malam aku masukkan 1.5 cawan gula perang, 2biji kuning telur dan 2st esen vanila. Kemudian dipukul sehingga gebu, aku pukul guna whisks tu tau sebab masih belum mampu utk memiliki mesin pemutar tu huk huk so anyone yang nak belikan utk aku? sambil2 aku memukul telur si faiz plak mengayak tepung, tepung jagung 2 cawan, tepung gandum 2 cawan, soda bikarbonat 1,5st ngan serbuk koko 0.25 cawan. Siap ayak cantik membentuk banjaran himalaya hehe..then dah siap ayak masukkan semua bahan ayak skali nngan butter pukul tadi kacau sampai sebati, kendiannya rangup2kan kepingan badam dan masukkan skali ngan cip coklat ca hershey yang separa manis tu.


Sampai kul 1.30 pagi jugakla aku duk mebakar cookies ni pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit untuk setiap bakaran. Memandangkan sekarang ini zaman mikro so aku sebagai masyarakat yang mengikut perkembangan semasa hanya ada oven bersaiz mikro yang mengizinkan aku membakar 15 keping je setiap kali. Jenuh ok nak tunggu habiskan semua huhuhu...tapi rasanya berbaloi la aku siapkan semalam so arini aku leh fokus kepada benda2 lain hahaha...macam orang penting je aku tulis. Theologi dalam proses membuat cookies ini adalah: Semuanye memerlukan pengalaman, alah bisa tegal biasa. so nanti next time aku akan buat yang sebijik macam famous amos punya cookies...

ucapan terima kasih jugak aku sampaikan kepada reen sebab memberikan resipi kukis ni, cumanya air tangan aku tak cukup hebat lagi untuk memperfectkan kesedapan kukis ni. Dikesempatan ini juga aku membuka peluang kepada makcik2 dan kakak dan abang2 diluar sana untuk membuat tempahan sempena Ramadhan yang semakin hampir ini.

1 comment:

kecopong said...

wooohhoooo..jalil dh mula menjebakkan diri dengan dunia masakan di alam maya..tahniah ye hehe..