Assalamualaikum dan selamat petang saudara/i sekalian. minum apa petang ni? Kalau belum minum petang lagi jom minum kopi susu panas cicah biskut kering hwa tai. aku sajaje nak berlagak-berlagak ngan kome semua bahawasanya aku dah pun menjejakkan kaki ke hentian puduraya dan juga terminal bersepadu selatan. tapi kali ni aku nak cerita pasal puduraya je dulu sebab TBS aku takde gambor yang cun nak tunjuk2 riak kat kome semua haha sebab aku dengan penuh confidentnya pasti korang ramai lagi yang tak jejak kaki kat sini.
Kalo korang naik bas dari platform naik atas korang jumpa pintu platform yang glamer macam gambor kat ateh ni dan kalau korang masuk ikut pintu jejantas kat KFC nampak plak pemandangan macam yang dekat bawah..memang astonishing kan kata omputihnya. Dengan makcik2 pose bawak beg Donald Trump, memang rasa macam kat airport. Takat seminggu dah dia bukak ni memang kemaihla lantai perabot semua, harapnya berkekalan la lama lama. Kebanyakan kedai yang dulu sebelum ni macam usang kat tingkat satu tu semua dah kena bersihkan, operationnya pun open to public macam tu, most of the dinding dibuat dari kaca..see through so takde la peniaga2 ni semua leh sorok segala macam harta karun dalam kedai diorang n nampak bersih.
Ruang menunggu pun dah luas seluas saujana mata memandang, macam spacious betul tempatnya dan banyak bangku2 untuk berehat disediakan, boleh kata most of the floor kat tingkat 2 tu adalah kawasan menunggu bas. Dah la canti berhawa dingin plak tu huhu...memang selesa, plus penyediaan skrin paparan pergerakan bas yang ala2 schedule departure/arrival yang slalu ada kat lapangan terbang tu memudahkan lagi pengguna. Surau dia besar n selesa sangat...terima kasih dan sekalung tahniah aku ucapkan kepada pihak yang terlibat.
dan akhir sekali sedikit pandangan tulus ikhlas dari aku yang mungkin boleh digunakan untuk lebih membanggakan pengguna dan pentadbiran bangunan ini. iaitu pertamanya mungkin pengawal-pengawal yang berada disini boleh lebih ramah dan mesra terhadap pengguna keduanya dah alang2 hentian pudu ni maju macam airport alangkah selesanya kalau ruang tandasnya ada menyediakan bilik untuk mandi..yerla macam orang yang jalan jauh2 tu yang dah berlengas tentu akan terlampau seronok kalau boleh mandi n rehatkan badan.
sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment