Monday, April 18, 2011

Aku Dulu Bukan Budak Obes

gambar diambil dari Mr GooGle

Assalamualaikum semua readers skalian. Arini aku nak buat post yang menyentuh isu semasa plak, isu kegemukan dikalangan kanak-kanak di Malaysia ni. Nampaknya isu ini semakin mendapat tempat du hati rakyat jelata mahupun pemimpin-pemimpin negara. Mana taknya, Malaysia skang ni dah menduduki ranking pertama dalam negara asia yang mempunyai peratusan bilangan penduduk obes yang tinggi..termasuklah aku jugak yang telah menyumbang kepada peratusan ini. tapi itu tolak tepi dulu ahaha...sekarang ni mari kita buat analisis mudah kenapa bebudak sekarang lebih banyak yang obes berbanding zaman kita dulu dulu [means zaman 90an].

Hipotesis 1: Bekalan makanan ringan yang mudah diperoleh.
Huraian: bebudak zaman skang ni leh kata aksesibiliti untuk mendapatkan stok bekalan makanan ringan semakin mudah. Golongan ibu bapa kini lebih bertanggungjawab dengan mengadakan lawatan mingguan ke pasaraya menyebabkan kanak2 kini lebih terdedah kepada ruang lingkup makanan rapu yang lebih luas. Selain itu, kebanyakan syarikat makanan ringan mula meluaskan empayar perniagaannya. sebagai contoh, masyarakat teluk intan dulu kalau nak merasa makan bege A&W kena pergi ke Ipoh, sekarang teluk intan punya McD, KFC, Pizza dan SR. ditambah plak ngan wang saku bebudak yang juga semakin bertambah menyebabkan aku percaya salah satu punca bebudak semakin besar adalah sebab makanan segera yang enak ini. Sselain daripada masalah makanan ringan diluar sekolah, masalah juga muncul didalam pagar sekoalh itu sendiri. Pihak pengurusan kantin2 sekolah sekarang pun lebih prefer jual sosej, nugget, french ries dll sebab benda-benda ni kosnya lebih murah namun boleh dijual pada harga yang lebih mahal. Mananya bebudak tak menghadapi obesiti sebab asyik disumbat makanan yang terlebih berkhasiat ni.

Hipotesis 2: Wang saku makin banyak
HUraian: masa aku sekolah rendah dulu duit belanja sehari2 aku hanyalah 4kupang, paling2 up pun masa aku tingkatan 5 dapat belanja seringgit setengah itupun masa ada kelas tambahan sampai petang, hari2 biasa 8kupang je. so selalunya masa waktu rehat aku tak la dapat makan makanan yang pelbagai kat kantin, dan aku percaya ramai jugak kawan aku yang lain lebih kurang kadar belanja hariannya...so masa rehat makan kacang kedai aci je simpan lagi 3posen buat beli keropok masa balik tghari..cukup aje. Bunyinya macam sedih je, tapi aku sgt bersyukur sebab aku takde duit lebih untuk dibelanjakan beli benda tak berfaedah macam rokok. kalau tak mungkin aku dah jadi belia liar sekarang ni hahaha.. bebudak sekolah zaman skang plak aku dengar minimum belanja 3-5 ringgit sehari, pergghhhh sekolah sama je ngan aku dulu rasanya, bukan la plak sekolah elit..beza seploh tahun kadar belanja meningkt dekat 500%. sila pihak jabatan pengurusan sekolah buat pemeriksaan kat kantin sekolah, berapa rege nasi lemak sepiring ngan air sirap? so ibu bapa yang terbaca blog ni pun silalah buat penilaian semuala mengenai wang saku anak ke sekolah especially kalau mak tu dah masak n bagi anak makan kat rumah.

Hipotesis 3: Kurang Aktiviti Fizikal
Huraian: Bebudak sekolah sekarang ni menyimpan lebih banyak lemak dibawah lapisan kulit sebab kurangnya aktiviti fizikal; di sekolah mahupun dirumah. sistem pendidikan sekarang ni yang menumpukan kepada kecemerlangan peperiksaan menyebabkan fokus kurang diberikan dalam mendidik badan anak2 supaya lebih sihat dan cergas bagai juara. kat sekolah belajar kat rumah pun belajar, kalau tak belajar kat rumah pun bebudak dok main indoor activity sahaja..tidak bagus tidak bagus...kurang peluh keluar. sedangkan masa aku sekolah rendah dulu pagi petang aku exercise at least 20minit tetiap sesi..haha kena kayuh basikal siap bawak penumpang lagi, gigihhso sampai sekolah dah segar bugar sebab senaman awal pagi. sarapan pagi yang mak aku sediakan pagi tu pun dah digunakan sebaiknya. kanak2 skang ni plak mengikut pemerhatian aku lebih dimanjai ibu bapa, pergi berhantor balik berambik katanya mungkin jugak ibu bapa risau keselamatan anak2nya ditambah pula keadaan ekonomi yang semakin baik. nowadays aku realise yang mod pengangkutan basikal ke sekolah semakin dipinggirkan. aku rasa ibu bapa pentadbir dan jabatan terlibat perlu menggalakkan semula penggunaan basikal ke sekolah ni.

Hipotesis 4: Kurangnya perhatian daripada Ibu Bapa/ PenjagaHuraian: Bukannya nak menyalahkan sesiapa tetapi ibu bapa/ penjaga adalah merupakan unsur utama yang perlu mengambil perhatian ke atas keadaan kesihatan anak2 mereka. memang diakui kanak-kanak yang obes nampak lebih comel and sihat katanya. Hakikatnya memangla nampak comel, tapi keadaan kesihatannya macamana plak? pikir pikirkan dan selamat beramal.
p/s: Aku dulu masa kanak-kanak bukanlah seorang yang obes, mengikut kajian keatas diri sendiri dipercayai perubahan gaya dan taraf hidup mempengaruhi ukuran pinggang seseorang. dulu aku nak beli cekelat takde duit, dulu nak ke kedai beli cekelat kena naik basikal. sekarang ni aku bukan takat beli cekelat sekupang 5, aku mampu beli cekelat katberi kat pasaraya giant naik motor je hahaha..so no wonderlaa aku menyumbangkan kepada peratusan obes negara.

Pembaca-pembaca sekalian doakan aku agar dapat kurus dan comel macam zaman dulukala balik ye...Aku adalah budak kacak yang duk kat sebelah kanan masa sekolah rendah n menegah dulu adalah aktif bermain mengikut musim bersama kawan baik aka jiran sebelah rumah...huhu nampaknya pasni kena mula bermain badminton semula, kasi gegar itu stadium hahaa. hoh baru aku perasan gesture tangan aku mcm siwon.

1 comment:

phyzie said...

mcm xcaya yg kurus mcm tu..maintain jer la weight skarang..at least ada perbezaan kalo berdiri di sebelah..
hihihii