Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca pembaca tegar blog ini.kali ini aku nak berblog pasal satu hari ahad aku kat Tanjung Malim, Perak. bila ntah minggu berlakunya liburan ni pun aku tak ingat bila, tapi rasanya dah lama dah..ujung tahun lagi rasanya, tapi disebabkan aku telah mendapatkan stok gambar semasa lawatan ni last week. maka hasilnya baru skarang ni la aku terkedek2 nak apdet, draft post ni plak dah seminggu gak peram, agak2 kalau ikan dah jadi pekasam dah pun.
Dasar seorang manusia yang comel dan mengandungi lapisan lelemak yang tebal, maka aku sangat gemar untuk merendamkan badan aku ke dalam aliran air sungai yang sejuk dan segar. Air terjun Sungai Bill ni dah lama aku dengar kewujudannya, adik aku yang satu masa dulu sekolah kat PSAS tu la yang bagitau. So on one fine day, aku pun mengajakla bebudak rumah aku untuk pergi berkubang menyejukkan badan. Kusangkakan dekat dengan pekan Tanjung Malim tu rupanya berbatu batu jauhnya kedalam ladang2. Aku maam biasala kalau gerak berjalan suka keluar awal2 jadi bolehla booking spot yang best kat situ nanti kunun kununnya. sampai2 memang cun punya timing dalam kul 10.00 macam tu rasanya n nasib baiklah tak ramai orang masa tu so dapat gak la tempat yang best kat bhgn hulu skali yang boleh dimandi. Sungai Bill keseluruhannya biasa2 je la kalau nak buat mandi sejuk2, tapi diingatkan kat sini macam selalu je berlaku kejadian air runtuh tu. kalau datang sini kena ber AWAS la ye.
kawasan mandi manda kat sungai bill, tanjung malim. Banyak kawasan yang boleh digunakan untuk mandi, airnya jernih dan takde la dalam sangat serta mempunyai batu batuan yang banyak.
Cer cube tengok batu kat dalam gambar kat atas tu, kedudukannya yang terpacak menimbulkan rasa misteri dihati kami, berusaha dari jauh tgk dengan teliti kalau2 ada bahan menyokongnya untuk terpacak. ada tiga empat bijik gakla batu berposisi begitu, masa memula masuk air terpikir gak camana kalau tempat tu tempat Maya Karin bermain main.
bila penat menjadi kerbau yang berkubang, makanya perut pun mula berkriuk kriuk minta diisi. menurut rancangan asalnya konon kononnya skali lagi nak memasak bihun gorengla sebelum bergerak, rupanya itu hanya ilusi sahaja. bagi memenuhi kehendak perut kosong yang mintak diisi aku n the gang pun bergerak lah keluar dari kawasan rekreasi sg bill menuju ke pekan Tanjung Malim untuk menikmati makan tengahari dah kot masa tu. Selama ini aku hanya berlintas langsung je depan Yik Mun tu, tak cukup tabah nak gi makan kat sana, walau ramai yg cakap pau nya sedap. tengahari tu ala ala pecah gelanggang aku menapak ke dalam kedai pau tu, kedainya bersih n pekerja ramai islam analisis pertama aku. dah masuk Yik Mun mestila cuba pau dia kan, aku ingatkan kedai ni jual pau je rupanya dia ada macam2 makanan panas lain..so aku try mee kari dia n kawan2 aku order yg lain lain tak ingat dah aku. rasanya sedap la makanan kat kedai ni, n harganya takdelah menjengkelkan sangat kan. so there is our lunch, tgh makan-makan ujan plak turun..so bertumpang teduh la kejap dalam tu. kengkawan ajak masuk UPSI lak.
Pau Yik Mun adalah merupakan pau yang popular di Tanjung Malim ini, walaupun namanya Yik Mun namun insyaALLAH pau nya halal sebab ada chop halal JAKIM dan juga pekerjanya boleh dikatakan ramai adalah orang melayu.
lepas ujan mula berhenti kami pun meneruskan perjalanan masuk ke dalam UPSI, masa masuk buat muka confident je berlagak macam student U tu. nasib baikla masing-masing muka belia remaja lagi, so pak gad pun takde la was-was gamaknya. Abis satu UPSI tu kami pusing2 siap pergi bergambar sakan kat ada satu kawasan tu diorang letak banyak arca macam2 bentuk n rupa ada kat situ, ad agak yang macam mata dlm cerita LOTR tu haha..the eye katanya. disebabkan kami ni adalah budak2 berbackgroundkan sains makanya terhasillah bermacam pemahaman sesat mengenai maksud arca-arca tersebut. huhuhu... untuk lebih merasakan perasaan dan lagak sebagai student UPSI kami siap bergambar2 didepan bangunan Suluh Budiman lagi. kat dalam pagar U ni ada kedai yang menyediakan berger kukus n air lemonade yang enak.
bertiga diatas adalah penceroboh- penceroboh yang mempunyai perasaan seperti student UPSI
p/s: term air runtuh tu aku buat sendiri nak menceritakan sebenarnya keadaan air yang tetiba naik secara mendadak dan laju..salah satu tanda awal akan berlakunya air runtuh ni adalah munculnya pusaran daun daun lama dari bahagian bawah air.
No comments:
Post a Comment