salam....semua dah sedia ke nak kena tembak?
secara sejarahnya yang masih dapat dilihat kat sini adalah bukit melawati ni berfungsi sebagai pusat kawalan maritim sebab ada rumah api kat puncak di ani, tapi biasala rumah api kat malaysia ni kalau nak naik kena mintak kebenaran syahbandar la plak dulu baru dapat naik, so macam trip aku ke tanjung tuan aritu je la dapat tengok dari luar, sepesen je agaknya desain rumah api kat tanah melayu ni. selain rumah api ada jugak muzium sejarah kuala selangor dan permainan tradisional, tapi sebab tak minat sangat ngan sejarah aku pun pandang sinis je la kat muzium - muzium tu, mungkin next time kalau aku singgah lagi sini leh la masuk.
Matila intro syiok sendiri, kisah meriam, rumah api n lontong ni bermula petang semalam, bila aku menjadi azroi bermotosikal dari ibu negara ke Teluk Intan. aku menunggang motosikal dengan menggunakan jalan pantai tapi takde la nampak pun kawasan pantainya, baunya adalah. Kalau naik kereta untung lagi guna jalan ni sebab kalau ikut jalan pantai aka jalan kuala selangor-bagan datoh dapat elak tol, kalau ikut lebuhraya utara selatan nanti ada gadis manis/ jejaka tampan yang akan mengecas anda kira2 RM16.00 kalau masuk ikut Duta keluar Sungkai, jarak perjalanannya sama je lebih kurang 200km kalau ikut mana mana pun. Namun begitu au selaku seorang penunggang motosikal tegar kandungan poket aku tidak akan mengalami perbezaan yang ketara pun sebab bukan kena tol pun. selalunya kalau dari teluk intan aku akan guna lebuhraya n bila balik i prefer the old road sebab rasa macam harmoni je. jalan2 merentas kawasan sawah padi kat kuala selangor, jumpa pekan2 kecik, kot2 rasa teringin leh makan kedai nasi ambeng yang bertebaran kat sepanjang jalan, bosan2 leh singgah tgk orang mancing puyu kat tali air..kan macam harmoni je perjalanan aku tu. kalau naik hiway maknanya aku hanya mampu singgah kat RnR yang hanya ad a3-4 orang, tak terasa meriahnya..pastu pemandangan naik bukit turun bukit sawit, getah je...tak cukup harmoni. so kepada sesiapa yang merancang perjalanan ke teluk intan dan mempunyai masa perjalanan yang lama aku syorkan guna jalan pantai.
kali ini untuk menambahkan keharmonian perjalanan aku so aku singgah la kat Bukit Melawati sambil menjalankan aktiviti meregangkan bontot yang dah macam bisa2 je asyik duk atas motor. selalunya bila sampai kat depan bukit melawati tu memang aku selalu terasa nak singgah tapi asyik terlencong aje. akhirnya semalam berjaya jugak aku merealisasikan impian aku dan semalam untuk pertama kalinya aku dengan gagah berani menerobos masuk ke gerbang bukit melawati. semalam mungkin sebab bukan weekend or public holiday so kenderaan orang awam diallowkan untuk naik sampai ke atas, kalau tak bleh semalam aruih agaknya aku terlencong lagi. normally kalau datang ari minggu or cuti umum kenderaan awam tak dibenarkan naik, satu-satunya kenderaan yang dibenarkan naik adalah tram yang disediakan n rasanya akan ada charge yang dikenakan kalau nak naik event jalan kaki gamaknya. tapi semalam aku berjaya meloloskan diri naik tanpa dicharge sesen pun hehehe..sebab weekday daa. tram tu tak perasan lak aku berapa ke rege tambangnya.
ace card taman melawati dan subjek yang memang mendapat sambutan hangat kat sini adalah makhluk tuhan yang kat bawah ni, apa bendanya ni ye? Lontong ke? aku pun bukan kenal sangat apa beza beruk, lontong kera monyet ni..rasa macam semua sama je.. sebab kalau beruk biasa bulu warna cokelat tu kan, ni kaler dia kelabu2 n ekornya panjang..boleh kata 95% pelawat yang naik ke bukit melawati ni tersadai kat lereng bukit/ tepi jalan tengok keletah makhluk Allah ni. pada siapa2 yang berani bolehla membeli kacang panjang dari peniaga yang ada kat sini untuk bagi makan kat binantang tu, diorang tak agresif sangat pun, nampak mintak makanan dari yang adapun macam manja je.. cuma standardla sikap tamak dan tak cukup ngan satu, manusia pun lebih kurang je kan tamaknya hahaha matila terpedas mulut kalau untuk orang yang lebih confident tu binatang ni leh duduk makan sebelah menyebelah ngan korang dengan tenteram je takde la nampak macam diorang nak mengasari orang unless kalau kita yang kacau dia la. tapi sayangnya orang yang datang melawat kat sini tak pandai sangat nak jaga kebersihan agaknya, sebab macam plastik2 makanan, aiskrim ke apa ke..main tinggal je kat atas2 kerusi n jalan agaknya memula niat asal diorg murni kot nak tinggalkan bagi kat lotong tu tapi apa kejadahnya kalau tinggalkan kulit je ye dak? nak suruh lontong tu makan plastik ke?? so nasihat i kepada pelawat yang datang sini please la pikior jauh sikit ye, dah tau binantang ni ada kat sini instead of buang sampah atas jalan or atas bangku better le letakkan kat tempat yang dah disediakan but lebih best lagi kalau sampah2 tak pakai tu semua simpan dulu dalam kereta sementara nak hantar kat tempat yang lebih jauh dari gangguan binatang2 ni takde la nanti kena selongkar ngan binatang2 ni.
so apa apa pun tempat ni kalau nak melawat ok la especially to those yg mmg lalu kawasan ni. untuk mengisi masa lapang waktu2 petang sambil tunggu sunset, jangan sampai tak semayang maghrib sudah..pas tengok sunset leh la mula merayap cari makanan seafood la yang banyak kat kawasan berhampiran.. also kawasan ni dekat jugak ngan kawasan kelip2 kampung kuantan/belimbing tu. selain yang i mention kat atas kat sini ada gak makam diraja n baitulhilal iaitu kawasan nak cerap anak bulan.
No comments:
Post a Comment