Thursday, October 14, 2010

Konvo UPM

assalamualaikum....
Dah lama gile rasanya tak mengupdate blog huhu.aku pun tak tau la kenapa. Nak katakan aku ni tgh bizi takde la sangat rasanya just selalu je bukak baca blog2 lain tapi malas sungguh rasa nak update blog sendiri makanya jadilah macam cerita raya aku yang tersangkut sampai sekarang ni.. janji palsunya konon nak sambung cerita rupanya gambor je la yang melekat kat situ.
kali ini aku nak cerita plak pasal konvokesyen adik aku kat UPM ari isnin aritu, adik aku yang no 8 ni konvo bachelor ekonomi kat desan kesenian dan kebudayaan sultan salahuddin rasanya nama dia aku tak ingat sangat dah. bertolak dari rumah adik aku kat Puchong dlm kul 730 macam tu la, mak apak ngan adik aku yang nak konvo tu sebelum kul 7 lagi dah keluarnya sebab takut jem dan menyebabkan my parent kena jalan jauh so better keluar awal sekaligus dapat mengelakkan kelewatan. lepas adik aku dah masuk tu ramai gak aku nampak yang masih duk kat luar lagi, terlambat sampai itulah bahananya sampai lambat ada yang dah macam nyaris nak nangis, but to my suprise leh kata semua yang lambat tu gegirl ye selalunya diorang ni yang punctual.
rupenya kat UP ni kalau konvo tempat makannya jauh kemain letaknya gi letak kat bukit ekspo yang letaknya dah dekat ujung negeri dah, kedai yang ada kat dewan konvo tu kedai bunga je. so untuk merasai kenikmatan berkonvo aku ngan adik ngan abang gigih jugakla gi tapak konvo diorang rupanya agak sedih jugak ye, mungkin sebab datang awal sangat kot, so ekspo nya tak mula pun lagi...pengajarannya aku nak mencadangkan supaya lepas ni UPM kosongkan kawasan letak kereta sebelah dewan untuk meletakkan kawasan gerai semata2 untuk pesta konvo, so takde la orang yang datang meraikan ahli keluarga mereka berkonvo terkedang je tengah-tengah panas kat luar dewan tu, at least ada jugakla aktiviti mencuci mata yang boleh dilakukan sambil melakukan sedikit urusniaga jual beli.. hoho..

lambat update cerita ni sebab mulanya aku berangan nak buat tayangan guna flash video tapi hasilnya aku tak leh nak uploadkan video yang telah siap dibikin ke dalam blog aku ini. makanya aku terpaksa upload gambar ni sedikit demi sedikit dan diatur dan diskalakan di dalam skala kecil untuk memaintainkan kekiutan blog aku ini. kalau nak tengok gambar dalam skala besar sila kelik kalau mau la dia jadi besar sebab kekadang tak jadi. kalau nampak gambar macam syok sendiri itu sila jangan jeles ye.
so sehingga aku menulis lagi XOXOXO

2 comments:

kecopong said...

jalil, bila nk ajar kakct mengecikkan gmbr agar nmpk kiut je dlm blog?

jalilsalleh said...

hahaha kekdahnya masa nak upload gambar tu pilih la image size small tu..