Ini adalah pos untuk anak sedara aku yang terlatest sekali untuk masa ini, gambar dibawah ini adalah wajah beliau yang gebok bersama emaknya. beliau ini adalah sangat gebok dimana baru berusia dua bulan namun jisimnya adalah hampir sama sekampit beras 10kg. nama beliau rasanya adalah Mohd Irfan Faiz bin Abdul Rahim.

sebut nama dia aku teringat kat iklan jalan raya yang nama saya irfan, umor 7 tahun....(ingat tak iklan tu?). so alkisahnya bermula disini, abang aku pada sabtu malam ahad yang lepas kami telah mengadakan sedikit majlis jamuan akikah dan juga marhaban untuk ahli keluarga baru ini. seekor kambing telah tewas didalam perjuangan dan dijadikan gulai kurma yang enakkkkkkk...dan juga sepahanya telah saya panggang sehingga hangus sebab tak mau lembut2 hahaha....


walaupun aku telah tersleep tengahari tu aku juga telah berjasa untuk menjadikan majlis pada hari itu bertambah bergemerlapan dengan mewujudkan boyan (buaian) yang berseri-seri dan memancar-mancar serinya. sib baik dalam gambar cantik belaka walau pada pembikinannya aku merasakan sedang membuat buaian berkonsep kurita belantara huhu....oohhh mae juga telah menabur benih jasa dalam projek boyan ini, habisla segala bunga plastik kat rumah kami gunakan termasuk yang telah dimasukkan dalam simpanan arkib negara.

selepas semayang maghrib kami sekali lagi disibukkan dengan upacara mengeset tempat jamuan para tetamu, terima kasih bebanyak kepada kanak - kanak masyarakat kampung yang telah berjerih perih membantu dalam menjayakan majlis ini...tidak lupa juga kepada cik ani dan cik ros yang telah bersama-sama dalam menjayakan majlis ini semenjak siang lagi...thanks a lot kata orang putihnya...

MEDANG...kata jawa untuk makan, so seterusnya ketibaan orang surau selepas semayang isyak yang sedikit demi sedikit telah menyebabkan ruang tamu hadapan rumah dipenuhi tetamu..ooo kami sangat terharu dengan sokongan padu penduduk setempat tersebut.

No comments:
Post a Comment