Monday, June 6, 2011

Mak ngan Apak balik dari Mekah Tanah Suci

Assalamualaikum semua and good morning to everybody too..
Jumaat lepas mak ngan apak aku sampai dari perjalanan yang jauh dari tanah suci mekah melaksanakan ibadah umrah bersama dengan adik beradik bapak aku yang lain-lain and hopefully me too akan dapat pergi jugak melawat rumah ALLAH itu. Mak ngan apak kesana jumaat 2 minggu lepas and aku yang telah mula berkerjaya tetap sempat menghantar mereka kat airport and Alhamdulillah masa diorang balik aku memang tengah bercuti so dapat la sambut juga ketibaan mereka kat KLIA tu. Khamis belah pagi aku naik bas balik teluk intan kendiannya sebelah petang aku naik kereta teman adik2 aku pergi KL balik..memang seorang abang yang baik dan bertanggungjawab aku ini. Pagi jumaat yang hening tu dalam kul 930, kami sekeluarga bahagia pergi ke KLIA jemput mak ngan apak aku balik dari mekah, actually bukan mekah direct flight tapi transit kat Pakistan. kat KLIA masa tu Abang ngan Ju sekekluarga dah memang kat sana plus lak lagi rombongan kami yg baru sampai consist of kak jah n kak yo punya keluarga tambah lagi anak2 bujang makanya kawasan ketibaan itu dikuasai oleh kami. sampai2 elok flight dah mendarat aku tengok kat skrin tu.

Tengahari tu terus balik rumah kak jah kat sungai buloh and sebab semua tengah lapar sebab terus menerkam makanan yang nasib baik dah dimasak awal2 pagi lagi. huhu kiranya habis jugakla seperiuk besar sampai tuan rumah kena masak nasik sekali lagi sebab ada peserta yang terlewat sebab tersalah jalan. lepas aktiviti makan2 barulah aktiviti tanya keadaan mak ngan apak masa kat sana sambil hati menunggu ole-ole dari mekah haha... Tahun ni punya raya keluarga aku temanya Arabic la sebab each or family member yang lelaki dapat jubah dan yang gegirl plak dapat tudung extra labuh hadiah dari mak ngan apak. Maknanya bulan pose nanti pergi jalan TAR aku kena gi carik kopiah putih yang suci bagi melengkapkan imej aku sebagai ustaz amirul. sambil kami bersembang-sembang mesra tu sambil2 tu jugak aku meneguk air zamzam dan mengudap kekacang dari mekah. Kaedahnya kalau masa tu ada anak sedara yang nangis2 or overactive akan dibagi minum air zamzam bior tenang jiwanya.

But mak is mak belum abis pun letih turun kapal terbang and entertaining us dah nak balik teluk intan. rindu kat rumahnya yang dah diservis baik oleh kumpulan A4 gamaknya. petang tu dalam kul 530 dah mak ngan apak ngan abang ngan kak yo ngan mae ngan kumpulan A4 balik ke teluk intan. But sebelum tu diorang sempat singgah Bukit melawati main ngan beruk dulu. i'm waiting for unknowns' blog, mesti dia nak masukkan cerita tu nanti. Masa aku call semalam mak kurang sihat dan tengah menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang berbeza. One more thing syukur Alhamdulillah sekarang ni mak dah boleh genggam tangan dia pelan-pelan yang mana sebelum ni takleh nak genggam sebab jatuh setahun yang lalu. I'm begging to anyone that read this blog please pray for my mom and dad wellness la ye.


 p/s: gambar ni apak aku yang ambik masa kat mekah and baru aku rasa aku tau sekarang aku mewarisi bakat mengambik gambar yang cantik2 ini daripada apak aku.

No comments: