Showing posts with label tags. Show all posts
Showing posts with label tags. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Produk Pemanjaan Diri

assalamualaikum dan selamat hari jumaat....

tsk tsk tsk <---nangis gaya korea, mood bontot pedih kena babab ngan kak ija kerna mengabaikan tag dia yang lampau.tapi sesungguhnya memang aku tak perasan kak ija ada tag aku suruh jawab benda ni, kalau aku tau dah lama dah aku jawab tanpa berlengan lagi haha...tag pasal produk kejelitaan badan lak tu huhu...

1...2...3....mari kita mulakan ye adik2

PRODUK 1: PENJAGAAN WAJAH
Dulu wajah saya berminyak dan berjerawat tetapi setelah menggunakan pencuci wajah yang berbagai bagai maka saya tidak mengalami masalah jerawat lagi....<---ini adalah skrip iklan sahaja, sebab aku pakai macam2 produk maintain naik gak jerawat tu huhu, tapi rasanya sebab sebenar aku tak berapa nak gigih basuh muka dipagi dan di malam hari. Skang ni je kurang sikit jerawat sebab dah agak matang maka hormon muda remaja pun berkurang. Skang ni aku pakai Garnier men yang boleh menang motor tu, sblm tu pakai Olay sblm tu lagi pakai metholatum arang tu...kesimpulannya macam2 produk aku pakai untuk wajah ikut keseronokan aku membeli belah masa itu haha...tapi walau begitu saya rasa wajah saya maintain comel dan tidak berkedut...

PRODUK 2: WANGI-WANGIAN
aku mungkin peminat minyak wangi, minyak wangi aku yang first adalah CD Higher Energy abang aku bagi. First kalau tak termasuk minyak wangi seribu malam dan malaikat maut bapak aku lah. sekarang ni atas rak tak berapa nak solek aku ada 5 perfume wahahaha....burberry the beat, davidoff adventure, Carolina Herrera Aqua, CK secret obsession ngan 212 Men sexy...haha i mmg sexy taw.. yang CH tu bau macam bedak cuticura gambar orang main snow ski tu pun ada gak haha..paling best rasanya yang aku pernah ada adalah Dunhill London ngan CD higher energy tu.




PRODUK 3: ALAT SOLEK a.k.a MAKE UP
Setelah di check saya adalah seorang lelaki dan juga bukan seorang aktor, maka rasanya saya takde alat solek a.k.a make up walau hanya secalit lipstick dibibir, masa musim bibir merekah sebab kering dulu je la kot ada pakai lip balm. tapi itu pun tak lama sebab bibir aku yang mungil menjadi semakin merekah..ehhh terpandang atas rak tak berapa nak solek aku ada bedak dettol, biasa bedak ni aku sapu kat NINI je hahaha..

PRODUK 4: SABUN BADAN a.k.a SHOWER CREME
Aku punya sabun mengandungi khasiat susu kambing dan juga madu, tapi bila pakai aku bau macam bau Nenas....hahaha hebat tak aku punya sabun mandi, haaaa tu la dia kehebatan gervene gervenne shower creme. Kadang2 kalau malas or nak cepat aku guna je sabun buku, gosok gosok bilas bilas siap...yang ni pun akan berubah2 mengikut tahap keseronokan dan kekayaan semasa membeli belah.

PRODUK 5: SYAMPU RAMBUT
untuk mendapatkan kesan rambut yang sihat bersinar dan kurang keguguran saya menggunakan pantene hairfall control baru, tapi biasa aku suka guna dua jenis syampu berselang-selang hahaahaa..currently pantene tu aku selang dengan rejoice 3 perawatan dalam satu tu...harap2nya rambut aku selamat la sampai aku berusia hehe...setiap 2 hari sekali aku akan mensyampu rambut sebab rambut aku selalu meminyakkan dirinya sendiri+hiruk pikuk debu debu kuala lumpur banyak terperangkap kat rambut aku ni.

PRODUK 6: UBAT GIGI
Ubat gigi aku ada gambar beruang kutub....fresh n white sebab ini yang murah dan besar dan dapat pinggan percuma masa aku beli aritu...tak sampai seploh ringgit rasanya masa aku beli kat Mydin dua bulan lepas dapat 2tiub besar + pinggan bercorak flora...berbaloi baloi rasanya...yang penting adalah proses menggosok gigi itu, sila praktikkan apa yang diajar oleh misi masa kena mencangkung tepi parit masa sekolah rendah dulu.

PRODUK 6: UBAT KETIAK
hoiii cynthia ada ke produk nama ubat ketiak?? tapi aku nak tulis deodorant rasa macam salah plak sebab aku bukan pakai deodorant yang ada wangi2 tu, aku pakau garam mineral [berkah kerja eksport mineral dulu] hahaha pakai yang brand smelly no more, dia takde la bau wangi walhal takde bau pun, tapi mmg berkesan untuk menghilangkan bau kepam ketiak. haha sekali beli leh tahan sampai setahun woooo. sesuai juga diguna untuk menghilangkan bau kaki...atas permohonan cynthia aku kepilkan jugak gambar ini dan sememangnya produk ini adalah halal insyaALLAH...sebab hanya berunsurkan garam mineral dan tiada bahan tidak septutnya digunakan.

PRODUK-PRODUK LAIN
perggghhh ada ke lagi? rasanya dah penat berulang alik ke bilik mandi tengok sabun syampu apa aku pakai...ehh ehh ada satu lagi, minyak rambut cap gatsby strong hold tu, yang ni pun jarang jarang pakai sebab nanti aku nampak kacak sangat hahaha...

Sekian. wassalam.

Friday, July 30, 2010

tag mata cantik

aku kena tag ngan kak eija pasal mata aku cantik, haha..tapi agaknya kalau mata aku bebetul cantik takde lah payah sangat aku nak mencari gambar yang mempunyai mata yang cantik..most of my gambar mata semua halus2 je takde yang bundar2 pun huhu..maka setelah puas nyelongkar segala simpanan gambar yang ada ini la agaknya gambar paling menunjukkan mata aku yang mempunyai pandangan yang jauh dan kosong huhu...
gamboi ni ambik masa visit ke Batam rasanya dah 2 tahun lepas...kat jambatan apa ntah tak ingat dah aku. tapi yg penting kalau tengok betul2 mmg mata aku nampak cantik balance je kiri ngan kanan haha..walaupun mmg pandangannya empty se empty empty nya..haha

Tuesday, June 15, 2010

LIHATLA DONIA....

yuhuuu... selama ini aku dapat award <--pernahkah? aku tak pernah pun berusaha gigih untuk mereplynya, dan kali ini ya kali ini sebaagi tanda terima kasih dah keterharuan <-- ini ayat drama, palsu semua ni aku kepada airid yang sedang sarat mengandung bb sulungnya aku menjawab soalan2 ini...dengan harapan dimudahkan urusan bersalinnya nanti <--haha ada kena mengena ke?

1. apa yang bermain difikiran anda sekarang nie?
ERMMM TENGAH TUNGGU PUKUL 1 NAK KELUAR LUNCH/ MERAYAU/ MELIAR

2. apakah nama samaran anda?
KAWAN2 PANGGIL JALIL ADIK BERADIK PANGGIL ANJALE(yang dibaca bunyi ANGEL haha

3. berikan 3 org yg anda syg

mak apak adik beradik aku tak kira nak letak gak adik beradik aku yang ramai tu haha sebab aku takde hubby lagi <--haha jalil menggelenyaaa.....

4. panggilan utk c dia
kalau c dia nya takde camana?? aku panggil dia ermmm ko la agaknya..kalau aku panggil awak lak macam gadis je bunyinya hahaha

5. hadiah apa yg anda impikan drpd seseorg yg istimewa??
kalau seorang istimewa sebab takde so aku tak kisah siapa nak bagi apa2 pun...tapi aku ni jenis bukan suka bagi hadiah n sebab itu aku pun tak kisah kalau tak dapat hadiah huhu...kalau dapat aku suka je la walau benda tu kecikk...<--kecik means kunci kereta/ rumah banglo hahaha

6. blog manakah anda suka lawati?
semua bloglist yang ada sebelah kanan blog sya ni, most of it aku blognapped dari blog adik aku..silalah baca ada yangs eronok utk dibaca

7. tagged kpd 10 rakan blog anda
Airid <--aci tak aku tag ko balik
Mae
Anon
Aus
Bee
Hajar <--walau tak pernah update
Linda
Lain2 airid dah tag kan

kalau padi katakan padi
kalau dah kena tag rajin2 la jawab

huhu aku blaja pantun ni dr Karang Singh Walia

Friday, March 20, 2009

satu kali kena tag daaa...

huhuhu setelah banyak kali kena tag ngan kawan2 bloggers kali ni terpaksa jawab lak...haha sebab kena cabar ngan cynthia, kuching barelang betulla..ermmm tag nya pasal open sixth folder of gambar and ambik the sixth picture of the folder, hasil yang keluar adalah gambar kat bawah ni. gambar bunga ORKID DESA

hahaha comfirm aje orkid desa, aku pun tak tau la nama bunga orkid ni apa..ambik kat tapak pesta bunga putrajaya kat presint 2 [sama tempat ngan pesta belon sekarang ni] gi ngan family kakak aku yang duk kat sungai buloh..nasib baikla tag nak folder ke-6 gambar ke-6, bantainya nak gambar ke-10 dari folder ke-10 gambar ni yang akan terkeluar...

sexy tak tub ni aku jumpa masa gi melancong ke benua eropah dulu..

selepas aku ditag makanya aku disuruh untuk mengetag 6 rang lagi, huh nalik2 no 6 macam berpuaka aje no ni...makanya 6 orang puaka yang aku tag adalah

1. cynthia [saja nak balas dendam] 2. amani 3. airidza 4. siti nurdiyana 5. hafizi 6. halim

sesiapa yang rasa rajin nak mengetag diri sendiri tu silalah ye...

semalam gambar orkid tu gambar bunga dalam laptop aku, arini aku tengok dalam PC ofis lak tetap gambar bunga. tapi jangan memain bunga luar negara siot..gambar bunga ni ambik masa kat australia ye, bukannya austria ye..jangan tanya apa nama bunga ni kat aku, yang aku perasan kalau kat malaysia macam ada gak cuma malaysia punya kaler ungu yang ini kaler merah bunganya.