Tuesday, March 8, 2011

apa ada kat teluk intan? 3

assalamualaikum...apa khabar semua? bajet2 intro blogger popularlah kan walau sebenarnya nan ado readersnya. cadangan awal sebenarnya nak buat blogpost apa ada ngan teluk intan ni dlama tengah bulan la kunun, tapi sebab ketandusan idea nak apdet diiringi nafsu yang meluap luap nak jugak apdet blog so aku fast forwardkan post kali ini yang berkebarangkalian akan dinaiktaraf dari masa ke semasa okay.

Kali ni ada apa plak yang ada kat teluk intan yang aku nak war-warkan kat korang ye..hah ala2 blog pemimpin rakyat kat teluk intan plak duk promosi tanpa henti hehehe...takpe2 utk kebaikan sejagat ye dak.

pemandangan rumah kedai bersenibinakan ala-ala selat ni adalah kawasan yang menjadi tumpuan peniaga-peniaga kat sekitar teluk intan. sebab kalau nak dpat stok barangan yang murah boleh dpat kat sini. ikan masin ke ikan bilis ke bawang minyak cekelat jajan n macam2 la termasuk racun rumpai n baja tumbuhan. aku panggil kawasan ni sebagai tepi sungai sebab lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sungai perak dah tu plak berdekatan jeti yg menghubungkan teluk intan ngan kawasan seberang sana sungai..hahah sebenarnya tak tau nama kawasan tu..kalau nak keseberang leh naik feri but me myself tak pernah lak ternaik bot tu ke seberang. maybe next time and blogpost aku cerita plak. satu kedai yang aku biasa pergi kat sini adalah kedai gunting rambut lama yang diusahakan oleh pakcik india, masih murah lagi charge yang dikenakan, satu kepala rm 4.50 ke 4.00 je ke tak berapa ingat..yang best last skali bila abis potong dia sapu minyak kat tengkuk n buat bunyi krup krup yang kuat kat tengkok..huh berpino jap lepas tu haha..



teluk intan was also previously popular in Malaysia as a replica city which is kat sini macam2 bentuk replika ada macam gambor kat atas tapi takdela sampai termampu agaknya MDHP dulu dulu nak buat replika macam yang buat kat China tu siap semua 7wonders of the world adakan. kat Teluk Intan ada replika buah-buahan, menara condongnya, Intan, Sampan, Meriam macam2 la. tu semua cerita dulu, skang ni kalau nak nampak replika yang tinggal kat teluk intan tu la yang aku tunjukkan kat gambar kat atas tu location betul2 depan masjid daerah simpang utama masuk pekan teluk intan tu, menara condongnya intannya semua dah hilang kemana, mungkin itu sebab minat YDP sebelum ni agaknya YDP yang baru dah tak berkenan lagi kat replika tu so diabaikan dan lama2 hilang entah kemana, tapi sepatutnya boleh la dikekalkan imej teluk intan tu..as an attraction pada tourist kan selain menara condong tu.
Tapi walaupun masa dulu takde la plak diadakan replika udang galah rasanya kat teluk intan ni, rasanya macam kawasan ni ala2 area lubuk udang galah jugaklah sebab kalau orang mancing kat gerotak lama tu aku nakpak besar2 lengan bayi jugak la udang galahnya.banyak je nelayan yang beraktiviti menangkap udang galah kat sini..pertemuan banyak sungai apa..sungai perak sungai bidor sungai suli sungai sumun..hah macam2 la namanya sungai tu. so kalau ada pegawai kat MPTI skang yang terbaca entry ini sila ambik makluman segera ye. nanti kalau aku dapat snap gambo udang galah kat gerotak tu aku selit kat sini..
menu udang galah masak rendang memang terbaikkkk, kepada siapa tak pernah try leh la cuba

No comments: