Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Memandangkan Iryd yang jarang-jarang apdet blog pun berupdate ucapan raya jadi aku kat sini sebagai penggiat aktif blog kenalah juga menyampaikan ucapan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang ada kat malaysia dan juga seantero dunia kepada kawan2 yang masih tekun belajar atau bekerja di dalam dan diluar negara aku ucapkan selamat menyambut raya diperantauan. Aku menyusun segala jari jemari dan bebulu badan yang ada untuk memohon maaf sekiranya ada tersalah tingkah tesilap tutur termakan terminum terbengkakkan hati hati korang. Segala macam bentuk kesalahan kalau ada aku lakukan aku minta maaf la zahir dan batin.

Selamat Hari Raya and to those yang balik beraya berhati-hati di jalan raya, kalau naik kapal terbang suruh pilot berhati2 memandu kalau naik kapal laut suruh kelasi make sure jangan sesat kat lautan tak bertepi tu...hahaha..

aku balik raya malam ni uwaaaaa......

2 comments:

syntheare said...

Selamat Hari Raya to u too jel...aku pun nk mintak maaf jika ada yg salah dan of coz aku sentiasa memaafkan ko walaupun ko jarang2 ada nk wat salah ngan aku.

Akhir kata terimalah pantun 4 kerat dr aku

Anak ikan berenang-renang
Anak rimau berlari-lari
Balik kampung berhari raya
Yang jauh jgn dikenang-kenang

*ok fine pantun aku failed T_T

Iryd and Pitt's little diary said...

apesal aku tetiba..haha...aku takde ilham la..ni baru nak start balik..selamat hari raya jalil..cyn juga..:)