assalamualaikum dan selamat tengah malam semua. selamat hari pekerja kepada seluruh pekerja di Malaysia dan juga selamat bercuti kepada yang dapat menikmatinya. Berdasarkan pengalaman naik highway semalam aku yakin ramai orang yang balik ke kampung halaman, jam 12 malam semalam lebuhraya arah utara macam balik hari raya rasanya. penuh kereta and mamat-mamat motor yang berkonvoi. Okeh cukup sudah merepeknya and sekarang we go back to our menu yer puan-puan yang bangun pagi nanti tak tahu nak masak apa ujung2 minggu ni boleh la mencuba resepi nasi goreng kerabu ini.
untuk memudahkan rujukan tuanpuan saya memecahkan bahan masakan kepada 3 bahagian iaitu; bahan rencah; bahan tumis & bahan rumpai. Jadi bahan - bahan ini hendaklah dibuat seperti arahan gambar dibawah yang mana kena tumbuk ditumbuk, mana kena potong, dipotongkan & mana nak kena racik diracikkan. Tetapi janganlah tuan puan lupa untuk menyediakan nasi yang telah disejukkan pada suhu bilik dan digaul sebati dengan garam secukup rasa.
untuk memudahkan rujukan tuanpuan saya memecahkan bahan masakan kepada 3 bahagian iaitu; bahan rencah; bahan tumis & bahan rumpai. Jadi bahan - bahan ini hendaklah dibuat seperti arahan gambar dibawah yang mana kena tumbuk ditumbuk, mana kena potong, dipotongkan & mana nak kena racik diracikkan. Tetapi janganlah tuan puan lupa untuk menyediakan nasi yang telah disejukkan pada suhu bilik dan digaul sebati dengan garam secukup rasa.
untuk tujuan menyediakan rencah ikut sesedap bibir koranglah kan nak pedas ke nak masin ke nak letak ikan bilis ke udang ke sotong ke, terpulang yang penting boleh dan halal dimakan. nak betul-betul punya ho liau pedas silalah menggunakan cabai burung seperti gambar yang saya kepilkan diatas tu. Memula sekali kenalah panaskan minyak dalam kuali, bila dah cukup panasa bahan memula nak kena dimasak adalah bahan rencah ye, kita masakkan bahan ni sehingga menghampiri hangus. Kemudiannya kita masukkan bahan yang dah diracik halus dan teruskan menyudip sehingga bawangnya layu.
Bila bawang dah hampir layu, cepat cepat masukkan nasi yang dah disebati garam tadi kedalam kuali dan teruskan menggaul disamping operasi menabur rumpai dilakukan serentak dengan aktiviti tersebut. ini adalah perlu supaya serakan rumpai-rumpai itu menjadi lebih cantik dan ranum setelah masakan siap. Bahan rumpai seperti daun kunyit, daun limau purut, batang serai dan bunga kantan yang saya gunakan malam ini adalah cukup segar kerana semuanya saya kutip dihalaman kampung halaman sejurus sebelum operasi memasak dijalankan.
Dan gaul-gaulkan dan balik balikkanlah nasi dalam kuali tu sehingga nasi yang digoreng napak rangup. kalau tak cukup masin tambah garam..nak lebih sedap perahkan sedikit jus limau nipis jangan banyak plak nanti pahit..dan yang penting skali adalah lada hitam... so barulah aku boleh namakan dia Nasi Goreng Kerabu Berlada.tadaaaa...siap untuk dihidang dan dimakan...utk menambah keenakan silalah makan dengan sambal tumis ikan bilis ataupun ikan masin gelama yang diperah jus limau kasturi. sekian terima kasih dan selamat mencuba