Thursday, April 14, 2011

Popia Untuk Omnivor

Untuk pengetahuan am pembaca sekalian, merujuk kepada buku sains masa aku PMR dulu, karnivor adalah pemakan daging, herbivor adalah pemakan sayur maka omnivor adalah pemakan kedua-duanya. Manusia adalah merupakan makhluk berkategori omnivor. Kebiasaannya popia yang disediakan adalah berciri herbivor yang mana acap kali meliputi kandungan sayuran yang tinggi. Sebagai insan yang bercirikan manusia kali ini saya akan mendidik readers sekalian untuk menyediakan popia yang sesuai dengan diet pemakanan manusia iaitu popia omnivor..hahaha matila jalil perusak.

Bahan yang diperlukan adalah seperti disebelah. Dalam proses penyediaan sambal untuk popia ini bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut; cili kering, bawang besar, bawang putih, kicap, gula, garam dan bijan serta udang kering.

Bahan-bahan yang dinyatakan diatas kecuali bijan hendaklah dikisar sehingga benar-benar halus dan haus. Pastikan semua bijik-bijik cili kering itu lunyai, kalau anda lebih tekun sila asingkan biji sebelum di-blender-kan.

Setelah lumat dan halus, di dalam kuali yang dipanaskan pada suhu sederhana dan kuantiti minyak masak seminima mungkin bahan bahan tadi dimasak sehingga masak dah cantik seperti gambaran disebelah. Silalah menggunakan kuantiti gula yang banyak kerana manusia memang suka kepada kemanisan. jgn ko blender sekali bijan tu sudah, utk bg cantik n rasa rangup je bijan tu. letak macam dressing pada sos tu lepas sos tu siap.

Sesudah sos siap disediakan sekarang kita belajar penyediaan intinya plak. untuk menghasilkan ciri omnivor, intinya hendaklah terdiri dari Daging dan Sayuran, disini pengganti daging yang digunakan adalah frankfurter@hotdog cap ayamas. Manakala sayuran yang digunakan pula adalah seperti lobak, kubis, taugeh, bawang besar n putih.

Kesemua jenis bahan inti yang bercirikan omnivor tersebut digaul sehingga sebati dan dimasukkan dalam kuali yang mengandungi 2 sudu minyak penepu saluran jantung dan digoreng sehingga separa layu. untuk memudahkan pekerjaan dan menambahkan keenakan pada inti ini gunakan pasti sedap dan juga sos tiram.

Setelah tuan puan berjaya mengharungi cabaran menyediakan dua resepi diatas kiranya anda sudah berjaya kerana langkah seterusnya tidak memerlukan daya pemikiran dan citarasa yang tinggi kerana anda hanya perlu menyapu rata sos pada permukaan pembalut popia yang boleh dibeli di kedai-kedai. selepas itu masukkan inti dan gulungkan ianya menjadi bentuk popia kalau terasa nak makan samosa bungkus je jadi bentuk segi tiga.

Dan akhirnya tadaaaaa!!!!! menjadilah popia meatarian yang enak seperti dibawah.


p/s 1: actually aku pun tak berapa jelas sangat perbezaan antara popia ngan samosa kecuali satu bebentuk rod satu lagi segitiga..
p/s 2: Popia ini kerjasama aku ngan adik aku, link blog dia pun ada kat sebelah..saja promosi sebab dia tolong promosi aku punya blog jugak
p/s 3: aku ada add butang like fb kat bawah yang aku kurang jelas fungsinya..kalau anda readers yg rajin sila klik juga

No comments: