Tuesday, April 26, 2011

Help Our WWF Malaysia

Assalamualaikum abang kakak pembaca kat luar sana...abang-abang kakak-kakak semua masih belajar or dah kerja?...Alhamdulillah semuanya masih hidup dan dapat bernafas tanpa menggunakan alat bantuan pernafasankan. Kali ini aku nak share la sikit bantuan yang pembaca-pembaca kat sana boleh sumbangkan pada WWF Malaysia. Jangan salah faham lak, bukan persatuan wrestling tau tapi World Wildlife Federation Malaysia. Ini ada satu fact yang aku pasti korang-korang semua tak tau, kat Malaysia ni almost 60% daripada kewangan WWF ni adalah bergantung daripada dana dari luar. Berdasarkan maklumat yang agak memalukan ini, WWF Malaysia kini sedang berkerja keras untuk mendapatkan dana daripada rakyat Malaysia sendiri, sama ada daripada individu mahupun syarikat. So selaku seorang rakyat Malaysia yang mencintai alam yang sejati dan juga seorang yang suke mengambil kesempatan, makanya kat sini aku nak mengambil kesempatan menyeru kalau korang-korang semua ada ala2 pendapatan berlebihan yang rasa nak disumbangkan untuk keharmonian sejagat boleh la membuat donation kat laman sesawang WWF Malaysia. Macam macam jenis donation yang korang boleh bagi mengikut kemampuan korang; ada sumbangan untuk harimau, penyu, laut, hutan dll.


WWF ni bukan sahaja federation yang menjaga binatang sahaja malah juga cuba mengekalkan keseimbangan alam semulajadi dengan cuba menjalankan usaha-usaha pemuliharaan hutan. Kepada pembaca-pembaca yang tertanya-tanya dan teringin nak jadi sukarelawan untuk WWF ni, means nak join diorang utk aktiviti kebajikan seperti menyelamatkan penyu di Redang, Orang Utan di Sepilok, Harimau dan Beruang kat Banjaran Titiwangsa. Korang-korang semua boleh la mendaftar untuk menjadi penyumbang tegar kat WWF Malaysia ni, insyaALLAH nanti korang akan dapat invitation untuk join aktiviti2 akan datang diorang ni. So ucapan terakhir aku kepada sesiapa yang ada lebihan belanja ujung2 bulan tu bolehla disedekahkan untuk kebajikan alam sekitar kat Malaysia ni secara khususnya dan kebaikan korang sendiri jugak secara amnya.

renung-renungkan dan selamat beramal....

1 comment:

pg said...

duit lebih byr pt..hihih