Thursday, April 8, 2010

Cuti-CUti MALaysia

Chak..kali ini nak buat post cita-cita namanya..kat sini aku senaraikan beberapa aktiviti yang aku berminat nak buat yang mana antaranya adalah seperti :

1.aktiviti mengskodeng beruang...(kalau beruang tak skodeng aku la)..huhu ini aktiviti mengskodeng beruang liar ye, bukan beruang kat zoo cadangnya nak gi Taman Negara kalau beruang tu tgh tangkap ikan kita rampas ikan dia haha...

2.Bird Watching kat Fraser Hill, menurut kata bee biasa bulan jun ada contest..siapa nak join jom la kita gi reramai bulan 6 nanti. satu grup 3 orang n fee dia RM30.00 je <---agaknya la mana la tau kot2 dapat menang hadiah ke kan ko boleh la buat ni jadi aktiviti tahunan kepada sesiapa yang takde aktiviti tahunan menarik tu hehe

3. lagi rasa macam nak pergi mencandat sotong la..kat tengah2 laut kat belah pantai timur, jomla kita pergi mencandat sotong ramai2 pastu kita buat masak sambal, masak kicap, sotong sumbat, kerabu sotong....haha kalau banyak la dapatnya. orang la jugak kata musim paling best nak mencandat ni bulan 4-5 ye ke?


4. gambar sebelah ni kanopi walk ntah Taman Negara mana ntah..huhu..tapi ada la jugak pasang cita-cita nanti nak gi masuk Taman Negara sambil tengok daun kaler ijau + lastik rusa + main aci kejar ngan serigala (hutan malaysia ada serigala tak) + bagi tapir makan...huhu

5. aritu adik aku aus menceritakan pengalamannya masuk gua tempurung membuat kadar jelesi aku meningkat secara mendadak dan terus aku memasang azam nak masuk jugak gua tempurung suatu hari yang indah nanti. actually gua ni dekat je ngan rumah aku iaitu kat gua tempurung, gopeng kot...



6. trip ke Pulau Redang ayuh kita ramai2 memeriahkan cuti2 malaysia..hahaha..teringin rasanya nak dive tengok ikan nemo kat tengah tengah anemone..perancangannya macam bulan 6 ni nak gi, ntah sempat simpan duit tak..huhu kena pecah kan tabung la camni...kalau tak dapat diving dapat google je pun jadi la..huhu..pastu nak tangkap ikan tu Bakor haha...skali ngan sotong kat atas tu

7. balik dari redang kita gi plak tengok penyu/ pusat penetasan telur penyu sian makhluk tuhan yang makin pupus akibat kerakusan manusia menodai alam semulajadi huhu...environmentalist la plak..kat Cherating Pahang ada, Rantau Abang Terengganu ada even kat Segari Perak pun ada hatchery centre untuk penyu2 yang kiut ini..sesungguhnya aku tak pernah tengok anak penyu hidup yang real selama aku berusia 27 tahun ni<--haha masih berdarah muda. rasanya kak ieja n cynthia pun tak pernah kan so jom la join i kita gi memburu anak penyu ni

8. seterusnya mari kita melawat Perak lagi, kita gi Tasik Banding nak? kat sini kita boleh mengadakan aktiviti memburu kelah, toman ataupun Tapah je huhu...(macam boleh dapat je) kalau tak dapat ikan kita beli je kat nelayan sekitarnya..huhu agak2 relax tengah pulau kat tasik yang luas dan besar ada can jumpa naga tak? koman2 Arapaima Gigas baye kayu balak ada kate deme...kot ternampak mesti rasa ngeri nak seberang tasik dah hahaha...


9. memburu dah, mengskodeng dah, memancing dah, mengskuba pun dah so jom la kita pergi merakit-rakit ketepian plak kali ini...rakit bukan sebarang rakit tau, rakit dengan rakit getah...white water rafting kat sungai jeram kat perak gak nak??..dah lama dah rasa nak buat benda ni, cuma kekadang tu rasa takut tapi nak jugak buat...nanti2 nak ajak adik2 gi main la huhu...

ok habis sudah rancangan untuk bercuti, tak dapat pergi bebetul pun sekadar membayangkannya pun dah rasa puas hati huhu..inikan plak kalu bebetul dapat pergi..perggghhhh mesti syiokk punya...

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.