Korea : 좋은아침이야! 감사합니다 모든 나의 리더.
Melayu : Selamat Pagi! Terima kasih banyak2 kepada para pembaca.
Kali ni aku nak bercerita pasal isu anjing, anjing liar dan juga anjing ganaz yang sememangnya telah berleluasa di merata-rata tempat. kat Bandar besar banyak, pekan pun banyak kawasan kampung melayu pun ada jugak. Masyarakat melayu sendiri aku tengok sekarang ni ada yang berani main ngan anjing ni. Aku plak sebagai melayu yang dibesarkan di kawasan kampung aku so takde la aku nak bermanja2 main peluk2 ngan anjing malah lagi trauma ngan anjing adala. Especially kalau anjing tu jenis besar dan liar pastu asyik julur lidah macam gambor kat ateh tu. Sebabnya aku sendiri dah berpengalaman kena kejar ngan anjing. letih tau kayuh basikal laju-laju nak lari tu, nasib baik naik basikal. kalau berlenggang kangkung masa tu gamaknya dah kena baham bontot aku ni. Tragedi berlaku masa aku balik dr kelas tambahan sekolah rendah n lalu la satu kawasan yang memang jarang aku lalu..tup2 seekor anjing dengan semangat dari dalam pagar duk kejar aku sampai ke jalan besar. Memula buatla konsep tak lari kayuh basikal macam biasa rupanya anjing tu meroyan masa tu dihambatnye jugak aku. apa lagi sebagai kanak-kanak normal dan inesen masa tu bila petua berlakon takde masalah dah tak menjadi aku pecut je la basikal tu laju2, dia kejor gak cilakak betul at last entah camana tetiba aku terpekik kat anjing tu terus dia duduk diam-diam je kat situ. fuhhh selamat, tapi aku maintain kayuhan 1000km/j jantung berdebor-debor sgt masa tu. Tapi yang tu tak kisahla sangat sebab leh kata masa tu aku meronda mmg kawasan ramai chinese, tapi yang anehnya kampung aku leh kata 97% orang melayu sikit2 pendatang asing tapi banyak gak anjing yang berkeliaran. Asal usul anjing-anjing ni dari anjing yang ditinggalkan oleh owner cina kat ladang sawit untuk jaga ladang diorang but tak dijaga betul2 menyebabkan anjing-anjing ni berkeliaran bebas, dan jugak anjing yang tersesat dan ditinggalkan masa chinese ni datang berburu babi kat hutan sekitar. Setakat ni takde la lagi aku dengar menatang ni mengganas sampai gigit2 orang cuma aktiviti peberet anjing2 ni adalah menyelongkar tong sampah malam-malam. Bebudak kampung ni pun selalu bermain-main kat luar, sampai satu tahap aku rasa akan tiba masanya kedua-dua makhluk ni takkan boleh berkongsi ruang permainan yang sama lagi, jangan pulak dah terhantuk nanti baru nak terngadah.
Kat sini aku nak cadangkan kepada pihak berwajib dan pemilik anjing, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Pihak berkuasa yang sepatutnya sepatutnya mengambil langkah pengawalan yang berterusan untuk mengawal ataupun mengurangkan populasi anjing liar ni sebelum terlambat. Tuan-tuan anjing tu kalau rasa sayang ngan anjing tu janganla nak lepas-lepaskan macam kucing plak, tambat or make sure anjing tu tak lepas dr compound rumah korang. Kalau dah beranak pinak janganla senang aje nak buang -buang. Bila dah kena tembak mulala nak kata kejam la zalim la. Pada aku kalau dah tak larat nak jaga jangan la korang duk gatal2 nak bela banyak2. Dalam rukun pengakap ada prinsip kasihkan binatang, tapi pada pandangan aku skop kasihkan binatang ni kenalah disesuaikan dengan kemampuan diri. aku sendiri merasakan agak kejam kalau anjing2 liar ni kena tangkap n bunuh macam tu je, tapi otak KU ni tak mampu nak mencetuskan idea lain. so kepada pembaca skalian kalau ada cadangan lain yang lebih bernas boleh la kemukakan untuk manfaat bersama.
Petua camana nak melepaskan diri semasa dikejar anjing:

- Segera berhenti lari, jika anda berlari anjing akan terus mengejar korang, padahal anjing biasanya berlari lebih cepat dari manusia. Korang kalau dah kena kejar ni jangan nak memandai-mandai lari lebih laju dari dia. Dia akan lebih syok kejar. *kebiasaannya memang nak lari pun kan*.
- Hindari kontak mata, Anjing mengertikan sikap ini sebagai sikap melawan. Segera palingkan wajah korang secara perlahan ke simpang, jangan ke belakang.
Berkata dengan tegas, cakap “Tidak!” atau tunjukkan jari tangan ke arahnya. Biasanya anjing cepat bereaksi dengan kata-kata ini. Paling afdal pun korang besaukan mata cakap macam ni "tatap mata guwe". *kredit untuk oma berta*.
- Berbaring terdiam kalau si anjing mulai menyerang korang, biasanya kalau korang pura-pura mati kemungkinan anjing tidak tertarik lagi menyerang korang, karena anjing menyangka lawannya sudah mati.
Bila masih tetap diserang, rendahkan wajah korang, dan tutupi telinga dengan tangan. *masa ni aku rasa dah masuk wad ICU kot*.
dicedok dari sini
lagi satu kalau korang ada pengalaman atau petua lain boleh la disharing is caringkan bersama bolehla komen.
No comments:
Post a Comment