Bahan-bahan untuk mengedoh adalah 2.5 cawan tepung, 200g butter, garam sikit, air ais.uli sesedap dan secukup rasa. Lepas siap uli bahagi 2 & simpan dlm peti ais sejam. |
Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca-pembaca sekalian...Hari ni adalah hari cuti untuk aku selaku pekerja pasaraya. Bila cuti harus bangun kul 5.15 pagi dan terus beribadah katanya haha padahal semayang isyak, bukan apa semalam terlebih awal lak tidor rasanya belom kul 830 aku dah berdengkor dah gamaknya. Kalau hari kerja liat yang amat sangat nak bangunnya, pagi ni siap jam 7.20 aku dah terpacak kat tasik permaisuri jogging dan lari pecut sebanyak 3round tasik tu. Hahah propa je sebenarnya aku hanya mampu jalan laju2 je keluar peluh pun setitik dua, tapi sempat gakla baju aku masam hahahaha...kotor.
Nak buat caramel dia plak guna 50g butter, 0.75st garam,2cawan gula ngan serbuk cinnamon. masak dengan api kecik sampai semua cair. |
Abis jogging konon kononnya singgah kedai bungkus pulut ngan rendang ayam, makcik nogori yang buat. Murahhhh..makcik tu cas aku 2ringgit je ngan ayam 2ketol hehe..last katanya, but yang seketul tu tulang keting ayam je la. Balik rumah bukak bungkusan plastik, kurung nini dan aku pun berbreakfast. Okla jugak rendangnya rasa orang negeri punya pedas lite lite tapi pulutnya lembik sikit, macam pulut impit pun ada dah. Kenyang makan layan FB jap sambil tgk TV last2 tv yang tengok aku haha, kalau KeTTHA tau mesti kena ceramah sebab membazir letrik. Aku ni memang jenis kalau makan pulut je mesti tidor, ibarat pulut tu adalah ubat penenang.
Bila caramel semua dah cair masukkan epal yg dipotong dadu aku guna 3bijik je 2 hijau 1merah masak sampai epal tu separa kecut. |
Masa berFB tu sempat tanya resepi kat kak CT nak buat burberry cheese tart, tetapi bila dikaji rasa malas nak buat benda tu so aku pun buat pai epal petang ni. Menjadi uols hahaha...Aku tidor pagi tu pun kejap je lepas tengok boboi boy sampai kul 10.15 je, sebab semlm dah tidor lebih kot. Jadi body signal sendiri suruh bangun. Celik mata je terus online cari resepi nak buat apple pie, siap tengok video kat youtube lagi..sungguh mudah kehidupan duniawi skang ni kan? Siap catat apa yang perlu aku pun mandi n bersiap2 nak pergi giant beli bahan-bahannya. Nak keluar rumah baru aku lepaskan nini dari kandangannya lalu menghenjut motor aku ke Giant Connaught.
Sampai giant dah kul 1200 dah hehe jangan risau as seorang yang masih ada iman setipis kulit bawang saku tetap semayang jumaat. so jangan speku lebih2. Putar-putar kat giant tu aku nak cari pinggan yang leh masuk oven mcm dlm youtube, jumpa yang bentuk sama tapi namanya utk hidangan je..kang aku masuk dalam oven meletop plak kan so tak beli. aku beli butter seketol, tepung halus dan putih ngan epal 4biji merah 2 hijau. Elok je lepas aku bayar kat kaunter adik manis kat giant tu tetiba hujan turun dengan menderu-deru la plak. Adeehh camana plak aku nak balik ni nak semayang jumaat lagi, jam minit dah cecah angka 8 dah.
Masuk dalam oven pada suhu 225 darjah celcius untuk 30min atau secukup rasa, rajin2 la intai takut terhangus plak painye nanti. ekjas2 la sikit temperature tu. |
Lepak jap kat luar makan aiskrim vanila cap gino kat luar tu sambil tunggu ujan sidang, sebbaik memang tak lama hujannya. dia turun sikit2 je terus aku meluru laju ngan motor balik rumah. Sampai rumah tengok jam kat dinding baru kul 12.45..perggghhh empunya kriss 120 ni memang memecut dengan sangat laju nampaknya. Bila sampai rumah awal badan lenjun2 aku kena beranginkan badan dulu bawah kipas bagi sejuk, sambil2 tu tangan duk menguli tepung untuk membuat doh pai epal aku untuk petang ni. Katanya doh je kena simpan sejam dlm peti ais...pastu bila dah masak kena tunggu dia sejuk dulu baru makan hehe..so skang ni semua dah siap tunggu nak potong n makan je, tadi ada curi2 rasa sikit sedap jugakla rasanya. Kepada pembaca-pembaca diluar sana yang nak mencuba bolehla mengikut step2 yang ditunjukkan disebelah. ketepatan jisim dan kepadatan dan bilangan bahan yang digunakan bergantung kepada citarasa sendiri. kalau jadi Alhamdulillah..kalau tak jadi lenkali cube lagi.
1 comment:
nanti bole buat kat rumah bagi rase...
Bile nak balik rumah???
Post a Comment