Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Happy Graduation Day to Ismail Salleh

Asslamualaikum!!!

October dah berlalu dan now is Raining November, setiap hari hujan tak pagi petang tak petang tengahari tak tengahari malam. Maka cuaca adalah lembab dan kadar kelembapannya itu telah menjadi faktor mengapa penulis blog ini menjadi lembab dan lemau untuk memblog kini. Tambah lagi sekarang ni dah hujung hujung tahun, memasing sibuk nak capai azam yang lepas dan menghabiskan sisa sisa cuti yang banyak lagi. Hoho apalah yang aku sedang mengarutkan ini.

Balik kepada tujuan asal post kali ini adalah untuk mengucapkan Tahniah kepada adik aku yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah study yang akhirya telah berjaya menggraduasikan diri dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan kepujian dari Univrsiti Tun Hussein On Malaysia aka UTHM semalam. Walaupun jubah konvo hanya diletakkan didalam plastik pasar malam berwarna merah silalah berasa berbangga kerana akhirnya majelis telah berlangsung dengan jayanya. Abang Jale juga mengucapkan supaya Mae sukses selalu dalam apa yang dilakukan dan semoga mendapat ketabahan yang tinggi dalam hidup ini bak kata unknown "Hidup ini Susah..." hehehe

Saturday, October 27, 2012

AidilAdha yang Awesome...

Assalamualaikum!!!...

Raya Haji kali ni adalah merupakan yang pertama kalinya aku sambut kat tempat kerja. Memula perancangan memang nak menabahkan hati sambut Raya Qurban kat KL ni aje. Rupanya tak tahan godaan bila mak bagitau kat kampung ada nak buat kenduri Aqiqah untuk anak buah aku so terus ekjas cuti tarikh hari khamis. Dapat jugak la aku attend kenduri dan menyibukkan diri sepanjang hari persiapan tu. Bergerak balik dari sungai besi jam 630 pagi ikut hiway dan dengan tenang dan tanpa jamnya aku sampai kat kampung jam 910 pagi. Masa sampai rupanya orang kg sangat efisyen yang mana masa tu kerja mengaqiqahkan lembu tu tinggal part cincang mencincang and timbang menimbang aje. so selamat la tubuh badan aku dari percikan darah hahaha...

Menu untuk kenduri malam tu plak semuanya adalah berasaskan daging yang segar dan santan yang pekat. Ada nasik putih, rendang daging, gulai daging, kurma daging, additional ayam masak merah ngan jelatah timun nenas. memang rasa sangat bz masa tu and rasanya bila masa untuk raya the most happening time adalah masa hari persediaan.

Bila dah kat kampung pelan asal konon nak balik lepas kenduri pastu tapi tak jadi tangguh plak kekonon nak balik awal2 sebelum subuh nak semayang raya kat KL katanya, bila mak aku kejut pagi2 tu kata nak semayang raya kat tengah jalan pulak dah hahaha dan last last sekali aku semayang raya kat Kampung aku jugak...hahahaha....lepas semayang raya baru balik KL dan sekali lagi aku balik dengan tenang dan tanpa kesesakan and awal gakla sampainya sempat la panaskan rendang and kari daging yang ditapaukan.

Kerja aku semasa bekerja dihari raya adalah melukis benda ni, siap
buat referrence lagi k.. haha...( '_' )
Hahaha so maknanya aku tahun ni bukan totally raya diperantauan la maknanya sesuku kat kampung sesuku atas highway dan setengah lagi baru kat tempat kerja hohoho. so raya aku tahun ni adalah awesome sebab raya banyak lokasi.  Dan bertambah tambah awesome plak bila masa orang tak bukak kedai ni la aku terasa nak makan satay daging lak.Dan dikesempatan ni aku nak mengucapkan  Selamat menyambut Aidil Adha dengan tenang dan kalau makan daging tu ingat ingat la aku yang diperantauan ni, kalau sudi bawak bawakkanlah.


Thursday, March 22, 2012

tengs AUS

masuk yang ni rasanya dah kali ke dua la aus dok featuring kat dalam blog yang hawt ni...kalau yang dulu tahniah kali ni anjale nak ucapkan tengs (ejaan terkini untuk thank you) sebab aus make me proud and those tengs adalah sebab aus jugak telah membuat mak ngan apak sangat verbangga dengan kejayaan aus sebab telah mendapat result yang terbaik dalam spm. kalau anjale leh terasa bangga, confirm confirm mak ngan apak berkali kali ganda bangganya...so dikesempatan dan dipentas kekuasaan abang jale ni abang jale nak mengucapkan

TERIMA KASIH AUS

sebab telah mendapat keputusan straight A dalam peperiksaan SPM 2011.

Monday, November 28, 2011

ADI IDA


Dua pasang pengantin of the day, Ida ngan Kakak dia...pelamin cantik and sempoii

Pepagi ni takde idea sangat nak tulis panjang2 la...tulis sikit padam tulis sikit padam heheh makanya kat sini aku hanya nak mengucapkan selamat pengantin baru pada 2 orang kawan aku yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Kepada Adi ngan Ida, aku nak mengewish kepada korang-korang ini semoga senantiasa berbahagia dan rahmat tuhan will always be with uols. Semalam kami sampai kat wedding tu agak lewat selepas bertungkus lumus memburu sebijik lagi kereta yang sungguh liar hahaha, sib baik la sempat jugak tengok pasangan pengantinnya...komen abang hassan Adi sangat berwajah serius....
Geng geng gerombolan gadis yang cool je duduk dekat meja makan sambil bermesyuarah...
Geng geng gerombolan lelaki tengah sibuk nak ambik gambar pengantin kat pelamin

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualikum dan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin dan muslimat yang diingati sekalian. Kepada yang tak ingat bahawa hari ini adalah permulaan tahun baru untuk kalendar islam maka adalah lebih baik cepat2 sedar ye....

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Memandangkan Iryd yang jarang-jarang apdet blog pun berupdate ucapan raya jadi aku kat sini sebagai penggiat aktif blog kenalah juga menyampaikan ucapan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang ada kat malaysia dan juga seantero dunia kepada kawan2 yang masih tekun belajar atau bekerja di dalam dan diluar negara aku ucapkan selamat menyambut raya diperantauan. Aku menyusun segala jari jemari dan bebulu badan yang ada untuk memohon maaf sekiranya ada tersalah tingkah tesilap tutur termakan terminum terbengkakkan hati hati korang. Segala macam bentuk kesalahan kalau ada aku lakukan aku minta maaf la zahir dan batin.

Selamat Hari Raya and to those yang balik beraya berhati-hati di jalan raya, kalau naik kapal terbang suruh pilot berhati2 memandu kalau naik kapal laut suruh kelasi make sure jangan sesat kat lautan tak bertepi tu...hahaha..

aku balik raya malam ni uwaaaaa......

Friday, August 19, 2011

Selamat 19Ramadhan

Dari Uqbah iaitu Ibnu harith katanya: Aku mendengar Ibnu Umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir"

Riwayat Muslim


Hari ini 19 ramadhan makanya malam ni adalah termasuk malam kesepuluh akhir dalam bulan ramadhan. Jadi kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sekalian bersama-samalah kita merebut kesempatan yang tinggal untuk mendapatkan bonus pahala 1,000 bulan.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar. 2. Dan tahukan kamu apakah Lailatul Qadar itu?. 3. Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. 4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. 5.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

 Terjemahan surah Al-Qadr ayat 1-5


Sunday, July 31, 2011

selamat berpuasa...

 


assalamualaikum semua pengunjung blog ini bak kata anon peep peep sekalian. Hari ni adalah Sya'aban terakhir untuk tahun ini. Malam ni lepas maghrib akan bermulalah pengiraan kalendar hijrah untuk bulan ramadhan bulan yang mulia... Macam orang-orang dan blogger blogger yang lain jugak aku nak mengambik kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua umat islam yang wujud dimuka bumi ini semoga saudara saudari tuan puan abang kakak adik sekaliannya mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada bulan ini. Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


niat puasa sebulan
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala

niat puasa
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Malam ni lepas semayang maghrib kalian kalian sekalian bolehla memasang niat puasa untuk sebulan terus in case kalau kalau nanti kome terlupa nak baca masa sahur so dah cover siap-siap sebulan, tapi lebih afdhal lagi kalau baca tetiap hari...time bangun sahur bacalah, tapi untuk orang macam aku yang selalunya liat nak bangun time sahur tu niat siap2 lepas semayang terawih or masa tengah baring-baring guling guling nak pejamkan mata tu...kalau teringat kekadang lepas berbuka lagi aku dah niat puasa untuk esoknya..


Sunday, July 3, 2011

May Succes always with both of U

 

Assalamualaikum dan very good morning to all my beloved readers, the purpose of am writing here today is to congratulate my little brother Mohammad Shahnon Salleh as today he will continue his journey to study at INTEC UiTM Shah Alam.

huhu letih rupenya nak cakap bahasa omputih ni, arini adik aku yang kedua bongsu akan memasukkan dirinya ke program A-Level dan seterusnya menyambung program medical kat Ireland, sebagai seorang abang i must say that i'm proud to have such a brilliant brother. Pasni senang lah kalau anjale nak mintak MC hahaha. Apa apa pun anjale disini mengwish ke anon supaya membuat yang terbaik. akhir kalam "May succes follow you always".

Dikesempatan ini juga anjale mengucapkan Tahniah kat Aus jugak sebab berjaya mendapat result yang meletop untuk ujian tengah tahun yang lepas...may ALLAH bless will always with u dan jugak senantiasa cemerlang. Semoga aus mendapat kejayaan dalam SPM tahun ini.

Kepada semua-semua pembaca sila doakan skali untuk kejayaan adik2 aku ni ye...

Monday, June 20, 2011

Kek Hari Jadi untuk Apak


Semalam ahad ketiga bulan june adalah hari bapa sedunia dan hari ni 20hb june 2011 plak adalah ulangtahun kelahiran apak aku yang ke 64. Bersempena dengan itu aku selaku anaknya adalah wajar untuk mengucapkan selamat hari jadi kat apak aku. Selantaran itu juga aku dengan gigihnya telah menyediakan ket diatas spesel untuk bapak aku dan juga untuk jamuan mata korang-korang yang memandangnya.

DOA HARI LAHIR
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.


Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]

sumber: sini




Sunday, June 19, 2011

Apak aku anaknya 12 orang

Assalamualaikum dan selamat hari ahad pembaca tegar blog aku ini. hari ni hari ahad dan hari ni jugak adalah merupakan hari sambutan hari bapa sedunia. so dikesempatan ini aku nak menyampaikan ucapan hari bapa kat apak aku yang telah dengan jayanya membesarkan 12 orang anaknya yang bermacam karenah dan gaya sampai jadi orang. Alhamdulillah atas tunjuk ajar dan panduan hidup yang sempurna dari kedua orangtua aku so takdelah antara anak2nya yang mengalami masalah sosial yang terlampau macam anak-anak muda zaman kini. melalui pandangan mata aku yang biru ni aku rasa bebudak skang ni sangat terspoil. Apa nak semua dapat. dan atas sebab itu jugak aku mengucapkan terima kasih kat apak sebab tak memanjakan kami-kami ini. masa bebudak dok main video game kami kena gi kebun tanam pisang [walau sebenarnya aku main pondok2]. Tapi masa tu takdelah plak terdetik kata kenapa aku kena gi kebun, follow aje la bila diajak, never say never kat arahan mak or apak aku. Apakah rahsia mereka membuatkan kami-kami ini memfollow cakap mereka. Nak kata apak aku ganas asyik merotan takde gak...tapi masa tu macam bila apak kata kita buat, takde nak melawan sangat2...tu sebab pergi kebun but main pondok2 hahah...at least arahan pertama dipatuhikan. Rasanya bapak2 zaman skang ni kena belajar la cara orang2 yang dulu mengajar anak diorang so nanti akan dapatla anak-anak yang baik macam aku ni hohoho.

Kalau nak cakap pasal jasa bapak aku dalam membesar dan mendidik aku banyak sangat kot, so kat kesempatan ini aku nak mengucapkan TERIMA KASIH yang amat sangat kat apak sebab dah membesarkan dan mendidik aku dan adik beradik aku yang lain dengan jayanya... nak cakap depan2 malu so aku tulis kat sini and harap ucapan aku ini akan disampaikan oleh angin kepadanya...hahaha ayat jiwang sangat.

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Hari Lahir Baim

Assalamualaikum lama sungguh dah tak menulis kat sini, kononnya nak buat setiap hari. Nak buat camanakan skang ni jadi sibuk sebab baru menjerumuskan diri kedalam kehidupan bekerjaya semula selepas cuti semester yang panjang haha. actually for teh first post after a long break just wanna wish Selamat Menyambut Ulang Tahun keLahiran yang ke 31 untuk abang aku Abdul Rahim bin Salleh, kalau panggil laju2 nama dia jadi Baim je. Baim ini adalah abang yang betul2 atas aku anak no 4 dalam keluarga, masa sekolah rendah dulu bijak budaknya sampaila dah berkerjaya. Abang aku yang sorang ni sangat serius, kalao cakap serius2 je. huhu tak macam aku yang banyak main2 ni. Masa tingkat satu dia masuk sekolah agama berasrama penuh aku pun nak jugak follow tapi mampu masuk aliran agama je kat sekolah harian, then cabut ke aliran biasa balik sbb kelas arab asyik tidor je haha..then bila lepas form 5 dapat jugak masuk sekolah sama ngan dia kat KMK after matrikulasi masuk USM gak. Skang ni nampaknya dia dah berjaya dalam hidup dan jale doakan semoga baim akan terus berjaya lagi..aminnnnnnnn....Happy besday sekali lagi ke Baim.

Monday, May 16, 2011

Dari Tadika Sampai Universiti

Masa umur 6 tahun aku mula masuk sekolah tadika taski abim nurul yaqin kat depan lorong aku jalan kaki je nak ke tadikanya. masa kat sekolah tu aku ada 2orang cikgu yang sorang tugasnya mengajar dan sorang lagi tugasnya menjaga makan minum dan keperluan murid-muridnya. masa umur 6 tahun paham2 je la perangai budak2 macamana kan, memang la dua orang cikgu ni terpaksa bertabah hati mengajar dan mendidik kami sampai tau membaca, menulis dan mengira.

lepas sekolah tadika masuk plak sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. masa darjah satu aku dalam kelas hijau, ingat lagi kelas aku tu dulu kat tngkat bawah sekali dekat ngan tangga. Biasala bebudak memula masuk sekolah nangisnya banyak, mak bapak tercongok je  dekat tingkap dari pukul 7.45 sampai la ketengahari, memang ada bebudak yang tak nampak mak diorang kat tingkap terus nangis. aku masa tu takde nangis-nangis ni sebab aku hero. Ingat ada satu insiden budak kelas aku dia terberak dalam seluar masa dalam kelas masa kena hukum berdiri atas bangku. Hahaha masa tu sekali lagi aku nampak ketabahan cikgu cikgu ni membersihkan budak tu, siap hantar dia balik kerumah lagi. Sekolah rendah pun ada lower n upper jugakkan? masa upper primary school tu aku punya kelas up sikit naik dari kelas hijau ke kelas 4 kuning sampai la aku darjah 6. Masa tu la aku rasa waktu sekolah yang paling best, cikgu-cikgu masa tu rasanya sporting yang amat. cikgu kelas aku masa tu cikgu dahlan dia naik kereta katak warna kuning no plat AD hehe. masa tu cikgu layan kami bukan macam budak sekolah rendah dah, diorang dah mula bagi kepercayaan kat anak murid dia untuk menyumbang kepada sekolah. masa hari kantin kelas aku jadi tukang potong kupon. Masa ni aku ada cikgu dahlan, cikgu lim, cikgu amir, cikgu anuar dan lain2.

Sunday, May 15, 2011

Thanks to Alls

Assalamu'alaikum and gud nite everybody. 12 mei yang lepas adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 29, maknanya ini adakah tahu terakhir sebelum angka usia aku menjenguk 3series baik kata kak ija. Sebelum 12 mei aritu aku ke Putrajaya jumpa kawan lama yang dah memfosilkan diri kat BMG tu haha. Perancangan asal kekonon nak melepak samapi tengahari je, rupanya masa begitu mencemburui aku dan mealpakan sehingga terlajak kehampir tamatnya waktu pejabat juga baru ku pulang. Anyway perjalanan tersebut bukanlah si-sia kerana ketibaan aku kesana disambut oleh saudari Ana, bekas makwe lamaku yang telah membelanjakan air teh ais. Dah tu tengahari pulak  kak liza, kak ct, nora and ana sekali lagi memerangkap aku supaya pulang lewat dengan membawa makan ke Bangi...hah mentang2 boss tengah ke USA makanya bolehlah mereka-mereka itu menghilangkan stress sekali sekala . Terima kasih juga kepada sekali lagi kepada Kak liza kerana telah mengadakanpre celebration birthday untuk aku aritu dengan membelanja makan kat kedai makan ayam penyet wong solo kot namanya katbani sebelah econsave tempatnya.Tapi rupanya memang agak mahal makan dikedai kedai sebegitu ye, apa apa pun sekali terima kasih kepada kak liza kerna membelanja diriku dan juga mengwish birthday ku tepat pada harinya, hahah not like somebody else yang pura2 nak buat seprais belated kekononnya haha. sebelum keluar opis en K plak telefon bekas makweku kat anak datang gak NRE kutip kotak A4, makanya sesudah mengisi perut terpaksalah aku mengganggu gugat mereka bekerja lagi. Sesampainya en K plak membawak Donat big Apple, hahah walau en. K tak menyatakan secara lisan tetapi aku tau dia memang nak celebrate birthday aku la tu hahaha... betulkan en K? hahaa terima kasih jugak aku ucapkan kepada en K, sila jangan nafi lagi. Terima kasih juga aku ucapkan kepada matun kerana ingat esoknya adalah birthday aku.


Then the day after aku balik kampung on my birthday dan sampai pun dah tengahari,  so the whole afternoon aku tidur separa sedar and my adik has gone to fetch my sister kat UiTM Sri Iskandar and as to my surprise

Saturday, May 14, 2011

Tahniah to alls

Cita-cita kononnya bulan ni nak buat sehari satu post macam segmen sehari satu peribahasa masa kat sekolah dulu nampaknya adalah kurang berjaya. it is really hard to write a simple post a day rupenya. Kalau semua wartawan macam aku gamaknya abisla masyarakat malaysia ni takde bahan bacaan harian la agaknya, abih abih galak pun cerita makanan je la. Arini setelah sekian lama aku ada gakla cerita yang nak share ngan korang yang tidak berkaitan dengan makanan.

Post pada kali ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah aku kepada 2 orang adik aku yang pada hari ini. Untuk Akak anjale mengucapkan selamat berkonvokesyen di Universiti Teknologi Mara Perak pada pagi ini. dan untuk Anon plak anjale mengucapkan tahniah kerna telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dengan tajaan JPA.

Dikesempatan kali ini juga aku nak mengucapkan tahniah kepada mak ngan apak kerana telah mendapat seruan kaabah untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi pada minggu hadapan. moga Mak ngan Apak sentiasa sihat semasa berada disana nanti dan dapat menjalankan ibadah unrah dengan jayanya.

Sunday, May 8, 2011

Terima Kasih Mak

Assalamualaikum semua dan selamat berhari Ibu. Sempena hari ibu hari ini aku nak mengucapkan terima kasih kepada mak aku ASMAH BINTI LOPE yang telah melahirkan, membesarkan, menyekolahkan dan mendidik aku sebaiknya. Kiranya memang mak aku seorang ibu yang berjaya la mendidik anak2nya. Mak aku dengan tabahnya berjaya membesarkan 12 orang anak dengan berjayanya. Mak aku ni berbeza dengan mak orang lain, orang sekolah duit belanja rm1.00 mak aku bagi 4kupang je. Awal pagi sebelum subuh mak dah bangun sediakan makanan untuk anak-anak dia kesekolah. Anak dia semua tak merasa main video game ke PS2 ke, main je la apa yang ada katanya sampai sekarang rumah aku takde Astro. Masa nak dekat SPM dulu aku ingat mak selalu tunggu aku study siap bancuhkan susu walaupun aku selalunya tidur dulu. Walau mak tidur kul 9.00 malam, tapi kul 2-3 pagi mak mesti bangun balik tengok anak dia tidur pasang ubat nyamuk, ada selimut tak. Sampai sekarang aku tau mak akan bangun tengah malam berdoa untuk kesejahteraan semua anak-anaknya. Mak selalu cakap kalau bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh nak diikut. Dalam maksudnya, masa kecik kecik dulu dengor je le..skang ni dah mula paham sikit-sikit haha. Mak memang puitis kalau bercakap kadang berlapis-lapis. Mak jugak memang pandai menyimpan rahsia. Bila anak-anak semua dah besar mak pulak tak suke nak menyusahkan anak-anaknya. Tapik walau macam tu aku tau memang selalu doakan perjalanan hidup anaknya sentiasa lancar dan berjaya.

Sekali lagi sebagai anak ke5 daripada 12 orang anak ASMAH BINTI LOPE dan pemilik kepada blog jalilsalleh ini aku nak menganugerahkan anugerah IBU TERBAIK DIBIMA SAKTI kepada mak aku.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2011

Friday, April 22, 2011

Selamatkan Hari Bumi

Assalamualaikum dan salam hari bumi kepada semua pembaca pembaca yang tegar sekalian.. sempena menyambut hari bumi hari ini marilah kita bersama-sama menjalankan amal kebajikan untuk bumi, sebagai contoh mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan juga penggunaan plastik beg pada hari ini. Kalau tak pun marilah kita bercucuk tanam dihalaman rumah yang sekangkang kera itu bagi menambahkan kandungan oksigen kepada lapisan atmosfera bumi nih. macam aku menanam terung dan kacang bendi yang telah membuahkan hasil dan dimasak kicap campur ikan bilis, haus-haus aku kokak je pokok tebu tu..haha green sungguh kawasan rumah aku ni. but tanam tomato n cili padi plak macam terbantut je pokoknya...huhu


John Muir seorang naturalist ada berkata:
When one tugs at a single thing in nature, he finds it attached to the rest of the world
maknanya kalau didalami, setiap sesuatu benda yang ada kat muka bumi ni adalah saling berkaitrapat dengan semua yang terdapat di dalamnya. mcm oksigen dengan pokok, orang dengan tanah, langau dengan najis...semuanya ada pertalian ok, so kalau terputus satu rangkaian dalam satu kitaran tu ada harapan cepat sikit dunia hancur lebur. sebagai merealisasikan peribahasa
a journey of a thousand miles begins with a small step
by Lao Tzu

Makanya bolehlah kita memulakan langkah kecil kita hari ini, kalau dah mulakan boleh la kita mengorak langkah yang lebih besar. Dari tak bawak beg lastik gi Carrefour ari sabtu kita bawak, dari beli makanan pakai polisterin kita bawak tupperware sendiri, dari gi kerja kereta asing2 kita berkongsi kereta dan sebagainyalah. So sebagai penutup utk ucapan sambutan hari bumi ini saya ingin menutup ucapan saya dengan lirik lagu Hijau dendangan Zainal Abidin yang dirasakan amat bersesuaian dengan tema hari ini.

Bumi yang tiada rimba, Seumpama hamba
Dia dicemar manusia, Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari, Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan, Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang, Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar, Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar, Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo




p/s: at least kalau tak mampu nak buat setiap hari pun, silalah sokong hari dunia untuk hari ini

Wednesday, April 6, 2011

Hepi Bezday


sila baca tajuk diatas dengan nada nan geletik...

Monday, April 4, 2011

ABP BH 2010

Baru sudah tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010... Tahniah kepada Shaheizy Sam sebab menang n memang rasanya patut pun. Tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza juga sebab bertambah-tambah popularnya malam ni hehe...Tahniah pada ABP BH 2010 sebab tahun ni punya acara menarik n tak bosan macam tahun lepas, dan memang tak sangka seprais bahagian ujung tu, usop wilcha ngan lagu soley2nya memang terbaekkk...

jalilsalleh.blogspot writer


p/s: terasa diri ini amat sesuai kalau dijadikan tukang tulis ucapan artis

Wednesday, March 23, 2011

Buku Jingga, Kereta Berkilat dan Budak Takde Perasaan

Aye aye readers digest sekalian, Cerita kali ni pasal Buku Jingga, kereta berkilat dan budak takde perasaan. semalam result spm keluar. berminggu sebelum tu dah dengar khabar kata 23 mac 2011 result nak keluar. ate disebabkan dah memang spesis kami ni kurang sikit tengok berita n baca paper makanya malam sebelum result tu keluar adik aku yang tengah tunggu result gusar dibuatnya. tunggu berita dari kul 8.00mlm sampai kul 9.00mlm dari pengacara cakap assalamualaikum sampai ke belakon bersembang-sembang, takde jugak buat berita kata result SPM keluar esok. ini semua gara-gara buku jingga dan kes anwar ibrahim la kata adik aku. belek plak the Star pun takde cerita yang dicari, "hah!! sudah betul ke idak result keluar esok ni?" kata plak bapak aku. Sebagai masyarakat yang bertamadun dan berteknologi tinggi pergila pulak tengok kat internet plak. Tetap check bukan sebarang check, pergi check kat laman sosial FB bukannya nak gi tengok kat web KPM nih haha maklumla zaman FB kan. Nasib baik tak pandai bertwitter jugak. kot tak terasa amat maju sekali diri ini haha..


Keesokan paginya bertemankan chirp chirp sang burung dan cahaya matahari yang ceria bersama angin yang sepoi sepoi bahasa tengok kat MHI plak kalau2 ada cerita pasal result SPM. Nasib baikla topik result SPM ni ada dibincangkan, so comfirm la result dia keluar arini. Cadangan asal perjalanan nak gi ambik result tu nak singgah ambik kad kamera dulu dr akak kat sri iskandar kendian baru ke SBPI Gopeng tu supaya kononnya anon boleh berleluasa bergambar. Sebelum keluar dari rumah walau jam dah menunjukkan jam 8.15 pagi anon masih mampu membasuh kereta wira bersih berkilat. nanti takdelah orang tanya kereta siapa yang berhabuk sangat tu kata dia. merujuk kepada cadangan awalnya aku ngan anon je nak gi, tetiba apak kata nak join so bersiap siaplah kami, bila dah bersiap n bersedia nak bergerak tu nampak mak pun terbersiap jugak. jadi berempatlah kami pergi mengambil result si Shahnon ni tadi, meriah ok. Kereta dah berkilat, baju dah iron, kasut 2 pasang dah ready kami pun bergerak keluar dengan hati anon mak n apak yang berdegup kencang...lub dub lub dub lub dub bunyi jantung anon...<--bunyi jantung yang sebegini aku belajar masa kelas bio KMK dulu

keluar dari rumah anon yang bawak kete, dia bawak slow sangat...duduk kat seat belakang mata dah rasa semakin kuyu, terasa romatik sangat tapi takleh nak salahkan dia sebab dia memang baru dapat lesen seminggu yang lalu disampng dia kena berhemah memandu sebab pemberi lesen utama a.k.a apak ada kat bangku sebelah penumpang sedang memerhatikan dengan mata helang..sampai kg gajah singgah isi minyak, kat stesen minyak ni la aku merampas kedudukan anon seterusnya meletakkan diri anon kat bangku penumpang sebelah sebab rasa mcm dah lambat n aku rasa mengantuk je bila dia bawak kereta. sejam perjalanan baru cover tambah tolak 30km je.

Adeh deh letih plak mengarang panjang2 tengah2 malam ni long story cut to short lepas ambik n antar barang kat akak kat UiTM tu kami menerus perjalanan ke sekolah anon ikut kg Bali>Malim Nawar>Kota Baru>SBPI Gopeng. Kol 11.20 macam tu rasanya sampai sekolah dia, masa sampai leh kata most of his friend dah sampai n dah ambik result dah. memula dia je masuk dewan ngan apak, aku gi toilet mak tidor dlm car sebab tak berapa nak sihat. tapi masa nak gi ambik result tu cikgu dia suruh panggil semua. maka aku berlari berkejaran panggil mak dalam kereta kata cikgu anon nak jumpa, muka mak sedikit berubah masa tu..keliru agaknya sebab apa cikgu nak jumpa.


semua duduk diam depan meja cikgu...cikgu pun satu, buat muka serius tak kasik can punya, kasi cuak cuak ayam kat murid dia. bukan takat anon aje berdebor aku yang tukang teman pun boleh dengar bunyi lub dub jantung aku, mak ngan apak for sure la lebih lebih lagi debarannyakan. Cikgu kelas dia pegang slip result terbalik, then senyum senyum then flip slip tu and kata tahniah Shahnon awak straight A.. ('_')'
-----------------suasana sepi agak lama---------------------
"shahnon, awak ni takde perasaan ke?" cikgu kelas dia tegur hahahahaha....emak ngan apak seronok dapat tau keputusan anon tu. lepas tu apak bangun n berdiri sambil tengok result anon sambil aku perati ada sikit2 air mata terharu apak mengalir. erkkk.....aku pun macam tersyahdu sekejap. Rasa bangga menyelimuti hati kami sekeluarga. so dikesempatan ini abang jale dari hati yang kudus dan ikhlas mengucapkan:
" Tahniah kepada anon sebab telah membanggakan keluarga kita dengan mendapatkan keputusan SPM yang sangat cemerlang. 11A dan juga telah membuat mak n apak n family terharu dengan kejayaan kamu ini dan semoga terus sukses dimasa masa mendatang"
p/s: sekiranya anon terasa nak mengganti lelah anjale mengarang karangan panjang ini ditengah malam sila membelanjakan KFC keada anjale selepas membaca post ini...hahhaha...