Wednesday, March 23, 2011

Buku Jingga, Kereta Berkilat dan Budak Takde Perasaan

Aye aye readers digest sekalian, Cerita kali ni pasal Buku Jingga, kereta berkilat dan budak takde perasaan. semalam result spm keluar. berminggu sebelum tu dah dengar khabar kata 23 mac 2011 result nak keluar. ate disebabkan dah memang spesis kami ni kurang sikit tengok berita n baca paper makanya malam sebelum result tu keluar adik aku yang tengah tunggu result gusar dibuatnya. tunggu berita dari kul 8.00mlm sampai kul 9.00mlm dari pengacara cakap assalamualaikum sampai ke belakon bersembang-sembang, takde jugak buat berita kata result SPM keluar esok. ini semua gara-gara buku jingga dan kes anwar ibrahim la kata adik aku. belek plak the Star pun takde cerita yang dicari, "hah!! sudah betul ke idak result keluar esok ni?" kata plak bapak aku. Sebagai masyarakat yang bertamadun dan berteknologi tinggi pergila pulak tengok kat internet plak. Tetap check bukan sebarang check, pergi check kat laman sosial FB bukannya nak gi tengok kat web KPM nih haha maklumla zaman FB kan. Nasib baik tak pandai bertwitter jugak. kot tak terasa amat maju sekali diri ini haha..


Keesokan paginya bertemankan chirp chirp sang burung dan cahaya matahari yang ceria bersama angin yang sepoi sepoi bahasa tengok kat MHI plak kalau2 ada cerita pasal result SPM. Nasib baikla topik result SPM ni ada dibincangkan, so comfirm la result dia keluar arini. Cadangan asal perjalanan nak gi ambik result tu nak singgah ambik kad kamera dulu dr akak kat sri iskandar kendian baru ke SBPI Gopeng tu supaya kononnya anon boleh berleluasa bergambar. Sebelum keluar dari rumah walau jam dah menunjukkan jam 8.15 pagi anon masih mampu membasuh kereta wira bersih berkilat. nanti takdelah orang tanya kereta siapa yang berhabuk sangat tu kata dia. merujuk kepada cadangan awalnya aku ngan anon je nak gi, tetiba apak kata nak join so bersiap siaplah kami, bila dah bersiap n bersedia nak bergerak tu nampak mak pun terbersiap jugak. jadi berempatlah kami pergi mengambil result si Shahnon ni tadi, meriah ok. Kereta dah berkilat, baju dah iron, kasut 2 pasang dah ready kami pun bergerak keluar dengan hati anon mak n apak yang berdegup kencang...lub dub lub dub lub dub bunyi jantung anon...<--bunyi jantung yang sebegini aku belajar masa kelas bio KMK dulu

keluar dari rumah anon yang bawak kete, dia bawak slow sangat...duduk kat seat belakang mata dah rasa semakin kuyu, terasa romatik sangat tapi takleh nak salahkan dia sebab dia memang baru dapat lesen seminggu yang lalu disampng dia kena berhemah memandu sebab pemberi lesen utama a.k.a apak ada kat bangku sebelah penumpang sedang memerhatikan dengan mata helang..sampai kg gajah singgah isi minyak, kat stesen minyak ni la aku merampas kedudukan anon seterusnya meletakkan diri anon kat bangku penumpang sebelah sebab rasa mcm dah lambat n aku rasa mengantuk je bila dia bawak kereta. sejam perjalanan baru cover tambah tolak 30km je.

Adeh deh letih plak mengarang panjang2 tengah2 malam ni long story cut to short lepas ambik n antar barang kat akak kat UiTM tu kami menerus perjalanan ke sekolah anon ikut kg Bali>Malim Nawar>Kota Baru>SBPI Gopeng. Kol 11.20 macam tu rasanya sampai sekolah dia, masa sampai leh kata most of his friend dah sampai n dah ambik result dah. memula dia je masuk dewan ngan apak, aku gi toilet mak tidor dlm car sebab tak berapa nak sihat. tapi masa nak gi ambik result tu cikgu dia suruh panggil semua. maka aku berlari berkejaran panggil mak dalam kereta kata cikgu anon nak jumpa, muka mak sedikit berubah masa tu..keliru agaknya sebab apa cikgu nak jumpa.


semua duduk diam depan meja cikgu...cikgu pun satu, buat muka serius tak kasik can punya, kasi cuak cuak ayam kat murid dia. bukan takat anon aje berdebor aku yang tukang teman pun boleh dengar bunyi lub dub jantung aku, mak ngan apak for sure la lebih lebih lagi debarannyakan. Cikgu kelas dia pegang slip result terbalik, then senyum senyum then flip slip tu and kata tahniah Shahnon awak straight A.. ('_')'
-----------------suasana sepi agak lama---------------------
"shahnon, awak ni takde perasaan ke?" cikgu kelas dia tegur hahahahaha....emak ngan apak seronok dapat tau keputusan anon tu. lepas tu apak bangun n berdiri sambil tengok result anon sambil aku perati ada sikit2 air mata terharu apak mengalir. erkkk.....aku pun macam tersyahdu sekejap. Rasa bangga menyelimuti hati kami sekeluarga. so dikesempatan ini abang jale dari hati yang kudus dan ikhlas mengucapkan:
" Tahniah kepada anon sebab telah membanggakan keluarga kita dengan mendapatkan keputusan SPM yang sangat cemerlang. 11A dan juga telah membuat mak n apak n family terharu dengan kejayaan kamu ini dan semoga terus sukses dimasa masa mendatang"
p/s: sekiranya anon terasa nak mengganti lelah anjale mengarang karangan panjang ini ditengah malam sila membelanjakan KFC keada anjale selepas membaca post ini...hahhaha...

8 comments:

- Mimi - said...

auch, clevernyer adik ipar i..

jalilsalleh said...

haippp..u jangan nak gatal2 plak ngan adik i tu..

iSmAiL sAllEh said...

i terharu adik u pandai jalil...hak hak hak

crisda79 said...

mana citer buku jingga nya? penat aku baca. ingat nak juga tau apa citernya buku jingga tu hehe..






p/s : naper tajuk entry ko cam tajuk resepi omputeh? panjang bebeno.. semua benda nak dapat kredit hehehe..

Norah said...

tahniah kepada jalil sekeluarga...

jalilsalleh said...

Kak Ieja: hahaha buku jingga cerita buletin utama..biasaa tajuk pepanjang buat 8 entri dlm satu..tu pun letih nak tulis huhu

Nora: Thanks a lot

syntheare said...

tahniah anon *mcm kenal lama lak hehe....

shahnonsalleh said...

thanks cynthia [mcm aku anon lak] haha