Thursday, April 21, 2011

Gua TempuRung GopeNG, PerAk

pemandangan cantik pertama yang korang akan nampak bila masuk gua tu, dah dipercayai hanya inilah entrance alternatif yang ada selain pintu masuk memula and pintu dihujung belah sana gua.

assalamualaikum semua...apa khabar arini? sihat ke tidak? sihat ke tidak? sihat ke tidak? hahah matila jalil yang kurang sihat mentalnya. after a few series of cerita pasal makanan, kali ni nak cerita lak pasal pengembaraan single jalilkacak ke perut gunung. alkisahnya tengahari tadi on the way balik dari hantar adik aku ke sekolah dia untuk penyampaian anugerah iaitu juga selepas aku memakan nasi briyani yang disediakan pihak sekolah aku pun memanjangkan langkah pergi ke gua tempurung. kalau mengikut kiraan statistik JKR aku lalu depan simpang gua tu pun dah 1435 kali agaknya, dah lebih kurang bilangan kiraan tahun hijriah dah. tapi skali pun tak terpesong nak masuk kesitu. Tapi tengahari tadi sampai jugakla aku kesitu.


kepada sesiapa yang tak pernah tengok stalaktit sila tengok puas2... sorry xtau eja stalaktit tu camana..skali imbas macam lucah ejaannya haha

ow hoh..sebelum aku lupa nak bagitau bahawasanya pendapat yang mengatakan gua ni takleh masuk ketika hujan melanda adalah kurang tepat. Merujuk kepada cave ranger yang meng-guide aku tadi hanya trek ke 3-4 yang mencabar tu je yang tutup...yang ala2 kalao korang amik pakej tu kena merangkak menggelongsor meraba kena patuk lipan etc etc lagi la yang mecabar tu. kalau ambik pakej 1 atau 2 yang ala2 korang leh feeling feeling catwalk kat 5th avenue tu boleh je masuk masa hujan.haha... diingatkan juga utk trek 3-4 tu pakaila sport attire yerla nak meredah anak sungai bagaikan. aku ni tadi memandangkan ala2 krew melodi main terjah je ke situ so hanya mampu ambik trek 1 je itupun dah berpeluh2 hulu ketiak aku ni..sesekali kena naik turun tangga meraba-raba dalam kesamaran. Kalau aku ambik trek yang nombor 2 tu tadi merasala naik lagi seribu lima belas anak tangga..sampai2 je ujung blah sana mau mencungap mcm lepas ngandung agaknye. Kesimpulannya kepada peneroka2 yang nak cuba gua tempurung nasihat aku sebagai amatur silalah kumpul stamina banyak2. aku dapat jalan tadi sampai hall pertama je Bagak dia punya besar, tapi mamat cave ranger kata yang kedua lagi besar, terus berazam mau tengok dilain masa.


memandangkan gambar diambil dikawasan gelap dan menggunakan kamera beresolusi rendah sahaja maka hanya nampak cahaya lampu je walaupun sebenarnya aku nak tunjukkan anak2 tangga menujun ke puncak tu.

Gua tempurung ni dipercaya dah berusia 400juta tahun dan kadar tumbesaran bagi seinci stalakmite akan memakan masa seratus tahun, so masa aku berdiri dalam gua tu tadi ada la sepohon stalakmite, yang bentuk memang sebijik macam batang pokok setinggi pokok keruing dah..agak2 berapa lama la dah dia terkumpul tu kan.


memula tadi sebab masuk gua tunjuk pemandangan masa masuk kali ni dah keluar gua gua tunjuk jugak gambor keluar dari gua...

p/s: setelah setahun baru termakbul satu daripada cuti-cuti malaysia idaman gua...

3 comments:

Anonymous said...

jom....nak p gak...
shah ishak

pijie said...

aku dh g masa sek men dulu...ambik pakej wet la..kena merangkak, megelusur & bagai2 lg...memmang best..kalo nk g lg mungkin xkut..nk try gua murut plak..hahahha

Fii said...

disebalik gua ny ada makna2 yang tersendiri yang ta pena org rasa na kaji.....ce kaji mesti faham apa mksd gua ny .