Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

May Succes always with both of U

 

Assalamualaikum dan very good morning to all my beloved readers, the purpose of am writing here today is to congratulate my little brother Mohammad Shahnon Salleh as today he will continue his journey to study at INTEC UiTM Shah Alam.

huhu letih rupenya nak cakap bahasa omputih ni, arini adik aku yang kedua bongsu akan memasukkan dirinya ke program A-Level dan seterusnya menyambung program medical kat Ireland, sebagai seorang abang i must say that i'm proud to have such a brilliant brother. Pasni senang lah kalau anjale nak mintak MC hahaha. Apa apa pun anjale disini mengwish ke anon supaya membuat yang terbaik. akhir kalam "May succes follow you always".

Dikesempatan ini juga anjale mengucapkan Tahniah kat Aus jugak sebab berjaya mendapat result yang meletop untuk ujian tengah tahun yang lepas...may ALLAH bless will always with u dan jugak senantiasa cemerlang. Semoga aus mendapat kejayaan dalam SPM tahun ini.

Kepada semua-semua pembaca sila doakan skali untuk kejayaan adik2 aku ni ye...

Monday, June 20, 2011

Kek Hari Jadi untuk Apak


Semalam ahad ketiga bulan june adalah hari bapa sedunia dan hari ni 20hb june 2011 plak adalah ulangtahun kelahiran apak aku yang ke 64. Bersempena dengan itu aku selaku anaknya adalah wajar untuk mengucapkan selamat hari jadi kat apak aku. Selantaran itu juga aku dengan gigihnya telah menyediakan ket diatas spesel untuk bapak aku dan juga untuk jamuan mata korang-korang yang memandangnya.

DOA HARI LAHIR
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.


Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]

sumber: sini




Monday, June 6, 2011

Mak ngan Apak balik dari Mekah Tanah Suci

Assalamualaikum semua and good morning to everybody too..
Jumaat lepas mak ngan apak aku sampai dari perjalanan yang jauh dari tanah suci mekah melaksanakan ibadah umrah bersama dengan adik beradik bapak aku yang lain-lain and hopefully me too akan dapat pergi jugak melawat rumah ALLAH itu. Mak ngan apak kesana jumaat 2 minggu lepas and aku yang telah mula berkerjaya tetap sempat menghantar mereka kat airport and Alhamdulillah masa diorang balik aku memang tengah bercuti so dapat la sambut juga ketibaan mereka kat KLIA tu. Khamis belah pagi aku naik bas balik teluk intan kendiannya sebelah petang aku naik kereta teman adik2 aku pergi KL balik..memang seorang abang yang baik dan bertanggungjawab aku ini. Pagi jumaat yang hening tu dalam kul 930, kami sekeluarga bahagia pergi ke KLIA jemput mak ngan apak aku balik dari mekah, actually bukan mekah direct flight tapi transit kat Pakistan. kat KLIA masa tu Abang ngan Ju sekekluarga dah memang kat sana plus lak lagi rombongan kami yg baru sampai consist of kak jah n kak yo punya keluarga tambah lagi anak2 bujang makanya kawasan ketibaan itu dikuasai oleh kami. sampai2 elok flight dah mendarat aku tengok kat skrin tu.

Tengahari tu terus balik rumah kak jah kat sungai buloh and sebab semua tengah lapar sebab terus menerkam makanan yang nasib baik dah dimasak awal2 pagi lagi. huhu kiranya habis jugakla seperiuk besar sampai tuan rumah kena masak nasik sekali lagi sebab ada peserta yang terlewat sebab tersalah jalan. lepas aktiviti makan2 barulah aktiviti tanya keadaan mak ngan apak masa kat sana sambil hati menunggu ole-ole dari mekah haha... Tahun ni punya raya keluarga aku temanya Arabic la sebab each or family member yang lelaki dapat jubah dan yang gegirl plak dapat tudung extra labuh hadiah dari mak ngan apak. Maknanya bulan pose nanti pergi jalan TAR aku kena gi carik kopiah putih yang suci bagi melengkapkan imej aku sebagai ustaz amirul. sambil kami bersembang-sembang mesra tu sambil2 tu jugak aku meneguk air zamzam dan mengudap kekacang dari mekah. Kaedahnya kalau masa tu ada anak sedara yang nangis2 or overactive akan dibagi minum air zamzam bior tenang jiwanya.

But mak is mak belum abis pun letih turun kapal terbang and entertaining us dah nak balik teluk intan. rindu kat rumahnya yang dah diservis baik oleh kumpulan A4 gamaknya. petang tu dalam kul 530 dah mak ngan apak ngan abang ngan kak yo ngan mae ngan kumpulan A4 balik ke teluk intan. But sebelum tu diorang sempat singgah Bukit melawati main ngan beruk dulu. i'm waiting for unknowns' blog, mesti dia nak masukkan cerita tu nanti. Masa aku call semalam mak kurang sihat dan tengah menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang berbeza. One more thing syukur Alhamdulillah sekarang ni mak dah boleh genggam tangan dia pelan-pelan yang mana sebelum ni takleh nak genggam sebab jatuh setahun yang lalu. I'm begging to anyone that read this blog please pray for my mom and dad wellness la ye.


 p/s: gambar ni apak aku yang ambik masa kat mekah and baru aku rasa aku tau sekarang aku mewarisi bakat mengambik gambar yang cantik2 ini daripada apak aku.

Saturday, May 14, 2011

Tahniah to alls

Cita-cita kononnya bulan ni nak buat sehari satu post macam segmen sehari satu peribahasa masa kat sekolah dulu nampaknya adalah kurang berjaya. it is really hard to write a simple post a day rupenya. Kalau semua wartawan macam aku gamaknya abisla masyarakat malaysia ni takde bahan bacaan harian la agaknya, abih abih galak pun cerita makanan je la. Arini setelah sekian lama aku ada gakla cerita yang nak share ngan korang yang tidak berkaitan dengan makanan.

Post pada kali ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah aku kepada 2 orang adik aku yang pada hari ini. Untuk Akak anjale mengucapkan selamat berkonvokesyen di Universiti Teknologi Mara Perak pada pagi ini. dan untuk Anon plak anjale mengucapkan tahniah kerna telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dengan tajaan JPA.

Dikesempatan kali ini juga aku nak mengucapkan tahniah kepada mak ngan apak kerana telah mendapat seruan kaabah untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi pada minggu hadapan. moga Mak ngan Apak sentiasa sihat semasa berada disana nanti dan dapat menjalankan ibadah unrah dengan jayanya.

Wednesday, March 23, 2011

Buku Jingga, Kereta Berkilat dan Budak Takde Perasaan

Aye aye readers digest sekalian, Cerita kali ni pasal Buku Jingga, kereta berkilat dan budak takde perasaan. semalam result spm keluar. berminggu sebelum tu dah dengar khabar kata 23 mac 2011 result nak keluar. ate disebabkan dah memang spesis kami ni kurang sikit tengok berita n baca paper makanya malam sebelum result tu keluar adik aku yang tengah tunggu result gusar dibuatnya. tunggu berita dari kul 8.00mlm sampai kul 9.00mlm dari pengacara cakap assalamualaikum sampai ke belakon bersembang-sembang, takde jugak buat berita kata result SPM keluar esok. ini semua gara-gara buku jingga dan kes anwar ibrahim la kata adik aku. belek plak the Star pun takde cerita yang dicari, "hah!! sudah betul ke idak result keluar esok ni?" kata plak bapak aku. Sebagai masyarakat yang bertamadun dan berteknologi tinggi pergila pulak tengok kat internet plak. Tetap check bukan sebarang check, pergi check kat laman sosial FB bukannya nak gi tengok kat web KPM nih haha maklumla zaman FB kan. Nasib baik tak pandai bertwitter jugak. kot tak terasa amat maju sekali diri ini haha..


Keesokan paginya bertemankan chirp chirp sang burung dan cahaya matahari yang ceria bersama angin yang sepoi sepoi bahasa tengok kat MHI plak kalau2 ada cerita pasal result SPM. Nasib baikla topik result SPM ni ada dibincangkan, so comfirm la result dia keluar arini. Cadangan asal perjalanan nak gi ambik result tu nak singgah ambik kad kamera dulu dr akak kat sri iskandar kendian baru ke SBPI Gopeng tu supaya kononnya anon boleh berleluasa bergambar. Sebelum keluar dari rumah walau jam dah menunjukkan jam 8.15 pagi anon masih mampu membasuh kereta wira bersih berkilat. nanti takdelah orang tanya kereta siapa yang berhabuk sangat tu kata dia. merujuk kepada cadangan awalnya aku ngan anon je nak gi, tetiba apak kata nak join so bersiap siaplah kami, bila dah bersiap n bersedia nak bergerak tu nampak mak pun terbersiap jugak. jadi berempatlah kami pergi mengambil result si Shahnon ni tadi, meriah ok. Kereta dah berkilat, baju dah iron, kasut 2 pasang dah ready kami pun bergerak keluar dengan hati anon mak n apak yang berdegup kencang...lub dub lub dub lub dub bunyi jantung anon...<--bunyi jantung yang sebegini aku belajar masa kelas bio KMK dulu

keluar dari rumah anon yang bawak kete, dia bawak slow sangat...duduk kat seat belakang mata dah rasa semakin kuyu, terasa romatik sangat tapi takleh nak salahkan dia sebab dia memang baru dapat lesen seminggu yang lalu disampng dia kena berhemah memandu sebab pemberi lesen utama a.k.a apak ada kat bangku sebelah penumpang sedang memerhatikan dengan mata helang..sampai kg gajah singgah isi minyak, kat stesen minyak ni la aku merampas kedudukan anon seterusnya meletakkan diri anon kat bangku penumpang sebelah sebab rasa mcm dah lambat n aku rasa mengantuk je bila dia bawak kereta. sejam perjalanan baru cover tambah tolak 30km je.

Adeh deh letih plak mengarang panjang2 tengah2 malam ni long story cut to short lepas ambik n antar barang kat akak kat UiTM tu kami menerus perjalanan ke sekolah anon ikut kg Bali>Malim Nawar>Kota Baru>SBPI Gopeng. Kol 11.20 macam tu rasanya sampai sekolah dia, masa sampai leh kata most of his friend dah sampai n dah ambik result dah. memula dia je masuk dewan ngan apak, aku gi toilet mak tidor dlm car sebab tak berapa nak sihat. tapi masa nak gi ambik result tu cikgu dia suruh panggil semua. maka aku berlari berkejaran panggil mak dalam kereta kata cikgu anon nak jumpa, muka mak sedikit berubah masa tu..keliru agaknya sebab apa cikgu nak jumpa.


semua duduk diam depan meja cikgu...cikgu pun satu, buat muka serius tak kasik can punya, kasi cuak cuak ayam kat murid dia. bukan takat anon aje berdebor aku yang tukang teman pun boleh dengar bunyi lub dub jantung aku, mak ngan apak for sure la lebih lebih lagi debarannyakan. Cikgu kelas dia pegang slip result terbalik, then senyum senyum then flip slip tu and kata tahniah Shahnon awak straight A.. ('_')'
-----------------suasana sepi agak lama---------------------
"shahnon, awak ni takde perasaan ke?" cikgu kelas dia tegur hahahahaha....emak ngan apak seronok dapat tau keputusan anon tu. lepas tu apak bangun n berdiri sambil tengok result anon sambil aku perati ada sikit2 air mata terharu apak mengalir. erkkk.....aku pun macam tersyahdu sekejap. Rasa bangga menyelimuti hati kami sekeluarga. so dikesempatan ini abang jale dari hati yang kudus dan ikhlas mengucapkan:
" Tahniah kepada anon sebab telah membanggakan keluarga kita dengan mendapatkan keputusan SPM yang sangat cemerlang. 11A dan juga telah membuat mak n apak n family terharu dengan kejayaan kamu ini dan semoga terus sukses dimasa masa mendatang"
p/s: sekiranya anon terasa nak mengganti lelah anjale mengarang karangan panjang ini ditengah malam sila membelanjakan KFC keada anjale selepas membaca post ini...hahhaha...

Saturday, March 19, 2011

its my moms' birthday

assalamualaikum dan holla my anmour kepada pen-digest2 blog ini.

Dikesempatan dan peluang aku mempunyai blog ini aku nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke 57 kepada mak yang terbaekkk. actually birthday mak aku adalah semalam equal to 18 march....there are no best prize we can offer her as she is actually very shy2 person and don't like to talk much abour her birthday and won't accept any. but as hard headed we are and as momento for the birthday we bought her a new "keri" which belong to her has long gone.
God madeawonderful mother
a mother who doesn't grow old
God made her a smile of sunshine
and a heart of pure gold
in her cheek he place fair roses
in her eyes, the star shine
God made a wonderful mother
and that wonderful mother is mine

Thanks to TV3 because had shared our family photo during the WHI for 2 second, hehehe macam tau tau je birthday mak aku aritu. herealso i want to wish Happy Birthday to my eldest brother as his birthday is actually as the same date as mak 18.03. tak berapa nak ingat tahunnya hehee..well i'm from big happy family

Friday, November 26, 2010

mlm bbq

assalamualaikum...ini adalah satu lagi cerita yang telah lama berlalu cerita ini cerita minggu lepas. disebabkan tahap kebizian aku yang semakin lama semakin meningkat mengakibatkan aku sering terlalai dan terpaksa mengejar masa untuk mengupdate blog ini <--haha macam siryes je, padahal!. kali ini aku nak berkongsi pengalaman dan foto2 semasa aku berBBQ walaupun secara actual nya semua gambar -gambar ini telah diupload kat FB aku yang lebih ramai dapat lihat tetapi aku tetap nak jugak publish kat sini..mana la tau ada follower aku yang mengikuti perkembangan semasa aku kat FB tu so leh la tgk gambar tu kat sini..<--tulis macam follower ada 600orang kan sebenarnya nan ado.. haha..
malam minggu yang lepas iaitu kira2 3hari setelah berlalunya Aidiladha aku n adik beradik termasuk mak ngan apak telah mengadakan BBQ dihadapan pintu dapur rumah kami, tapi memandangkan semasa itu musim hujan maka walaupun hanya berBBQ di pintu dapur pemandangannya adalah amat magnificient.
ooo lupa lak nak bagitau bahawa petang tu aku ngan adik2 aku telah meliar ke Rapid Mall Teluk Intan untuk membeli belah barangan keperluan dengan sponsorship daripada Baim tetapi sebab macam rasa tak cukup best diGIant itu maka kami pun pergi membeli belah di pasar sekupang yang menawarkan barangan pada harga yang lebih menarik...apapun thanks a lot diucapkan kepada pihak penaja. kami beli nugget, fries, sosej, ayam, sos, mayonis <--haha tekun aku senaraikan semua
gambar kat atas ini adalah gambar semasa bermulanya majlis nak berBBQ, balik je daripada surau semayang maghrib <--riak sikit2 tengok mak dah ready nak memasang unggun api untuk membentuk arang bagi membolehkan BBQ dijayakan pada kadar yang segera. actually malam itu ujan turun dengan kadar kelebatan yang sederhana so semua kayu api yang dikutip telahpun dilencuni oleh hujan...so terpaksa bersusah payah berusaha untuk menghidupkan apinya sehinggalah terpaksa menggunakan teknik api terhebat seperti diatas untuk memastikan semua kayu basah yang dibakar emnjadi kering thanks to getah tayar beskal


gambar yang ni pulak adalah gambar pada peringkat pembakaran tetapi akak n aus itu hanyalah untuk lakonan semata-mata hahaha..dapat dilihat bahawa terdapat peha ayam garing, sosej dan daging yang telah digilis menggunakan mesin tebu telah pun dibakar diatas unggunan arang yang membara tadi..utk pengetahuan uols daging yang dipanggang itu adalah amat fresh kerana lembunya hanya disembelih beberapa jam sebelum majlis BBQ ini dilangsungkan...
yang ni plak saja aku upload untuk emnunjukkan bahawa aku juga turut menabur bakti disini..gambar kana tunjuk aku dengan gigih menyediakan payung untuk mengelakkan apa yang membuak2 itu disirami hujan manakala digambar kana jelas kelihatan aku sedang mendiangkan diri untuk memastikan makanan2 tersebut dapat disediakan mengikut kadar kemasakan yang menggiurkan..macam juicy2 sikit..hoho

gambar kiri adalah tukang sedia air yang telah menyediakan air lemon grass aka air serai pada malam itu dan rasanya enak dan dia juga sedang menduduki peperiksaan SPM, lantaran itu dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berjaya kepada anon dan juga diharap kowrang kowrang semua dapat mendoakan kejayaan adik aku ini..gambar sebelah kanan lak menunjukkan kami sedang makan..
sekian XOXOXO
p/s:banyak typo so sila abaikan n kegelenyaan aku taip kowrang itu bukanlah termasuk dalam kategori typo
resepi air serai:
bahan-bahannya: air; serai; ais krim soda; daun pudina; gula; laici
cara membuatnya: campur semua bahan didalam air yang telah disejukkan sehingga sebati

Thursday, October 14, 2010

Konvo UPM

assalamualaikum....
Dah lama gile rasanya tak mengupdate blog huhu.aku pun tak tau la kenapa. Nak katakan aku ni tgh bizi takde la sangat rasanya just selalu je bukak baca blog2 lain tapi malas sungguh rasa nak update blog sendiri makanya jadilah macam cerita raya aku yang tersangkut sampai sekarang ni.. janji palsunya konon nak sambung cerita rupanya gambor je la yang melekat kat situ.
kali ini aku nak cerita plak pasal konvokesyen adik aku kat UPM ari isnin aritu, adik aku yang no 8 ni konvo bachelor ekonomi kat desan kesenian dan kebudayaan sultan salahuddin rasanya nama dia aku tak ingat sangat dah. bertolak dari rumah adik aku kat Puchong dlm kul 730 macam tu la, mak apak ngan adik aku yang nak konvo tu sebelum kul 7 lagi dah keluarnya sebab takut jem dan menyebabkan my parent kena jalan jauh so better keluar awal sekaligus dapat mengelakkan kelewatan. lepas adik aku dah masuk tu ramai gak aku nampak yang masih duk kat luar lagi, terlambat sampai itulah bahananya sampai lambat ada yang dah macam nyaris nak nangis, but to my suprise leh kata semua yang lambat tu gegirl ye selalunya diorang ni yang punctual.
rupenya kat UP ni kalau konvo tempat makannya jauh kemain letaknya gi letak kat bukit ekspo yang letaknya dah dekat ujung negeri dah, kedai yang ada kat dewan konvo tu kedai bunga je. so untuk merasai kenikmatan berkonvo aku ngan adik ngan abang gigih jugakla gi tapak konvo diorang rupanya agak sedih jugak ye, mungkin sebab datang awal sangat kot, so ekspo nya tak mula pun lagi...pengajarannya aku nak mencadangkan supaya lepas ni UPM kosongkan kawasan letak kereta sebelah dewan untuk meletakkan kawasan gerai semata2 untuk pesta konvo, so takde la orang yang datang meraikan ahli keluarga mereka berkonvo terkedang je tengah-tengah panas kat luar dewan tu, at least ada jugakla aktiviti mencuci mata yang boleh dilakukan sambil melakukan sedikit urusniaga jual beli.. hoho..

lambat update cerita ni sebab mulanya aku berangan nak buat tayangan guna flash video tapi hasilnya aku tak leh nak uploadkan video yang telah siap dibikin ke dalam blog aku ini. makanya aku terpaksa upload gambar ni sedikit demi sedikit dan diatur dan diskalakan di dalam skala kecil untuk memaintainkan kekiutan blog aku ini. kalau nak tengok gambar dalam skala besar sila kelik kalau mau la dia jadi besar sebab kekadang tak jadi. kalau nampak gambar macam syok sendiri itu sila jangan jeles ye.
so sehingga aku menulis lagi XOXOXO

Thursday, September 16, 2010

EiD mUbAraQ 1431

Tulisan akan ditambah selepas ini!!!

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Lahir dan Bapa 2010 Apak


Malaysia sambut hari bapa pada hari ahad minggu ketiga bulan jun maknanya untuk tahun 2010 ini..tarikh hari bapa jatuh pada 20 06 2010 sama la dengan tarikh lahir apak aku...

Terus aku rasa nak but pos ini untuk mengucapan selamat hari Lahir yang ke 63 tahun buat Apak n Selamat menyambut hari Bapa 2010..

aku rasa sangat malas arini,
semakin hari semakin malas nak kerja,
bagitau mak ngan apak,
mak ngan apa diam,

Apak tanya nak buat apa,
aku jawab nak buat kebun,
mak cakap tuk ada cakap,
takut kome tak terikut kuatnya apak,

kali ni aku lak yang terdiam,
pikir punya pikir punya pikir,
mak aku betul,
aku tak kuat macam apak,

apak cabut ubi batat,
mak aku kumpul,
apak petik pucuk kayu,
mak aku ikat,

apak aku memang kuat,
apak genggam bara api,
memang sampai jadi abu,
aku genggam bara api??

sangat berharap aku dapat jadi sekuat apak aku
sangat berharap aku setabah apak aku

Tuesday, May 4, 2010

nak buat jahat

Hari ahad baru ni aku ngan adik adik aku gi la nak mandi air terjun batu berangkai kat Kampar dan sebelum pergi mandi kami pergila menengok adik aku yang lain plak kat SBPI Gopeng..ingatkan kalau dapat nak bawak dia keluar sekali gi mandi air terjun rupanya kecewa. cikgu sekolah dia tak bagi dia outing dan masa tu mula la plan bagai2 antaranya adalah mengkidnap dia bawak keluar dan masa tu juga berlaku satu aktiviti yang sangat kelakor dan sekaligus kalau rahsia ini diketahui ianya akan menjejaskan beberapa pihak haha..so i cannot tell the story here la., agaknya lagi setahun leh la aku ceritakan kisah ni kalau aku ingat la tahun depan tu haha ..pemandangan dari sekolah tu ke arah bukit yang aku nak mandi air terjun tu sangat cantik haritu sebab malam sebelumnya hujan turun menderu deru agaknya dats why la haritu cerah n panas merengsa je haha...

setelah operasi gagal maka kami terpaksa tinggalkan anon kat SBPI Gopeng untuk sambung studynya yang terbantut pagi tu, sian dia tapi nak buat camana...hajat nak buat kejahatan yang tak kesampaian la katakan..therefore kami terpakse la mandi berempat je kat BB tu..huhu bukan bukit bintang ye tapi Batu Berangkai...sampai2 kami terpakse mentransformkan kereta burgundy tersebut menjadi fortuner haha..sebab jalan nak menuju ke puncak semakin hari semakin sukar..tapi tetap rasa berbaloi sebab sampai2 takde orang sangat n kami dapat port yang paling best la kiranya kat air terjun ni..tapi airnya dalam melampau2 sekarang ni sebab dah ada orang tolong empangkan tempat tu..tapi air sangat sejuk dan clearrr....sempat main masak2 maggi dan juga seekor tengas sebaya ibu jari telah menjadi mangsa gorengan minyak zaitun huhu sedap rasanya bau minyak zaitun..


gambor kat atas tunjuk pemandangan bukit BB dari jauh gambar kat bawah menunjukkan betapa klearnya air di BB..

Sunday, February 28, 2010

my 13th fruit son

pose kali ini adalah untuk anak sedara aku yang ke 13. untuk masa dan detik hingga kini baby ini masih belum mempunyai nama yang sah lagi. ini adalah kerana pada perancangan awalnya bayi yang lahir pada tanggal 21 Februari 2010 ini hendak diamakan Haikal, namun begitu niat suci kedua ibubapanya terbantut kerana terdeapat anak jiran mereka yang terlebih dahulu telah mengecop nama itu..so sampai sekarang bayi ini tidak emmpunya nama. namun begitu atas hasil usaha gigih dan daya kreativiti pakcik2 dan makcik2 nya beberapa nama yang berbentuk maju dan kekinian disamping unsur keaslian telah dicadangkan. antara nama-nama yang telah disyorkan ialah:

i. Daniel Iskandar
ii. Muhamad Hairi
iii. Usman Hanafi <-- ini nama aku cadangkan
iv. Muhamad Hezrique
v. Aiman Falak dan juga lain-lain yang aku tak ingat

so nanti kita tunggu je la apakah keputusan parent baby ini....harapnya jangan la lambat sangat namakan dia..baby ini waktu lahirnya bolehla tahan jugak beratnya iaitu dalam skala 3.36kg rasanya..dan suaranya juga adalah nyaring berbanding kakaknya yang satu masa dahulu adalah seorang yang penyepi, namun kini segalanya telah berubah..kakaknya telah cukup ingka dan sangat meliar ikutan baru ni balik kg dia telah tidur sangat lewat malam...hahaha, tapi dia sangat mencemburui adiknya tetapi juga sayangkan adiknya sebab kengkadang dia cium lebeh2 dan kekadang dia menolak adiknya, mungkin kerana masih terbaki sisa jelesi di dalam dirinya.

Tuesday, January 12, 2010

Anak SEDarE tErLateSt

Ini adalah pos untuk anak sedara aku yang terlatest sekali untuk masa ini, gambar dibawah ini adalah wajah beliau yang gebok bersama emaknya. beliau ini adalah sangat gebok dimana baru berusia dua bulan namun jisimnya adalah hampir sama sekampit beras 10kg. nama beliau rasanya adalah Mohd Irfan Faiz bin Abdul Rahim.

sebut nama dia aku teringat kat iklan jalan raya yang nama saya irfan, umor 7 tahun....(ingat tak iklan tu?). so alkisahnya bermula disini, abang aku pada sabtu malam ahad yang lepas kami telah mengadakan sedikit majlis jamuan akikah dan juga marhaban untuk ahli keluarga baru ini. seekor kambing telah tewas didalam perjuangan dan dijadikan gulai kurma yang enakkkkkkk...dan juga sepahanya telah saya panggang sehingga hangus sebab tak mau lembut2 hahaha....
rajah di atas dan dibawah menunjukkan ketungkuslumusan ahli keluar salleh dan asmah berusaha gigih menggembleng tenaga bagi menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput untuk marhaban malam ini...antara menu yang disediakan adalah kurma kambing enak, pajeri nanas lazat, ayam masak merah yummy, ikan kering talang sedappp, jelatah nanas rangup....banyak tak...banyak tak? tapi untuk upacara melapah kambing aku tak sempat join sebab terlena diulit mimpi ngeri tengahari tu huhu...bangun2 dah pukul 330 lama sungguh aku tidur, tak sangka dengan keupayaan aku yang luar biasa untuk tidur siang telah meningkat lagi.

walaupun aku telah tersleep tengahari tu aku juga telah berjasa untuk menjadikan majlis pada hari itu bertambah bergemerlapan dengan mewujudkan boyan (buaian) yang berseri-seri dan memancar-mancar serinya. sib baik dalam gambar cantik belaka walau pada pembikinannya aku merasakan sedang membuat buaian berkonsep kurita belantara huhu....oohhh mae juga telah menabur benih jasa dalam projek boyan ini, habisla segala bunga plastik kat rumah kami gunakan termasuk yang telah dimasukkan dalam simpanan arkib negara.
selepas semayang maghrib kami sekali lagi disibukkan dengan upacara mengeset tempat jamuan para tetamu, terima kasih bebanyak kepada kanak - kanak masyarakat kampung yang telah berjerih perih membantu dalam menjayakan majlis ini...tidak lupa juga kepada cik ani dan cik ros yang telah bersama-sama dalam menjayakan majlis ini semenjak siang lagi...thanks a lot kata orang putihnya...
MEDANG...kata jawa untuk makan, so seterusnya ketibaan orang surau selepas semayang isyak yang sedikit demi sedikit telah menyebabkan ruang tamu hadapan rumah dipenuhi tetamu..ooo kami sangat terharu dengan sokongan padu penduduk setempat tersebut.
selepas majlis makan2 bermulalah upacara nmarhaban untuk orang yang diraikan...samapi kul 11.00 malam la jugak baru selesainya majlis tu, pastu aku seperti diganja-ganja tidur tak sedar diri sampai subuh... (huhu baik tak aku maintain bangun semayang suboh walau letih)...esoknya kenala kemas2 kan pulak sisa-sisa kenduri, terima kasih sekali lagi kepada jiran-jiran yang sangat banyak membatu mengemaskan selepas kenduri.

Thursday, December 24, 2009

AUS DAPAT LAPAN A

TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!
Tahniah AUS sebab DAPAT LAPAN A
Teluk Intan: seorang budak genius dari keturunan Salleh dan Asmah telah membuktikan kegeniusannya dengan menyecore straight A untuk Penilaian Menengah Rendah. budak genius tersebut yang juga dikenali sebagai Mohammad Firdaus bin Salleh pada hari ini 24Disember 2009 telah mengambil result pereksanya bersama keluarga tercinta. berikut adalah temubual saya bersama budak tersebut:


24 Disember 2009 . 08.30 Pagi
Kring...Kring.... <--ini bunyi talipon rumah

penemuramah: Hello, tengah buat apa?
kakak aus: oo tengah makan...
penemuramah: mak masak apa?
kakak aus: mak masak nasik lemak, enakkkkkk.....
penemuramah: mak masak ke
kakak aus: a'ah...
penemuramah: huhuhu..esok suruh mak bawak ye, aus mana?
kakak aus: kejap ye...AUS!!!!AUS!!! anjale kol (kakak dia laung)
penemuramah: adakah jantung aus tengah bunyi lub dub...hahaha....pukul berapa nak gi ambik resultnya?
aus: pukul 10 la..hehehe
penemuramah: hahaa...okla nanti anjale call lagi

24 Disember 2009 10.45 pagi
Truuuttt...Trutttt.... <---ini bunyi henpon

aus: Hello
penemuramah: hah camana?
aus: cikgu aus belum turun lagi, tapi kawan spy kata ada 98 orang 8A
penemuramah: ooo good2....ada berapa semua yang exam?
aus: ermm ada 130 lebih sepatutnya biorla 100 je..hihi
penemuramah: ada jantung masih lub dub dengan lebih kencang
aus: hahaa..tengah berdebor ni...lub dub lub dub bunyinya
penemuramah: lambat lagi ke?
aus: tunggu cikgu turun...

PASTU PENEMURAMAH MENEMURAMAH EMAK DAN KAKAKNYA PLAK

aus: okla anjale cikgu dah turun
penemuramah: ok nanti anjale call lagi 10 menut...(a.k.a. minute)
aus: Ok Bye

lepas tu penemuramah masuk opis, lepas tu terleka jap janji 10 menut jadi terlajak...cek2 henpon ada mesej from mae
" Aus dpt 8a...he said oder was coming."

terus call adik <---sebab bwk henpon adik je masa tu
Truuttt..trutt....

Penemuramah: Hello...macam tenang aje suara
Aus: hehehe
penemuramah: haha tahniah..TahnIaH..tAhNiaAH... nak tempah apa2 tak??
PERBUALAN SETERUSNYA ADALAH RAHSIA....
huhuhu

apa pun anjale mengucapkan tahniah sangat2 pada aus sebab sukses dalam cabaran kali ini...
BANGGA BEBENOR RASA HATI INI...