Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Air Terjun Serendah Rawang

Assalamualaikum dan selamat malam kepada orang orangan yang sedang membaca blog ini. hahaha seems like jalil suka tidak menghabiskan postnya yang sebelum ini and now jumping to a new tajuk which is Air Terjun Serendah Hulu Selangor.

Projek ni dah lama dah rancangan end 2011 lagu rasanya taping since menunggu tarikh dan masa bergaji yang sesuai makati ianya ditangguhkan sampai la ke 28 February 2012 sebab masa tu semua orang baru mendapat gaji.  Memula Casey bagitau nak picnik kat air terjun ulu yam tapi tukar plan ke air terjun serendah plakoglobin.  Aku dengan penuh konfiden nya kata air terjun serendah ngan air terjun sg inki yang aku pernah pergi adalah sama. tetapi rupanya aku salah hahaa....seb baik lagi kot take dah sampai ke Tanjung Malim kitorang masa tu.

Air terjun ni bebetul air terjun la macam gambar kat atas tu kalau yang sg inki it is most of sungai la maknanya takde air yang terjun macam kat atas. Kitorang masa tu pergi beramai ramai dalam 15 orang rasanya dari segenap pelusuk ada yang dari rawang, shah alam, subang, puchong dll. Standardla kalau dah namanya janji melayu nak jumpa kul 830 kat Balai Polis Rawang tup tup tup rupanya team aku yang terlambat skali sampai dah almost kul 10 pagi baru sampai sana. then sebab keluar awal n tak sempat nak membreakfastkan diri pagi tu singgah lepak makan kat kedai mamak kat area tu dulu makan roti telur sekeping dua.Dah sudah tu gerak ke air terjun yang letaknya kira kira 20menit dari pekan Rawang tu, kami di eskot oleh kumpulan konvoi bermotor sebab bebudak tu je yang pernah sampai kat situ. Jauh jugak le tempatnya kena keluar masuk kampung orang asli melintas lak jugak satu kawasan yang berpagarkan pokok anggur. sampai kat tempat berkubang tu kira kira jam 11 gak kot masa tu. dah paneh rembang dah kata orang.Mana yang mandi, mandi manda mana yang manggang, memanggang begitulah harmoninya keadaan ketika itu. aku sendiri harusla join geng geng yang mandi manda, hahaha sangat bersyukur sebab bebudak laki yang join sangat bertabah hati memanggang untuk kami kami ini, macam macam yang kena panggang masa tu ada ikan ayam sotong ada yang bawak bee hoon ada yang bawak sandwich dan yang paling meledak ada yang bawak dunkin donut; buah orennya pun sedap manis n rangup je rasanya. hahaha anyway tengs aku ucapkan sebab masa tu keluar air makan keluar air makan masuk air perut sendat haha.Air air terjun ni tak berapa nak sejuk la n rasanya macam dasar air terjun tu dah kena tambak ngan pasir lombong la sebab pasir dia macam kasar je. Tapi best la sebab ada kawasan yang dalam dan menggalakkan penerjun penerjun tiruk untuk beraksi walaupun signage warning duk kat sebelah tu je kata jangan terjun or lompat. Paling ingke sekali adalah abang anip yang melompat berkali kali semata mata nak dapatkan gambar pose yang elok katanya. Dua kali ujan turun kami masih kebal tetap mandi manda sampai dekat kul 4 baru semua abis mandi n bergerak balik ke sarang masing masing. Anyway aku enjoy the trip n lenkali leh bawak group yg lain plak ke sini walau macam jauh. Tapi rasanya tempat ni kalau nak mandi masa ujung minggu memang tak merasala kalau tak keluar rumah sesudah subuh yang awal sebab port mandi yang bestnya memang kat bawah air terjun tu je. tempat yang lain air tu macam melata paras paras lutut je kot. budak budak leh la.

Monday, November 28, 2011

ADI IDA


Dua pasang pengantin of the day, Ida ngan Kakak dia...pelamin cantik and sempoii

Pepagi ni takde idea sangat nak tulis panjang2 la...tulis sikit padam tulis sikit padam heheh makanya kat sini aku hanya nak mengucapkan selamat pengantin baru pada 2 orang kawan aku yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Kepada Adi ngan Ida, aku nak mengewish kepada korang-korang ini semoga senantiasa berbahagia dan rahmat tuhan will always be with uols. Semalam kami sampai kat wedding tu agak lewat selepas bertungkus lumus memburu sebijik lagi kereta yang sungguh liar hahaha, sib baik la sempat jugak tengok pasangan pengantinnya...komen abang hassan Adi sangat berwajah serius....
Geng geng gerombolan gadis yang cool je duduk dekat meja makan sambil bermesyuarah...
Geng geng gerombolan lelaki tengah sibuk nak ambik gambar pengantin kat pelamin

Monday, November 21, 2011

bermain ais kepal...

sebab dah biasa duk tempat sejuk apa
sangatla bila masuk snowalk tu pakai
seluar pendek je...
Yang warna purple tu adalah
donut untuk aku main menggelungsur ais

























Assalamualaikum dan holla te amour kepada pengunjung tegar sekalian. kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku bercakap sambil berasap tanpa merokok kat korang sekalian. Korang korang semua tau tak kos nak memasuki snowalk yang dekat Icity Shah Alam tu adalah rm20.00 kepada pemegang2 mykad yang dewasa, macam mahalkan? tapi jangan risau di penghujung bacaan nanti aku akan tunjukkan macamana kaedahnya nak jadikan tiket tersebut bernilai.

aku ngan fizi pergi kesini pun secara bukan yang dirancang2 so kepada sesiapa yang terasa diabaikan sila jangan gediks2 nak berasa sedemikian. Memulanya aku gi teman si fizi ni gi beli madu habbatus sawda direct kat HQ dia kat shah alam kat jalan lawan pedang which is berdepan dengan stadium. Dah shopping madu pergi plak makan kat kedai ayam kampung yang dekat2 situ jugakla..ramai orang, aku bajet mesti glamor kedai makan ni kart area shah alam tu. Dah nama kedai ayam kampung so aku makan ayam kampung berkuahkan gulai lemak ketam. then ambik skali lemak masak gulai kawah, the ayam n kuah was good tapi the gulai kawah ngan cicah dia masin yang mmg tahap kalau aku ada darah tinggi leh terus kena strok kat situ gakla hahaha...

makan sudah tujuan utama sudah..so kendian terpikir la nak gi mana, aku ajak fizi g Icity, tapi cadangan tu mmg aku sendiri rasa tak sesuai memandangkan masa tu matahari memancor2 atas kepala, and the Icity is famous as the city of light so pasti pastinya akan bergemerlapan diwaktu malam. Tapi drive punya drive punya drive tetiba tersampai gak kat Icity tu.  Nak masuk dalam tu mahal plak duit parkingnya siang2 hari yang at first aku ingat takde apa tu pun rm5.00 ye kalau malam 10 hengget dia caj, makanya terhenyak seketika kat depan penghadang jalan masuk parking tu.

Tapi sebab fizi has never been here dan atas dasar ingin tahu si fizi ni masuk jugakla dalam kawasan tu and terus parking close to the snowalk punya hall. masa masuk tu orang macam takde je, seriously cakap kawasan tu siang-siang tandus je. Alang2 dah sampai kat depan pintu snowalk tu aku pikir dari tak tau bila lagi nak masuk so adalah baik kiranya aku masuk jugak dalam snowalk tu dengan berseluar pendek, tu pon sampai guard ngan adik2 kat kaunter tu dah kenal sebab asyik tanya sejuk sangat ke dalam tu? boleh ke pakai seluar pendek? ada tak jaket yang panjang sampai kaki? blaa bla and blaaa....tapi tiket tak beli gak lagi hahaha.
Fizi bergambar ngan polar bear tapi kurus la bearnya gamak tak makan dah lama kot


Rusa tu nak cium aku hahha

Rumah sejuk..yang ni confirm takyah pasang aircond dah weiii...tapi licin ya amat, asyik nak tergelincir je kerjanya aku duk kat bangku dia dalam tu
Ice fort kat dalam kawasan salji tu..kot dapat main paintball agak2 best tak..mesti ramai yang jatuh gedebuk gedebak sebab licin

with Patrick and sponge bob kat luar bilik sejuk tu

Nama dia Fizi, dia tengah melakonkan aksi seorang gelandangan di sebuah negeri beriklim sejuk...
Baru aku perasan muka santa tu merah macam baju dia je dah, tapi aku punya lagak tu memang macam dah biasa berada kat kawasan beriklim sejuk kot.
Tiga orang snowman sebijik macam yang aku ada kat laman belakang rumah dulu je..
after a few time of asing the same question kat semua kaunter yang wujud kat snowalk tu, aku bertekad sepenuh hati masuk jugaklah tempat yang sejuk tu...walau hanya berseluar pendek. harga tiket rm20.00 sekali masuk tapi aku masuk keluar masuk keluar dari bilik sejuk tu 4 kali, maknanya aku main snowalk ni hanya pada kadar rm5.00 sekali masuk hahhaa...

Pertama kali masuk bajet macam sejuk sangat la tapi rupanya memang i was born mempunyai darah yang panas so masuk dalam takdelah rasa terlampau sejuk tu, cuma aku terjatuh gedebuk bunyinya sakit bontot sekejap sebab pakai kasut licin yang disewa kat pintu masuk tu. Tapi one thing nak pesan kalau nak tak rasa sejuk sangat elakkan tangan bersentuh dengan ais yang ada kat dalam tu, sebab bila kena ais kering tu memang terasa macam sejuk sangat.

sebab dah jalan sampai hujung dan dah main gelongsor ais dalam kasut aku ngan fizi cepat2 cabut keluar sebab sejuk mula terasa. duduk kat luar sekejap sambil jemur kamera aku bawah cahaya matahari sebab dia dah mula pandai bagi efek kabus sendiri haha...then masuk skali lagi buat kali kedua, kali kedua masuk is better than yang pertama rasanya. Masuk2 terus main hembus2 sebab baru sedar bila cakap ada asap keluar dari mulut haha. kali ni main yang gelongsor atas donut tu, rasanya macam lagi best dari main gelongsor dlm kasut sebab yang dlm kasut tu rasa sejuk daa...pastu kena cepat2 keluar lagi sekali sebab sejuk mencengkam balik haha..kamera aku pun dah menggigil, nak beli sarung tangan bagi kurangkan sejuk rasa macam rugi sebab rm15.00 sepasang. kalau aku beli sarung tangan kebun tu dah leh dapat 10pasang dah hahaha..

kali ke3 masuk adik2 depan pintu tu mesti nyesal bagitau yang boleh keluar masuk keluar masuk kalau rasa sejuk...sampai aku leh bukak pintu masuk sendiri, before nak curi2 tengok pun dia taknak kasi huhuhu. kali ke3 masuk adalah bertujuan untuk mengambil gambar yang cantik2 walaupun masa kat dalam tu processor kamera aku tetap terpengaruh menjadi lembab nak on. Kali ni masuk angin aircond dia tambah kuat so takleh nak tahan lama sangat sebab rasa sejuk sehingga ke tulang sumsum, walau camana pun aku dengan tabahny amain skali lagi gelungsur kasut ngan donat tu untuk kali ke2. 

lepak kat luar kejap je walaupun idung dah mula sok sek sok sek keluarkan cairan jernih hahaa...tetap tabah  hati kental fikiran masuk sekali lagi dalam bilik sejuk tu semata-mata nak meminimakan kadar sekali masuk kedalam tu, hahah so boleh disimpulkan dengan kemasukan kali ke4 tu aku berjaya menjadikan tiket masuk rm5.00 untuk sekali masuk. Cadang nak buat rm4.00 seklai masuk je dengan masuk buat kali ke5 tapi tak larat dah kot tambahan plak kulit muka dah keras macam baru lepas buat suntikan botox, keras semacam je..haha

dah keluar kali ke4 tu return balik kasut untuk dapat return cagaran rm20.00 tapi resitnya terhilang la plak, jenuh la aku memintak kat kakak tu, tapi dia ketegaq memula taknak pulangkan duit tu. tapi sebab aku kiut dan irritating enough akhirnya kakak tu pulangkan duit without saying much hahaha...alhamdulillah sebab masa tu duit dalam poket aku tinggal rm10.00 je pun.

seronok gak rupanya dapat main sejuk cakap berasap-asap ni haha..ehhh satu soalan, kalau dia cakap temperature dalam tu below 5 darjah maknanya 5 4 3 2 1 or -1 -2 -3 -4 -5?

Saturday, October 15, 2011

Deer Land & Orphanage Elephant Sanctuary

Assalamualaikum dan selamat pagi. this photos were taken during visit to Kuala Gandah Deer Land and Orphanage Elephant Sanctuary a few weeks ago, cannot remember. karangan nanti aku submit,

Happy Friday everyone, haha sorry la its been a long time no update here bizi macam menteri aku sekarang ni plus plak line wimax yang semakin uzur. Dah gi kat HQ cek punya cek punya cek masalah sebenar internet tak dapat sebab kadar congestion yang sangat tinggi.

okla sebenarnya nak sambung cerita pasal kuala gandah sebab dah lama tertangguh hehehe...aku pergi kuala gandah elephant sanctuary tu ngan faiz ngan wan haq the same people masa gi naik Broga dulu haha. Macam biasa the plan was always an ad-hoc one barulah rasa mencabar kan hehehe. early in that morning faiz pergi berlari2 kat mana ntah n dah lepas kul 10 jugakla baru bergerak ke pahangnya. Wan Haq dah membebel bebel sebab lambat dan takut tak dapat pass nak mandi bersama gajah and me too lah.

Alhamdulillah sampai kat sana dalam kul 1200 and masih available the pass yang kitorang nak tu, pas kaler kuning tak silap aku. Memandangkan kitorang sampai situ awal makanya yang ada ketika tu hanyalah tayangan dokumentari pasal gajah dan disebabkan aktiviti bersama gajah hanya setat kul 1400 maka kami telah melarikan diri ke Taman Rusa yang dekat ngan tempat tu. 



masa sampai kat taman rusa n nak ambik tiket tu tanya lah kat kaunter tu apa yang ada, dia kata macam2 ada kecuali beruang diorang. Muka setaf setaf yag kat situ macam tak puas hati bila menceritakan pasal beruang peliharaan diorang yang kena rampas ngan PERHILITAN sebab diorang sayang kot beruang tu, yang tinggal hanyalah kenangan kat situ hehehe..tengah jalan2 dalam taman rusa tu ada gak ular sawa yanng menjalar kat lantai taman tu hahaha...ada burung ada arnab ada landak ada ayam berbulu macam kapas ada banyak spesis burung kuang ada burung unta ada burung merak pendek kata macam2 ado...masa masuk anda akan diprovide dengan kupon untuk memberi makan kepada rusa n the food dibekalkan, makanannya harusla berbentuk vegetarian kerana rusa bukanlah spesis maging ye. Merasa la kena himpit ngan rusa rusa yang manja nak berebut makanan but aku tak sanggup nak suap kat diorang so aku pass aku punya bakul to my friend je la. menurut penjaga kat situ kena jaga jaga takut kaki kena pijak ngan kekaki runcing rusa rusa tu.



dah dekat kul 2 tu gerakla pergi balik elephant sanctuary tu sebab nak main ngan gajah plak, rasanya inilah kali pertama aku menunggang gajah and bermandi bersama gajah, actually bermandi tu hanyalah gambaran je sebenarnya ko duduk atas gajah tu 30saat kena simbah simbah air then turun ganti orang lain plak but it was fun. Last2 aku sorang je yang naik sorang dah masuk air tapi kesian kat gajah tu katanya and sorang lagi langsung tak basah...


Friday, October 14, 2011

Bandar Kuda Laut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua semua yang telh menghadirkan diri kepada blog ini. Macam yang dah bersebut dek saya minggu lepas saya dah pun selamat sampai ke MIri Sarawak dan jugak dah selamat balik ke KL. Sila juga percaya bahawa saya telah mengalami jet lag, hoh sound macam baru turun flight ke Bora-bora plak rasa jauhnya. untuk informasi semua tema bandar Miri ni adalah kuda laut, so kemana2 pergi anda akan nampak kuda laut.
kalau ikutkan rancangan aku je cadangnya ada 3 hari kat sana first masuk kerja punch card keluar jalan2...2nd day masuk punch card berlakon kerja sikit2 keluar merayap then punch out plak pastu third day punch card masuk kerja bersungguh2 dan lewat petang punch out terus ke airport pulang, tapi mungkin sebab aku ini mmg seorang yang tabah berkerja makanya tentatif awal program tidak dapat dipenuhi kerana first day kat sana punch in duk opis sampai petang..dah malam ku 7 punch out matahari pun dah hilang dah. malam sebelum tu makan nasik lalapan ayam kat kedai kat tepi jalan depan hotel, ok sedap malam kedua pun ngadap nasik lalapan kembung plak, kali ni kat restoren lalapan founder plak katanya. tapi sesungguhnya aku rasa nasik lalapan kat kedai bukan founder lagi terbaik huhu kedai founder sambal belacannya sangat terasa belacannya sampai esok tengaharinya bau tak hilang2 huhu...nasik lalapan ni kalau kat sini macam nasi ayam penyek gak, cumanya kat sana ada 8 jenis side dishes termasuk ayam.


thank god the 3rd aku kat sana dapat pergi ke Pasar Malam kat Boulevard Miri, macam2 ada kat sini and the most thing aku perasan adalah pisang and ada jugak pisang yang sangat tembam, gayanya macam pisang awak tapi bersaiz tembam. Sebelah siangnya sempat gak merayap ke Pasar Tamu tapi sebab pergi dah lewat tengahari makanya tak berapa nak meriah, kat situ jumpa dah ikan terubuk masin yang dimasinkan sendiri oleh tuan kedai. Mengenangkan takde tempat nak simpan utk malam tu so tak beli la kejap tu dan beli esok hari cadangnya. Tak beli terubuk masin malam tu beli terubuk bakar yang enak kat pasar malam daripada awek manis..haha ikan dia besar dan segar aku rasa dalam sekilo sekor ada kot, tapi harganya mabeles murah seekor 15-17 la macam tu harganya. Aku ngan Zek pun tapau sekor untuk dibaham kat bilik hotel huhu. Hasilnya daripada bentuknya macam gambar kat atas kat bilik hotel terus jadi macam gambar kat bawah.

 

selain daripada mentapau ikan terubuk aku jugak membeli beberapa ketul kek lapis sarawak tapi sebab masa tu poket kempis sikit makanya kek lapis tersebut dibeli dalam kuantiti yang tidak banyak hahaha...so peringatan disini jangan ngengada nak request2. Gambar kat bawah adalah gambar kek yang mahal berharga RM50.00 seketul katanya freshly baked..kalau yang murah2 tu maknanya dia masak semalam or kelmarin. 





cecita kononnya nak mentapau terubuk bakar tak kesampaian sebab masa pergi nak beli tu kedai semua dah tutup sebab the last day aku ntah macamana boleh plak terberlakon sibuk sibuk buat kerja kat kedai ngan si Zek. Keluar keluar je dari bangunan the sun already settling down katanya so berhambatan la si adiff bawak kete nak ke pasar tamu still tak sempat jugak. hoho so we say good bye to Sarawak without the terubuk masin la, luckily we got the kek lapis nak bawak balik...


p/s: sambil aku mengarang karangan ini sambil aku menikmati susu segar dengan mangga..perghhhh terbaekkk...

Thursday, September 15, 2011

Celebrating Raya at WareHouse

assalamualaikum and good Thursday everyone.

Jumaat yang lalu aku attend majlis gathering untuk member-member MJSRC kat warehouse diorang kat Shah Alam nun, for those yang tak tahu MJSRC adalah "Metrojaya Sports and Recreation Club" tetiberh rasa sangat informatif maklumat ini. haha maka kepada sesiapa yang selama ini tertanya-tanya tentang kemisterian aku bolehla mengagak dah dan menjawab sendiri persoalan anda yang misteri tu.

Aku sampai situ jam 530 petang event sepatutnya mula jam 600 petang but tetap berlaku kelewatan makanya boleh mula makan jam 715 malam. Huha huha later at 1000 baru balik dari gudang tu then gi ambik adik aku kat INTEC Shah Alam and itulah kali pertama aku celebrate raya kat tempat yang namanya gudang

kalau nak mengikutkan tema supposedly warna kelabu asap kot, tapi it is good everyone tak ikut tema unless me and few others sebab kalau tak nampak tak meriah la kalau semua pakai kaler kelabu je.


Bila dapat tau jamuan raya tu buat kat gudang terus imagine tempat dengan debu2 yang berterbangan dan kadar kenaikan suhu yang melampau, but atas usaha warga penjaga gudang the place are great and the ummphhh taste better with karaoke. Macam korang2 nampak kat atas the members really enjoying karok walaupun para gadis-gadis malu malu. the guy in the office wear tu suara macam jamal abdillah.

The food is good too, siap ada kambing panggang but unfortunately aku tak dapat nak rasa sebab memasing agaknya macam harimau yang dah lama tak dapat makan kambing about 15minutes the kambing gone with the bone haha...at least dapat makan soto satay nasi tomato  yang enak dan lain-lain kudapan semasa cumanya airnya pada malam itu sangat sangat manis, jangkaan kalau pesakit kencing manis sisip sikit pun terus esok kena potong kaki..haha

Gudang sebelah and gudang tersebut orang kata ada puaka.......hihihihiiihiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, July 16, 2011

Bontot i masuk the Star...

"wahai jalil, adakah ko memakai sluar warna cream paras lutut masa gi pd tanam bakau hari 2?aku rasa gambo ko kluar kat nstp la" hah that is message i receive from my friend yang ternampak bontot i yang keluar kat paper semalam, tapi bukan nstp ianya adalah paper the star. hahaha tak sangka famous dah aku sekarang ni, so kepada pembaca diluar jangan lupa dapatkan gambar aku tu and leminet then tampal kat dinding rumah anda hahaahaa.....

p/s; nanti pasni aku scan plak gambar tu untuk sesiapa yang tak dapat keratan tersebut, hhahaha skali lagi aku terasa popular selepas gambar masuk the paper gak masa convocation dulu.

Thursday, July 7, 2011

Penangan mukabuku

2 hari lepas tgk cerita edisi khas tv3, cerita pasal isu mukabuku walau dipersembahkan dalam bentuk komedi tapi betul apa yang cuba disampaikan. mukabuku banyak sangat mempengaruhi cara hidup sosial masa kini. Bini ralit sampai laki brekfes tak lepas2 pekerja seronok sgt mukabuku tak nampak boss lalu.

memula dulu aku buat akaun frenster bila orang dah ada mukabuku aku tetap ngan frenster, tapi kak cuyeklah orang pertama mempromosi mukabuku sampai bila aku dah kenal mukabuku ni aku terkena badinya. haha...memula main simple2 tambah kawan tgk status tutup tu je, tengok aku punya quote utk FB tu..aku buta facebook, itu quote profile aku dulu hingga kini haha. Bila dah terer sikit aku mula main game yang ada dalam tu.

Macam2 lah game yang aku main, tak tau la kenapa bila dah tua2 macam ni pun tetap terkena ganja bermain game tu..jadik macam ketagih, masa kegemilangan aku men game tu dulu berlumba-lumbalah ngan cynthia n kak ija siapa level lagi tinggi especially game FarmVille tu. Agak sukar untuk mengalahkan diorang ni sebab diorang lagi tegar dari aku masa tu, dan aku percaya masih tegar hingga sekarang haha. Bukan setakat berkebun masa tu ladang aku dah berekar2 luasnya, ikan peliharaan happy Aquarium pun banyak siap boleh jual lagi, kendian mengembangkan perniagaan dengan membukak kedai kek kat baking life ngan cafe world. Bila kekayaan aku dah melimpah ruah masa tu mula bukak bandar cityville lak, kemain lagi kekayaan aku masa tu siap boleh own bandar and pulau sendiri kat happy island hahaha..Bila dah kaya mula la duit tak tau nak buat pe pergi lak bukak zoo, tapi nampaknya projek zoo tak berapa sukses sebab kegilaan aku kepada FB semakin lusuh dimamah usia...

Tapi sebelum kegilaan memudar, masa zaman kegemilangan tu jangan cakapla aku punya giler FB celik2 mata dah bercucuk tanam, kat ofis tanaman nak kena tuai, ayam kambing nak kena bagi makan...balik rumah cek ikan kat akuarium plak kekadang tengah malam boleh set jam sebab nak bangun nak tuai hasil farmville ngan barnbuddy takut nanti tanaman layu, hahaha ko mampooo nak komited macam tu kalau buat kerja? skang ni bukan lah kata 100% tinggalkan FB punya game, skang ni bukak2 ayam utk 2 game je lagi which is barnbuddy ngan cityville..yang lain dah jarang sangat bukak...rasanya ikan aku dah mula meninggalkan akuariumnya, duyong peliharaan kat pulau dah berenang ke darat gamaknya, ayam itik lembu kambing kat farmville mesti dah kurus cekeding tak makan, kedai kek aku harus kena carut ngan kastemer sebab menu tak bertukar hohoho...

ini adalah gambar barnbuddy aku yang baru ditanam semula jam 630 pagi tadi hahahaha....

Monday, June 13, 2011

Projek Rhizo at PD



Assalamualaikum...Kali ni nak bercerita pengalaman membakau bersama volunteer untuk projek rhizo anjuran sime darby kat PD. Kawan aku yang kerja kat sana telah membantu untuk meregisterkan aku ngan beberapa orang lain untuk join projek membakau kat PD ni.

Ahad 12 Jun 2010 - kul 5.30 pagi dah bangun untuk brersiap gi membakau, kejut kawan depan rumah dalam kul 6.00 lepas semayang subuh gerak gi ambik kawan kat Puduraya dia turun dari Penang. Sebab bangun pagi sangat otak biol sikit2 so ppergi suruh kawan aku buat kerja sia2 drive masuk MEX padahalnya aku sendiri pun tak paham motip aku suruh dia ikut MEX tu, memang sepanjang kat MEX rasa sesia tapi aku senyap je haha...Sampai Wisma sime darby lajak 10minit dari masa yang ditetapkan iaitu 6.30. Tapi rupanya kelewatan kami tidak memberi kesan kerana dekat pukul 8.00 baru bergerak ke Port Dickson naik bas sewa khas. Sampai kat PD dah dekat pukul 10.00 ambilkira tempoh sesat, huhuhu sedikit nasihat untuk penganjur sila servei dulu tempat yang nak dituju ye. First station SD promosi diorang punya stesen janakuasa as we all semua sedang kelaparan dan kesejukan dan perasaan ingin kencing yang meluap2 dengar sipi sipi je penjelasan yang diberikan oleh pegawai kat situ. Salah satu perkara yang didengar adalah pembinaan ruang kedap bunyi untuk elak orang sekeliling bising. Janji manisnya konon breakfast at the lakeside but at that time sebab dah terlewat so aku hanya mampu memandang bihun goreng and kuih2 yang dihidang dari dalam bas memandangkan bas tu pun lalu je kat kawasan tu sebab dah terlari dari schedule. Seriusly masa tu memang aku rasa geram-geram ayam ngan penganjur hahaha.

sebbaik la penganjur bawak makanan2 tu ke tepi pantai kat tempat nak membakau plak, dapat jugakla makan bihun goreng yang hanya dijamu mata tadi. Sampai kat Pantai Cahaya Negeri ada la penerangan pasal cara2 nak membakau tu but as my stomach already hungry so again i dont care what they are talking abbot haha..

nanti sambung balikkkkk.............hahaha jalil mcm bizi....aku dah sambung balik dah kalau nak baca klik butang read more kat bawah..


Tuesday, June 7, 2011

What we wish, is what we get?

Hulahup tak tajuk entry aku kali ni?
Bila kita berdoa selalunya kita nak dapat cepat aje kan? cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. Sekarang ni, one of my housemate dah dapat berhijrah balik ke negeri kedah dia, as he always prayed for before. kalau pikirkan secara logikanya dia patut bersyukur yang amat sangat sampai merapat sembah pada yang ESA sebab dah memakbulkan apa yang didoakan selama ini. Kawan aku ada cakap bila berdoa sebaik-baiknya bagi precise dan jitu, macam memanahlah kalau bidik tak tepat camana nak kena ke sasaran kan? [haha perumpamaan klasik sangat]. Actually aku tak tau la dalam doa dia sebut macamana, tapi sekarang ni timbul plak isu bila doa untuk balik ke Kedah dimakbulkan tapi timbul plak isu bila dia akan mengajar some kind of school yang tak berkenan dihatinya. Mungkin anak panah tak berapa nak tepat atau cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. kalau macam aku yang mungkin kurang rasa ihsan ni will take him as mengada-ngada dah bagi betis nak peha dah bagi peha nak dada plakkan and saying that he shud be thankful enough which at least dia dah bertambah dekat ngan keluarga dia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

But that is my way of thinking which is less of heart katanya...hahaha, tapi pada aku kadang-kadang hidup manusia ni banyak sangat drama dan kekadang tanpa kita sedari kononnya benda yang dah kita dah ada kita taknak plak but didalam hati jauh menyatakan kita akur dengan benda yang kita dah ada tu. Sebagai manusia memang la susah nak dipenuhkan keperluannyakan. Kalau budak 7tahun boleh la sebat kata tak boleh tapi kalau dah 30 tahun takkan nak kena sebat jugak haha. Tapi insyaALLAH cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Bila kita tak dapat lagi apa yang kita pohonkan atau apa yang kita dapat tak seindah yang kita doakan mak rasanya lebih baik ingat kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita dapat. Ayat populer orang selalu kata kalau tuhan tahu kita tak mampu untuk memikul tanggungjawab tu tuhan takkan letakkan kita kat keadaan tu. kalau aku tak silap bab zalim pendidikan islam form 4 dulu Zalim tu maknanya meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya. So takkan la sebagai umat islam yang ada iman senipis kulit bawang ni takkan nak kata tuhan itu zalim. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, kalau tak mesti la dia biarkan kita terbiar je terumbang ambing.

"..there is no luck in life if the is no bad luck"

Maka bila DIA letakkan kita kat satu tempat atau posisi kita kena ingat kita kat situ sebab kita mampu. Yang selalu menyebabkan kita tak mampu adalah bila hati kita tak redho dengan benda tu, so mulalah keluar dari mulut alasan yang macam2..tak cantikla, panasla, tak masuk la dll. Bila kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya kita akan dapat menepis semua cabaran dan dugaan yang ada serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

dulu aku sekali pernah jugak la merasa pengalaman tak meredhai benda yang aku buat then fight for your life kunun tapi bila dah ketentuan Tuhan kata bukan masanya dan ketikanya lagi untuk aku dapatkan benda yang aku fightkan tu, so aku terkandas jugak..so now i'm starting a new life and please kawan2 dan pembaca2 tegar dan tak tegar diluar sana doakan supaya aku dapat mengecapi kejayaan dan aku akan senantiasa redha dengan jalan hidupku ini....hahaha terasa macam tulis pilem plak.

"Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati."

Monday, April 18, 2011

Aku Dulu Bukan Budak Obes

gambar diambil dari Mr GooGle

Assalamualaikum semua readers skalian. Arini aku nak buat post yang menyentuh isu semasa plak, isu kegemukan dikalangan kanak-kanak di Malaysia ni. Nampaknya isu ini semakin mendapat tempat du hati rakyat jelata mahupun pemimpin-pemimpin negara. Mana taknya, Malaysia skang ni dah menduduki ranking pertama dalam negara asia yang mempunyai peratusan bilangan penduduk obes yang tinggi..termasuklah aku jugak yang telah menyumbang kepada peratusan ini. tapi itu tolak tepi dulu ahaha...sekarang ni mari kita buat analisis mudah kenapa bebudak sekarang lebih banyak yang obes berbanding zaman kita dulu dulu [means zaman 90an].

Hipotesis 1: Bekalan makanan ringan yang mudah diperoleh.
Huraian: bebudak zaman skang ni leh kata aksesibiliti untuk mendapatkan stok bekalan makanan ringan semakin mudah. Golongan ibu bapa kini lebih bertanggungjawab dengan mengadakan lawatan mingguan ke pasaraya menyebabkan kanak2 kini lebih terdedah kepada ruang lingkup makanan rapu yang lebih luas. Selain itu, kebanyakan syarikat makanan ringan mula meluaskan empayar perniagaannya. sebagai contoh, masyarakat teluk intan dulu kalau nak merasa makan bege A&W kena pergi ke Ipoh, sekarang teluk intan punya McD, KFC, Pizza dan SR. ditambah plak ngan wang saku bebudak yang juga semakin bertambah menyebabkan aku percaya salah satu punca bebudak semakin besar adalah sebab makanan segera yang enak ini. Sselain daripada masalah makanan ringan diluar sekolah, masalah juga muncul didalam pagar sekoalh itu sendiri. Pihak pengurusan kantin2 sekolah sekarang pun lebih prefer jual sosej, nugget, french ries dll sebab benda-benda ni kosnya lebih murah namun boleh dijual pada harga yang lebih mahal. Mananya bebudak tak menghadapi obesiti sebab asyik disumbat makanan yang terlebih berkhasiat ni.

Hipotesis 2: Wang saku makin banyak
HUraian: masa aku sekolah rendah dulu duit belanja sehari2 aku hanyalah 4kupang, paling2 up pun masa aku tingkatan 5 dapat belanja seringgit setengah itupun masa ada kelas tambahan sampai petang, hari2 biasa 8kupang je. so selalunya masa waktu rehat aku tak la dapat makan makanan yang pelbagai kat kantin, dan aku percaya ramai jugak kawan aku yang lain lebih kurang kadar belanja hariannya...so masa rehat makan kacang kedai aci je simpan lagi 3posen buat beli keropok masa balik tghari..cukup aje. Bunyinya macam sedih je, tapi aku sgt bersyukur sebab aku takde duit lebih untuk dibelanjakan beli benda tak berfaedah macam rokok. kalau tak mungkin aku dah jadi belia liar sekarang ni hahaha.. bebudak sekolah zaman skang plak aku dengar minimum belanja 3-5 ringgit sehari, pergghhhh sekolah sama je ngan aku dulu rasanya, bukan la plak sekolah elit..beza seploh tahun kadar belanja meningkt dekat 500%. sila pihak jabatan pengurusan sekolah buat pemeriksaan kat kantin sekolah, berapa rege nasi lemak sepiring ngan air sirap? so ibu bapa yang terbaca blog ni pun silalah buat penilaian semuala mengenai wang saku anak ke sekolah especially kalau mak tu dah masak n bagi anak makan kat rumah.

Hipotesis 3: Kurang Aktiviti Fizikal
Huraian: Bebudak sekolah sekarang ni menyimpan lebih banyak lemak dibawah lapisan kulit sebab kurangnya aktiviti fizikal; di sekolah mahupun dirumah. sistem pendidikan sekarang ni yang menumpukan kepada kecemerlangan peperiksaan menyebabkan fokus kurang diberikan dalam mendidik badan anak2 supaya lebih sihat dan cergas bagai juara. kat sekolah belajar kat rumah pun belajar, kalau tak belajar kat rumah pun bebudak dok main indoor activity sahaja..tidak bagus tidak bagus...kurang peluh keluar. sedangkan masa aku sekolah rendah dulu pagi petang aku exercise at least 20minit tetiap sesi..haha kena kayuh basikal siap bawak penumpang lagi, gigihhso sampai sekolah dah segar bugar sebab senaman awal pagi. sarapan pagi yang mak aku sediakan pagi tu pun dah digunakan sebaiknya. kanak2 skang ni plak mengikut pemerhatian aku lebih dimanjai ibu bapa, pergi berhantor balik berambik katanya mungkin jugak ibu bapa risau keselamatan anak2nya ditambah pula keadaan ekonomi yang semakin baik. nowadays aku realise yang mod pengangkutan basikal ke sekolah semakin dipinggirkan. aku rasa ibu bapa pentadbir dan jabatan terlibat perlu menggalakkan semula penggunaan basikal ke sekolah ni.

Hipotesis 4: Kurangnya perhatian daripada Ibu Bapa/ PenjagaHuraian: Bukannya nak menyalahkan sesiapa tetapi ibu bapa/ penjaga adalah merupakan unsur utama yang perlu mengambil perhatian ke atas keadaan kesihatan anak2 mereka. memang diakui kanak-kanak yang obes nampak lebih comel and sihat katanya. Hakikatnya memangla nampak comel, tapi keadaan kesihatannya macamana plak? pikir pikirkan dan selamat beramal.
p/s: Aku dulu masa kanak-kanak bukanlah seorang yang obes, mengikut kajian keatas diri sendiri dipercayai perubahan gaya dan taraf hidup mempengaruhi ukuran pinggang seseorang. dulu aku nak beli cekelat takde duit, dulu nak ke kedai beli cekelat kena naik basikal. sekarang ni aku bukan takat beli cekelat sekupang 5, aku mampu beli cekelat katberi kat pasaraya giant naik motor je hahaha..so no wonderlaa aku menyumbangkan kepada peratusan obes negara.

Pembaca-pembaca sekalian doakan aku agar dapat kurus dan comel macam zaman dulukala balik ye...Aku adalah budak kacak yang duk kat sebelah kanan masa sekolah rendah n menegah dulu adalah aktif bermain mengikut musim bersama kawan baik aka jiran sebelah rumah...huhu nampaknya pasni kena mula bermain badminton semula, kasi gegar itu stadium hahaa. hoh baru aku perasan gesture tangan aku mcm siwon.

Sunday, April 17, 2011

BloG inI bErWaJah BaRu

Assalamualaikum semua pembaca pembaca yang setia sekalian, op-op jangan tukar page anda, betul dah ni dah betul dah..ini memang jalilsalleh.blogspot.com yang kalian kalian cari tu. Jangan terasa aneh sebab menengok dah berwajah baru blog ini. Memang blog ini nampak lebih gegirl dengan kehadiran bunga sebagai background, tetapi demi menyesuaikan background dan juga header saya setakat ni itu je la pilihan terbaik.

Memang dah lama dalam hati pasang niat nak tukar keterampilan blog ni, tapi sebab cetek ilmu HTML ngan malas menggeledah-geedah. Jadi sehingga sekian lama terpendam je la hasrat tu. Plus sebenarnya aku rasa sayang ngan header sebelum ni sebab itula header yang pertama sampai tahun ke3 dah aku tak tukar2. Tapi malam ni dengan berat hati had to say goodbye kat header tu, terasa jenuh aku menghasilkannya dan terimbau kenangan pahit manis aku ngan header selama 3 tahun ni. Masa nak tekan butang remove masih berbelah bahagi cinta dihati ini. Tapi memandangkan hidup perlu ada perubahan chisss tetiba berfalsafah plak maka aku pun tukarla header ngan background2 skali, no more hitam itu kualiti kat blog ini..aku menggunakan warna terang dan meghela je dah skang ni. Hope readers semua leh terima akan perubahan ini..huhu ayat cam banyak follower je, menyampah

sebenarnya aku jugak nak mintak pendapat semua sebab aku ada 4 pilihan untuk ditempatkan sebagai header blog ni, satunya aku dah gunakan sekarang kat atas tu dan 3 lagi macam kat bawah. aku dah buat poll servei punya ruangan dan dah letak kat sebelah kanan bawah profile blogger tu. Pastu korang vote ye, gambar mana satu nak pakai as header aku, jangan tak vote plak...hahaha skali lagi jalil perasan banyak follower

Pilihan Header 1: Header sediada
Pilihan Header 2: awan itu warna ungu

Pilihan Header 3: ranting ranting kayu

Pilihan Header 4: cahaya dunia sebelum kegelapan

hahaha tajuk gambor nye tak nak kalah ye dak?...semua gambor2 ini aku ambik n edit sendiri pemandangan dari 2 jambatan tinggi yang ada kat Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

p/s: dikesempatan ini jugak nak say sorry kalau post2 sebelum ini menjadi kucar kacir dan menyusahkan pembaca skalian...hahah masih sempat berangan traffic blog tinggi

Thursday, April 7, 2011

Berhari minggu di Tanjung Malim

Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca pembaca tegar blog ini.kali ini aku nak berblog pasal satu hari ahad aku kat Tanjung Malim, Perak. bila ntah minggu berlakunya liburan ni pun aku tak ingat bila, tapi rasanya dah lama dah..ujung tahun lagi rasanya, tapi disebabkan aku telah mendapatkan stok gambar semasa lawatan ni last week. maka hasilnya baru skarang ni la aku terkedek2 nak apdet, draft post ni plak dah seminggu gak peram, agak2 kalau ikan dah jadi pekasam dah pun.


Dasar seorang manusia yang comel dan mengandungi lapisan lelemak yang tebal, maka aku sangat gemar untuk merendamkan badan aku ke dalam aliran air sungai yang sejuk dan segar. Air terjun Sungai Bill ni dah lama aku dengar kewujudannya, adik aku yang satu masa dulu sekolah kat PSAS tu la yang bagitau. So on one fine day, aku pun mengajakla bebudak rumah aku untuk pergi berkubang menyejukkan badan. Kusangkakan dekat dengan pekan Tanjung Malim tu rupanya berbatu batu jauhnya kedalam ladang2. Aku maam biasala kalau gerak berjalan suka keluar awal2 jadi bolehla booking spot yang best kat situ nanti kunun kununnya. sampai2 memang cun punya timing dalam kul 10.00 macam tu rasanya n nasib baiklah tak ramai orang masa tu so dapat gak la tempat yang best kat bhgn hulu skali yang boleh dimandi. Sungai Bill keseluruhannya biasa2 je la kalau nak buat mandi sejuk2, tapi diingatkan kat sini macam selalu je berlaku kejadian air runtuh tu. kalau datang sini kena ber AWAS la ye.


kawasan mandi manda kat sungai bill, tanjung malim. Banyak kawasan yang boleh digunakan untuk mandi, airnya jernih dan takde la dalam sangat serta mempunyai batu batuan yang banyak.




Cer cube tengok batu kat dalam gambar kat atas tu, kedudukannya yang terpacak menimbulkan rasa misteri dihati kami, berusaha dari jauh tgk dengan teliti kalau2 ada bahan menyokongnya untuk terpacak. ada tiga empat bijik gakla batu berposisi begitu, masa memula masuk air terpikir gak camana kalau tempat tu tempat Maya Karin bermain main.

bila penat menjadi kerbau yang berkubang, makanya perut pun mula berkriuk kriuk minta diisi. menurut rancangan asalnya konon kononnya skali lagi nak memasak bihun gorengla sebelum bergerak, rupanya itu hanya ilusi sahaja. bagi memenuhi kehendak perut kosong yang mintak diisi aku n the gang pun bergerak lah keluar dari kawasan rekreasi sg bill menuju ke pekan Tanjung Malim untuk menikmati makan tengahari dah kot masa tu. Selama ini aku hanya berlintas langsung je depan Yik Mun tu, tak cukup tabah nak gi makan kat sana, walau ramai yg cakap pau nya sedap. tengahari tu ala ala pecah gelanggang aku menapak ke dalam kedai pau tu, kedainya bersih n pekerja ramai islam analisis pertama aku. dah masuk Yik Mun mestila cuba pau dia kan, aku ingatkan kedai ni jual pau je rupanya dia ada macam2 makanan panas lain..so aku try mee kari dia n kawan2 aku order yg lain lain tak ingat dah aku. rasanya sedap la makanan kat kedai ni, n harganya takdelah menjengkelkan sangat kan. so there is our lunch, tgh makan-makan ujan plak turun..so bertumpang teduh la kejap dalam tu. kengkawan ajak masuk UPSI lak.

Pau Yik Mun adalah merupakan pau yang popular di Tanjung Malim ini, walaupun namanya Yik Mun namun insyaALLAH pau nya halal sebab ada chop halal JAKIM dan juga pekerjanya boleh dikatakan ramai adalah orang melayu.

lepas ujan mula berhenti kami pun meneruskan perjalanan masuk ke dalam UPSI, masa masuk buat muka confident je berlagak macam student U tu. nasib baikla masing-masing muka belia remaja lagi, so pak gad pun takde la was-was gamaknya. Abis satu UPSI tu kami pusing2 siap pergi bergambar sakan kat ada satu kawasan tu diorang letak banyak arca macam2 bentuk n rupa ada kat situ, ad agak yang macam mata dlm cerita LOTR tu haha..the eye katanya. disebabkan kami ni adalah budak2 berbackgroundkan sains makanya terhasillah bermacam pemahaman sesat mengenai maksud arca-arca tersebut. huhuhu... untuk lebih merasakan perasaan dan lagak sebagai student UPSI kami siap bergambar2 didepan bangunan Suluh Budiman lagi. kat dalam pagar U ni ada kedai yang menyediakan berger kukus n air lemonade yang enak.


bertiga diatas adalah penceroboh- penceroboh yang mempunyai perasaan seperti student UPSI

p/s: term air runtuh tu aku buat sendiri nak menceritakan sebenarnya keadaan air yang tetiba naik secara mendadak dan laju..salah satu tanda awal akan berlakunya air runtuh ni adalah munculnya pusaran daun daun lama dari bahagian bawah air.

Tuesday, March 1, 2011

End of season...


Gambar penghias blog diatas mempamerkan Halim yang tengah gigih mengkopak durian dan ditunggu dengan tabah oleh faiez n aku (xde dlm gambar). aku bukan taknak tolong kopak tapi secara jujurnya mengaku memang aku tak berapa terer nak bukak buah durian tanpa kelengkapan lengkap. so thanks to halim sebab dia dengan setianya menjadi pengkopak durian dan sebagai tanda terima kasih kali ni gambar dia aku letak sebagai pembuka story...

kali ni aku nak berblog pasal musim durian yang melanda daerah tempat tinggal aku dikebelakangan 2 bulan ini, yang aku tau berdasarkan pengalaman lalu, musim durian ada 3 peringkat; memula dia luruh sikit2 - buang buruk katanya pastu jatuh dengan jayanya dan meriah - masa gegak namanya dan lastly yang last2 ni buahnya dah sikit balik dipanggil sebagai buah batu. makanya nasihat bijak membeli durian dr aku adalah: masa yang terbaik kalau nak cari buah durian adalah masa dia tengah2 musim masa tu kononnya buah durian berada dalam kondisi yang terbaik isi yang kuning dan gebu. manakala diwaktu awal kejatuhannya kebanyakannya adalah mangkor(isi keras/muda) ataupun banyak yang rosak, dan diakhir kejatuhannya plak isinya kurang sedap n banyak biji berlapis kata sesetengah pihak profesional. teknik nak tau durian tu masak ke tak pun ada banyak; leh bau, campak n garu dia.
Durian ni plak ada macam2 rasanya..ada yang lemak manis, ada yang pahit ada yang bergas tinggi dan ada juga yang manis secukup rasa, ada yang kuning..ada yang putih..ada yang oren..ada yang lembik..ada yang keras..kat kebun aku boleh dikatakan every pokok ada namanya yang tersendiri ada durian mak.. tok.. hijau.. besor.. kucing tidur.. tepi sempadan.. jantung.. de.. terung.. doremon.. changkat.. patah.. kalau dulu2 setiap adik beradik aku ada pokok durian sendiri but skang ni yang tinggal durian kak jah ngan ju je yang lain semua dah kena tebang demi penanaman sawit, termasukla pokok aku.. dalam banyak2 durian ni pada aku yang paling sedap adalah durian besor sebab buahnya besar n tak tebal tak nipis isinya dan rasanya sedap2 je tak banyak gas tak manis leting..sedang2, wasatiah je duriannya hehe..kalau durian mak plak isinya putih je tapi sedap buahnya rasa lemak manis n ada rasa mcm susu sikit2..pun kire mcm buah peberet la jugak, tp aku sebenarnya bukanla pemakan tegar sangat durian ni..so dalam banyak2 pokok tu aku makan yang terpilih je..yang padanya sesuai dengan naluri kedurianan aku ni.mengikut kajian an hipotesis aku yang belum terbukti sangat semakin hijau kulit durian semakin kuning/oren warna isinya..makanya kepada sesiapa yang memakan durian memandang kepada warna isinya silalah buat pilihan bijak ye
sempena musim durian 2011 ni jugak la aku akhirnya berjaya mengqabulkan harapan beberapa orang kawan aku yang nak merasa makan durian kat tempat aku ni. , bak kata Halim dia tunggu dah 4 tahun baru aku terajak ke kebun durian bapak aku ni "sometimes it wasn't me yang tak nak ajak but becoz of the time restriction sedar2 musim dah habis", Kepada yang tak terjemput tu mintak maaf la ye kiranya macam aku terlepas pandang la tu, then masa tu hanya boleh bawak cerita n share gambor je la..nak suapkan buah duriannya dah nan ado. tapi alhamdulillah tahun dapat gak la kawan2 merasa pengalaman mengutip sendiri buah durian yang segar baru gugur dari dedahannya. Anyway kalau ada rezeki tahun depan boleh ajak lagi, hopefully mana yang tak dapat join tahun ni leh la join sizen akan datang plak, tapi itu pun kalau aku tak pura2 bz la masa tu haha.


kalau tengok gambar kat atas tu, buah yang atas skali tu namanya durian hijo sedap buahnya walau kecik, isi bukan warna oren lagi..sebelah kanan warna kuning tu durian terung dan yang besar tu durian besor rasanya...sebelah kiri skali durian tepi sempadan
masa sekarang ini musim durian tempat aku dah sampai sizen buah batu dah, so rasanya mana buah yang sampai kat KL tu pun rasanya dah bukan buah yang tip top so tapi tak tau la kalau ada buah dari kawasan lain. so bersama dengan ini juga aku announcekan bahawa produksi durian di kebun pak salleh yang terletak di daerah sungai manik telahpun sampai ke penghujungnya, so jangan ada yang gedik2 tanya nak makan2 durian lagi aku sekeh kan skali kang. kalau ada rezeki tahun depan aku war-war kan lagi...
ermmm terpikir kalau buat projek homestay bagi tunggu durian siap bermalam kat pondok tak berdinding(rujuk gambar1) tu agak2 ada yang nak tak?..
yang gambor manggis ni plak saja nak maklumkan bahawa buah manggis musimnya adalah hampir serentak ngan buah durian tapi kali ni mcm takde plak aku nampak orang jual buah manggis takde yang menjadi kot tahun ni..sebab manggis aku ni pun cantik buat ambik gambor je haha isi dalam rusak n dah la tu buahnya yang dekat pokok pun macam segan segan je nak tumbuh maka utk musim kali ni takde banyak sangat buahnya..kali ni aku dapat makan 3biji je agaknya buah manggis walaupun pokok ada 6 pokok huhu, dengan bangganya nak announce aku ada pokok manggis atas nama aku sendiri, tapi buahnya tak dapat tahun ni sebab kena berlumba ngan tupai nak rebut buahnya yang sebijik da je tu haha.
lepas musim durian n manggis herecome musim rambutan n cempedak. lalu bawah pokok cempedak wangi je bau buah cempedak tu lalu dekat pokok rambutan dari jauh dah nampak pokoknya bersulam merah buahnya. pasni kerja menggoreng cempedak la plak, ohhh ye tahun ni jugak aku jumpa satu pokok koko yang berbuah sebiji je tp tak sempat nak merasa sebab koko tu dah ditebuk tupai, lama sungguh dah aku tak makan koko...

Tuesday, August 10, 2010

Nasi Goreng Ikan Masin dengan Ikan Cencaru Bakar

hehe..mmg jarang orang makan macam tu kan tapi itula menu kami sempena menyambut ramadhan kali ini hoho bukan menu utk berbuka ye, tp menu nasi goreng ikan masin yang homemade prepared by our chef of the day: En. Fakry tapi bakat beliau tidak dibenarkan diserlahkan melalui gambar yang aku snap so korang leh bayangkan je la ye dia tgh memasak haha...dengan gigihnya menggunakan lesung menyediakan rencah untuk nasi goreng ikan masin talang yang dibeli kat carrefour sri petaling.dan aku lak chef assistant yang memerap dan membakar ikan menggunakan perencah ikan bakar Mak Siti hoho mudah dan tangkas langkah kerja ku...n Mr Shahrizan lak bertanggungjawab untuk menyediakan breakfast kami pagi tu siap air karot susu ngan roti telur ye..sungguh mengancam menu haritu, sebabnya petang semua terkulai layu je meroloh.

lepas ni no more cooking makan2 tghari selama sebulan sempena bulan Ramadhan yang amat berkat. dan itulah kali pertamanya kami memakan makanan yang disediakan oleh Shahrizan ye. enak juga rasanya. tapi sorry gambor tak sempat nak ambik sbb lupa so aku tunjukkan gambor menu tengahari je la ye.

Saturday, August 7, 2010

jalil jalan jalan ke Australia part 2

Ini sambungan pasal lawatan aku ke Australia dulu ye, Amaran kepada pembaca bahawa mmg kisah lawatan ini sangat tak menurut sequence nya kata omputih sebab aku update ikut suka aku nak update apa dan apa yang terlintas kat pkiran aku masa ni je. gambar yang kat bawah ni adalah gambor secara menyeluruh untuk bandar perth australia yang disnap semasa atas jake cruise iaitu cruise yang bawak kami naik cruise dari bell tower <--taksilap aku nama dia ke Fremantle <--lenkali punya cerita. naik cruise ni maha jugak la dan perjalanan dia makan masa dalam dekat 3 jam jugak rasanya. suka tengok skyline <--ayat maju kali ini bandar perth ni sebab nampak macam harmoni je daripada pandangan tasik tak silap aku, ke sungai, ntahla..satu perkara aku nak bagitau kat Australia ni aku rasa air paip dia pun macam payau gak [anda semua tahu apa itu payau?] ala rasa macam air mineral tu huhu sebab benua ini terdiri dari seketul pulau dan diorang banyak gunakan air bawah tanah untuk kegunaan seharian therefore sbb air yang digunakan berasaskan daripada air laut yang masin makanya apabila ditapis secara semulajadi dan dirasa menggunakan lidah serasa airnya payau..ala macam rasa air mineral tu. bayangkan tengah mandi tetiba terminum air mineral hahaha <--wahhh very informative post kali ini.
Bawah daripada urbanscape perth tu plak adalah pemandangan teluk laut dekat dengan tempat aku makan caramel yang enak tu...dan juga tempat yang banyak lalat halus yang mcm selalu urung kerbau/lembu tu tetiba masa kat sini serasa diri seperti busuk huhu...tapi dekat sini punya laut kami tgk dari jarak jauh je sbb masa tu sangat bergaya pakai kasut so malas nak gi pijak pasir laut yang halus tu nanti kotor van pelancong tu kesian dia haha..baik sungguh hati rakyat malaysia ini...so kami pergi bermain pantai cottesloe ke cottestoe ke huhu ntah mana satu nama dia. errmmm lanscpae kat pantai kat australia ni agaknya mmg takde pokok kelapa, pantainya berlandscapekan lalang lalang layu ke mmg lalalang tu kaler coklat ntah..lupa nak siasat.
Yang kat bawah ni pulak adalah pemandangan biasa atau lanskap hutan biasa kat kawasan ini certain tu macam gurun rumput renek je kekadang macam kawasan padang lalang yang kena sembur gramoxone je sbb kaler kuning part2 keciknya nampak la ladang anggur sepanjang perjalanan kami nak pergi melawat the famous pinnacle desert yang dipercayai kununnya adalah merupakan kawasan hutan banat suatu masa dahulu kala yang kemudiannya tertimbus dan kini telah muncul semula...lebih kurang la sinopsis tourist guide tu bagi kat aku..

kat atas ni plak adalah gambar bandar perth waktu malam daripada kingston park tak silap aku satu kawasan taman/ hutan simpan yang terletak diatas bukit yang kekononnya ada kanopi walk tapi kami tak sempat naik, suhu disini pada waktu malam ini adalah sangat sejuk menyebabkan beberapa percubaan untuk mengambil gambar yang berobjek hidup gagal sbb takleh nak stay still sebab kena menggigilkan badan sebab kesejukan <--huh cukup terang tak pernjelasan aku ni...so walau ada gambar aku airid n nora kat sini tapi takleh nak dipublished sbb takut anak2 kecil akan mengigau diwaktu malam...haha, sbb kami kelihatan seperti makhluk aneh..huhu..

ok cukup untuk kali ini ye..aku nak gi beli tiket wayang tgk The LAst AirBender ni...chau chee chau <--jangan update se-line je bak kata kak eija..(oooppppsss pekup mulot)