Monday, April 4, 2011

Homemade Fish n Chips

Assalamualaikum tuan2 dan puan2 skalian, arini saya nak mengajar cara menyediakan Fish n Chip Sendiri tanpa perlu membayar sebanyak RM 9.00++ dikedai makan makanan barat untuk set yang sama meledaknya. kepada saudari mimi syamimi boleh mencuba menu ini untuk gula gula hati nanti..haha


Bahan bahan yang perlu dibeli dari kedai kerana kebiasaannya tidak terdapat dirumah adalah seperti berikut:


1. Sekampit frozen Dory fillet lebih kurang sekilo punya

2. Tepung tempura perisa pedas

3. Jejari Kentang

4. mayonaisse, thousand island & olive oil dan

5. salad, timun & lemon


memula fillet ikan hendaklah dinyahbekukan kalau mampu menggunakan microwave kalau tak mampu macam aku rendam je dalam air. gaulkan tepung tempura ngan sedikit air sehingga bentuk fizikalnya menyerupai makanan bayi tu then celupkan ikan dory tersebut dan digoreng didlam minyak yang sedang panas membara. dan golek golekkanlah ia sampai menjadi kuning keemasan dan cantik seperti didalam gambar diatas.


Disamping2 memasak ikan tersebut tuan2 dan puan2 juga boleh menggunakan dapur disebelah untuk menggoreng jejari kentang plak juga hendaklah ia digoreng sehingga cantik berwarna keemasan jua hendaknya.


Didalam proses penyediaan salad mentimun, bagi memastikan kesegaran mentimun tersebut, setelah dipotong nipis2 hendaklah ia dibasuh dan direndam didalam air sejuk yang dicampurkan dengan sedikit kapur. tujuan kapur tersebut adalah untuk memberikan keranggupan kepada mentimun tersebut. pastu potong cili api, cabe merah n bawang diracik halus2 dan campur dengan mentimun tadi dan disebatikan dengan extra virgin olive oil.


utk sos pencicah gunakan sahaja sos cili kimball kalau nak rasa omputih sikit guna mayonaisse or sos tartar yang diperah lemon, dalam kes aku kat atas cari lemon tak jumpa maka ganti dengan limau nipis sahaja, pakai sos thousand island pun boleh jugak. wahhh agak kemelayuan resepi aku disini sebab menggunakan limau nipis dan juga cili api. Pembaca-pembaca diluar sana jangan lupa mencube...

2 comments:

syntheare said...

mentimun tu pas rendam ngan air kapur kena basuh lagi skali x? xbahaya ke makan kapur?

jalilsalleh said...

sikit sikit makan kapur takpe kot hahhaa...pas rendam kena la bilas balik