Tuesday, March 22, 2011

Pantai BNO [Bagan Nakhoda Omar]

salam semua...apa khabar? sihat...bagus bagus.



Memandangkan aku dah buat labels utk setiap post dan labels utk post kali ini adalah interesting places n foods, maka aku nak cerita pasal kawasan yang saudara saudari makcik pakcik abang adik boleh singgah kalau lalu kat sabak bernam suatu hari nanti. nama kawasan ni meledak sungguh ye readers semua; Pantai Bagan Nakhoda Omar gitu lokasinya plak dekat ngan sabak bernam rasanya. kalau dah lalu dekat simpang sabak bernam nanti dah boleh nampak signboard Pantai BNO, dr kuala selangor belok kiri dari teluk intan belok kanan. sejujurnya perjalanan nak sampai ke kawasan pantai BNO tu memang jauh sikit nak sampai, so jangan terasa anda tersesat kalau tak sampai2 plak nanti.

Diingatkan juga kepada readers digest blog ini semua jangan la terpedaya dengan kemeladakan nama dan juga keindahan dan keharmonian gambor akak kat atas, sebab seadanya kawasan ni bukanlah pantai berpasir putih malahan berwarna kuning keemasan pun tidak sebab ini adalah kawasan pantai yang berlumpur. well paham2 je la kat selangor ni nak mencari pantai bersih dan putih serta berair biru memangla sangat menguji, macam mencari kerang dipantai berpasir lagaknya. agak2 pulau carey tu bersih tak pantainya?? jadi semasa lawatan yang diadakan dulu aku terpaksa mengkuburkan hasrat nak bermain-main manja kat gigi air memandangkan kekelaman air yang agak hazab ketika itu. Pantai BNO ni jugak banyaknya bertempiaran kulit kerang dan haiwan bercengkerang yang lain makanya menggunakan daya kreativiti memanipulasi alam sekitar kami adik beradik hanya mampu berpose pose westlife kat tepi pantai yang sepanjang lipan bara tu aje dan merasa jugakla mem-produce gambar yang cantik lite2 macam kat atas. amaran kepada pengunjung yang dtg bergambar nanti sila jangan fokus kepada keadaan pantai n airnya kalau nak bergambar kat sini, kang tak pasal pasal kamera anda cair kesan pencemaran kat situ haha. selain itu jugak, pada pengunjung yang nak gi ke kelong yang duduknya jauh kat tengah tengah laut yang popular kat Sabak Bernam yang selalu masuk kat TV tu naik kat sini le gamaknya.

memandangkan keadaan pantai yang kurang mengghairahkan maka selepas beraksi dihadapan kamera kami pun mengalihkan perhatian deripada menjamu mata kami kepada aktiviti menjamu perut yang minta untuk diisi. hah dasar perut stoking asyik nak mengisi je kerjanya. maka kami pun menjejak langkah ke medan selera yang dekat ngan pantai tu, adala dlm 15 langkah je jaraknya. Salah satu dari keistimewaan kat sini yang menarik ramai orang ke pantai ni adalah mee udang kat medan selera ni agaknya sebab semasa aku memplace order aku usha-usha la apa orang lain makan dan boleh dikatakan hampir setiap meja mesti ada yang makan mee udang ni. so disebabkan terpengaruh dengan masyarakat sekeliling kami pun order benda yang sama ngan mee goreng. Memandangkan aku bukannya seorang pemakan mee udang yang sejati maka jangan ambik serius akan komen aku pasal mee udang ni sebab menurut rasa halwa tekak aku rasanya takdela sedap mana pun tambahan plak dengan sikap aku yang malas nak mengupas kulit udang semasa makan tu. ke-ekstravagaza-an mee udang ni mungkin terletak kepada jumlah udang yang banyak kat dalam mee tu, sebab rasanya sepinggan tu dah la kuah dia melimpah ruah dah tu koman koman pun ada la dalam 10 ekor gak udang tersadai dalam tu. itu le agaknya faktor faktor yang menyumbang kepada kepopularan mee udang dia gamaknya. tapi janganla suspect makcik tu nak bagi udang-udang yang bersaiz XXXL dalam tu sebab kalau dia bagi udang saiz betis semua mana plak dia nak cekau keuntungan kan. ABC aka AIr BAtu CAmpur kat sini memang terasa sedapnya..so kalau ada yang termelawat kesini waktu matahari tengah merembang panas leh la cuba ABC dia ni. so kalau ada kelapangan dan kesempatan leh la cuba makan kat sini, tapi kalau takat gedik2 nak turun dari KL makan ke sini aku syorkan tak payahla bersusah payah sangat ye. haha

4 comments:

syntheare said...

menarik sungguh mee udang itueww...

jalilsalleh said...

haha silalah merasaikannya, sedap la agaknya sebab ramai makan..

shahnonsalleh said...

dah lame tak makan mee udang..
tq abg jalil..

jalilsalleh said...

anjale tak suke makan mee udang..