Monday, March 28, 2011

INI IKAN MALAIKAT


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

hahaha tajuk tak hengat punya nih, nak yg propaganda lebih je.. walaupun sebenarnya aku takde nak cerita apa pun kali ni, just nak share video angel fish yang dulunya terpelihara dalam akuarium kat rumah aku ni. masa tengah tengok TV aritu tetiba terperasan plak ikan2 ni sibuk berkissing kissing chup chup dalam akuarium tu ritual mengawan agaknya, tapi macam gaduh pun ada. Tapi gaduh2 manja la, main gigit2 bibir aucchhh..haha enjoy...


Wednesday, March 23, 2011

Buku Jingga, Kereta Berkilat dan Budak Takde Perasaan

Aye aye readers digest sekalian, Cerita kali ni pasal Buku Jingga, kereta berkilat dan budak takde perasaan. semalam result spm keluar. berminggu sebelum tu dah dengar khabar kata 23 mac 2011 result nak keluar. ate disebabkan dah memang spesis kami ni kurang sikit tengok berita n baca paper makanya malam sebelum result tu keluar adik aku yang tengah tunggu result gusar dibuatnya. tunggu berita dari kul 8.00mlm sampai kul 9.00mlm dari pengacara cakap assalamualaikum sampai ke belakon bersembang-sembang, takde jugak buat berita kata result SPM keluar esok. ini semua gara-gara buku jingga dan kes anwar ibrahim la kata adik aku. belek plak the Star pun takde cerita yang dicari, "hah!! sudah betul ke idak result keluar esok ni?" kata plak bapak aku. Sebagai masyarakat yang bertamadun dan berteknologi tinggi pergila pulak tengok kat internet plak. Tetap check bukan sebarang check, pergi check kat laman sosial FB bukannya nak gi tengok kat web KPM nih haha maklumla zaman FB kan. Nasib baik tak pandai bertwitter jugak. kot tak terasa amat maju sekali diri ini haha..


Keesokan paginya bertemankan chirp chirp sang burung dan cahaya matahari yang ceria bersama angin yang sepoi sepoi bahasa tengok kat MHI plak kalau2 ada cerita pasal result SPM. Nasib baikla topik result SPM ni ada dibincangkan, so comfirm la result dia keluar arini. Cadangan asal perjalanan nak gi ambik result tu nak singgah ambik kad kamera dulu dr akak kat sri iskandar kendian baru ke SBPI Gopeng tu supaya kononnya anon boleh berleluasa bergambar. Sebelum keluar dari rumah walau jam dah menunjukkan jam 8.15 pagi anon masih mampu membasuh kereta wira bersih berkilat. nanti takdelah orang tanya kereta siapa yang berhabuk sangat tu kata dia. merujuk kepada cadangan awalnya aku ngan anon je nak gi, tetiba apak kata nak join so bersiap siaplah kami, bila dah bersiap n bersedia nak bergerak tu nampak mak pun terbersiap jugak. jadi berempatlah kami pergi mengambil result si Shahnon ni tadi, meriah ok. Kereta dah berkilat, baju dah iron, kasut 2 pasang dah ready kami pun bergerak keluar dengan hati anon mak n apak yang berdegup kencang...lub dub lub dub lub dub bunyi jantung anon...<--bunyi jantung yang sebegini aku belajar masa kelas bio KMK dulu

keluar dari rumah anon yang bawak kete, dia bawak slow sangat...duduk kat seat belakang mata dah rasa semakin kuyu, terasa romatik sangat tapi takleh nak salahkan dia sebab dia memang baru dapat lesen seminggu yang lalu disampng dia kena berhemah memandu sebab pemberi lesen utama a.k.a apak ada kat bangku sebelah penumpang sedang memerhatikan dengan mata helang..sampai kg gajah singgah isi minyak, kat stesen minyak ni la aku merampas kedudukan anon seterusnya meletakkan diri anon kat bangku penumpang sebelah sebab rasa mcm dah lambat n aku rasa mengantuk je bila dia bawak kereta. sejam perjalanan baru cover tambah tolak 30km je.

Adeh deh letih plak mengarang panjang2 tengah2 malam ni long story cut to short lepas ambik n antar barang kat akak kat UiTM tu kami menerus perjalanan ke sekolah anon ikut kg Bali>Malim Nawar>Kota Baru>SBPI Gopeng. Kol 11.20 macam tu rasanya sampai sekolah dia, masa sampai leh kata most of his friend dah sampai n dah ambik result dah. memula dia je masuk dewan ngan apak, aku gi toilet mak tidor dlm car sebab tak berapa nak sihat. tapi masa nak gi ambik result tu cikgu dia suruh panggil semua. maka aku berlari berkejaran panggil mak dalam kereta kata cikgu anon nak jumpa, muka mak sedikit berubah masa tu..keliru agaknya sebab apa cikgu nak jumpa.


semua duduk diam depan meja cikgu...cikgu pun satu, buat muka serius tak kasik can punya, kasi cuak cuak ayam kat murid dia. bukan takat anon aje berdebor aku yang tukang teman pun boleh dengar bunyi lub dub jantung aku, mak ngan apak for sure la lebih lebih lagi debarannyakan. Cikgu kelas dia pegang slip result terbalik, then senyum senyum then flip slip tu and kata tahniah Shahnon awak straight A.. ('_')'
-----------------suasana sepi agak lama---------------------
"shahnon, awak ni takde perasaan ke?" cikgu kelas dia tegur hahahahaha....emak ngan apak seronok dapat tau keputusan anon tu. lepas tu apak bangun n berdiri sambil tengok result anon sambil aku perati ada sikit2 air mata terharu apak mengalir. erkkk.....aku pun macam tersyahdu sekejap. Rasa bangga menyelimuti hati kami sekeluarga. so dikesempatan ini abang jale dari hati yang kudus dan ikhlas mengucapkan:
" Tahniah kepada anon sebab telah membanggakan keluarga kita dengan mendapatkan keputusan SPM yang sangat cemerlang. 11A dan juga telah membuat mak n apak n family terharu dengan kejayaan kamu ini dan semoga terus sukses dimasa masa mendatang"
p/s: sekiranya anon terasa nak mengganti lelah anjale mengarang karangan panjang ini ditengah malam sila membelanjakan KFC keada anjale selepas membaca post ini...hahhaha...

Tuesday, March 22, 2011

Pantai BNO [Bagan Nakhoda Omar]

salam semua...apa khabar? sihat...bagus bagus.



Memandangkan aku dah buat labels utk setiap post dan labels utk post kali ini adalah interesting places n foods, maka aku nak cerita pasal kawasan yang saudara saudari makcik pakcik abang adik boleh singgah kalau lalu kat sabak bernam suatu hari nanti. nama kawasan ni meledak sungguh ye readers semua; Pantai Bagan Nakhoda Omar gitu lokasinya plak dekat ngan sabak bernam rasanya. kalau dah lalu dekat simpang sabak bernam nanti dah boleh nampak signboard Pantai BNO, dr kuala selangor belok kiri dari teluk intan belok kanan. sejujurnya perjalanan nak sampai ke kawasan pantai BNO tu memang jauh sikit nak sampai, so jangan terasa anda tersesat kalau tak sampai2 plak nanti.

Diingatkan juga kepada readers digest blog ini semua jangan la terpedaya dengan kemeladakan nama dan juga keindahan dan keharmonian gambor akak kat atas, sebab seadanya kawasan ni bukanlah pantai berpasir putih malahan berwarna kuning keemasan pun tidak sebab ini adalah kawasan pantai yang berlumpur. well paham2 je la kat selangor ni nak mencari pantai bersih dan putih serta berair biru memangla sangat menguji, macam mencari kerang dipantai berpasir lagaknya. agak2 pulau carey tu bersih tak pantainya?? jadi semasa lawatan yang diadakan dulu aku terpaksa mengkuburkan hasrat nak bermain-main manja kat gigi air memandangkan kekelaman air yang agak hazab ketika itu. Pantai BNO ni jugak banyaknya bertempiaran kulit kerang dan haiwan bercengkerang yang lain makanya menggunakan daya kreativiti memanipulasi alam sekitar kami adik beradik hanya mampu berpose pose westlife kat tepi pantai yang sepanjang lipan bara tu aje dan merasa jugakla mem-produce gambar yang cantik lite2 macam kat atas. amaran kepada pengunjung yang dtg bergambar nanti sila jangan fokus kepada keadaan pantai n airnya kalau nak bergambar kat sini, kang tak pasal pasal kamera anda cair kesan pencemaran kat situ haha. selain itu jugak, pada pengunjung yang nak gi ke kelong yang duduknya jauh kat tengah tengah laut yang popular kat Sabak Bernam yang selalu masuk kat TV tu naik kat sini le gamaknya.

memandangkan keadaan pantai yang kurang mengghairahkan maka selepas beraksi dihadapan kamera kami pun mengalihkan perhatian deripada menjamu mata kami kepada aktiviti menjamu perut yang minta untuk diisi. hah dasar perut stoking asyik nak mengisi je kerjanya. maka kami pun menjejak langkah ke medan selera yang dekat ngan pantai tu, adala dlm 15 langkah je jaraknya. Salah satu dari keistimewaan kat sini yang menarik ramai orang ke pantai ni adalah mee udang kat medan selera ni agaknya sebab semasa aku memplace order aku usha-usha la apa orang lain makan dan boleh dikatakan hampir setiap meja mesti ada yang makan mee udang ni. so disebabkan terpengaruh dengan masyarakat sekeliling kami pun order benda yang sama ngan mee goreng. Memandangkan aku bukannya seorang pemakan mee udang yang sejati maka jangan ambik serius akan komen aku pasal mee udang ni sebab menurut rasa halwa tekak aku rasanya takdela sedap mana pun tambahan plak dengan sikap aku yang malas nak mengupas kulit udang semasa makan tu. ke-ekstravagaza-an mee udang ni mungkin terletak kepada jumlah udang yang banyak kat dalam mee tu, sebab rasanya sepinggan tu dah la kuah dia melimpah ruah dah tu koman koman pun ada la dalam 10 ekor gak udang tersadai dalam tu. itu le agaknya faktor faktor yang menyumbang kepada kepopularan mee udang dia gamaknya. tapi janganla suspect makcik tu nak bagi udang-udang yang bersaiz XXXL dalam tu sebab kalau dia bagi udang saiz betis semua mana plak dia nak cekau keuntungan kan. ABC aka AIr BAtu CAmpur kat sini memang terasa sedapnya..so kalau ada yang termelawat kesini waktu matahari tengah merembang panas leh la cuba ABC dia ni. so kalau ada kelapangan dan kesempatan leh la cuba makan kat sini, tapi kalau takat gedik2 nak turun dari KL makan ke sini aku syorkan tak payahla bersusah payah sangat ye. haha

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

pada masa hari ia keluar aku ngan shah pergi tengok cerita Merong Mahawangsa kat Cheras Leisure Mall. masa aku pergi tu dalam bilik wayangtu adala kurang dari seploh orang n yang seronoknya rasa aritu adalahtiket harga RM7.00 je, rasa macam kagum je hehe...jimat duit aku.
pada aku cerita ini okla untuk sebuah filem buatan Malaysia and tetap ada rasa terharu especially bila dengar dia punya sound yang diorkestrakan oleh DFO memang mengancam sehingga menusuk ulu kalbu rasanya. jalan cerita mengikut komen kata my housemate tu okla boleh faham dan menarik cara pengolahannya. cuma sedikit komen membina disini mungkin kalau ada la yang akan akan datng, kalau ada la boleh la cuba dibuat dalam keadaan yang terang dan berwarna sikit..ini macam kesan birunya banyak sangatla rasa malam, mungkin tu kaedah nak hide sikit2 perincian yang kurang sempurna gamaknya.rasa kalau leh buat imej mcm LOTR tu dah gah dah tu...hahaha matila nak standard omputih aje
all in boleh kata okla ceritanya best..takde la macam mengalami kemurungan sebab melakukan pembaziran lepas tengok cerita tu..
p/s: aku suka skali watak ying ying seswai dimasukkan sebab nak menceriakan suasana.

Saturday, March 19, 2011

its my moms' birthday

assalamualaikum dan holla my anmour kepada pen-digest2 blog ini.

Dikesempatan dan peluang aku mempunyai blog ini aku nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke 57 kepada mak yang terbaekkk. actually birthday mak aku adalah semalam equal to 18 march....there are no best prize we can offer her as she is actually very shy2 person and don't like to talk much abour her birthday and won't accept any. but as hard headed we are and as momento for the birthday we bought her a new "keri" which belong to her has long gone.
God madeawonderful mother
a mother who doesn't grow old
God made her a smile of sunshine
and a heart of pure gold
in her cheek he place fair roses
in her eyes, the star shine
God made a wonderful mother
and that wonderful mother is mine

Thanks to TV3 because had shared our family photo during the WHI for 2 second, hehehe macam tau tau je birthday mak aku aritu. herealso i want to wish Happy Birthday to my eldest brother as his birthday is actually as the same date as mak 18.03. tak berapa nak ingat tahunnya hehee..well i'm from big happy family

Wednesday, March 16, 2011

::meriam::rumah api::lontong::

salam....semua dah sedia ke nak kena tembak?
Matila intro syiok sendiri, kisah meriam, rumah api n lontong ni bermula petang semalam, bila aku menjadi azroi bermotosikal dari ibu negara ke Teluk Intan. aku menunggang motosikal dengan menggunakan jalan pantai tapi takde la nampak pun kawasan pantainya, baunya adalah. Kalau naik kereta untung lagi guna jalan ni sebab kalau ikut jalan pantai aka jalan kuala selangor-bagan datoh dapat elak tol, kalau ikut lebuhraya utara selatan nanti ada gadis manis/ jejaka tampan yang akan mengecas anda kira2 RM16.00 kalau masuk ikut Duta keluar Sungkai, jarak perjalanannya sama je lebih kurang 200km kalau ikut mana mana pun. Namun begitu au selaku seorang penunggang motosikal tegar kandungan poket aku tidak akan mengalami perbezaan yang ketara pun sebab bukan kena tol pun. selalunya kalau dari teluk intan aku akan guna lebuhraya n bila balik i prefer the old road sebab rasa macam harmoni je. jalan2 merentas kawasan sawah padi kat kuala selangor, jumpa pekan2 kecik, kot2 rasa teringin leh makan kedai nasi ambeng yang bertebaran kat sepanjang jalan, bosan2 leh singgah tgk orang mancing puyu kat tali air..kan macam harmoni je perjalanan aku tu. kalau naik hiway maknanya aku hanya mampu singgah kat RnR yang hanya ad a3-4 orang, tak terasa meriahnya..pastu pemandangan naik bukit turun bukit sawit, getah je...tak cukup harmoni. so kepada sesiapa yang merancang perjalanan ke teluk intan dan mempunyai masa perjalanan yang lama aku syorkan guna jalan pantai.
kali ini untuk menambahkan keharmonian perjalanan aku so aku singgah la kat Bukit Melawati sambil menjalankan aktiviti meregangkan bontot yang dah macam bisa2 je asyik duk atas motor. selalunya bila sampai kat depan bukit melawati tu memang aku selalu terasa nak singgah tapi asyik terlencong aje. akhirnya semalam berjaya jugak aku merealisasikan impian aku dan semalam untuk pertama kalinya aku dengan gagah berani menerobos masuk ke gerbang bukit melawati. semalam mungkin sebab bukan weekend or public holiday so kenderaan orang awam diallowkan untuk naik sampai ke atas, kalau tak bleh semalam aruih agaknya aku terlencong lagi. normally kalau datang ari minggu or cuti umum kenderaan awam tak dibenarkan naik, satu-satunya kenderaan yang dibenarkan naik adalah tram yang disediakan n rasanya akan ada charge yang dikenakan kalau nak naik event jalan kaki gamaknya. tapi semalam aku berjaya meloloskan diri naik tanpa dicharge sesen pun hehehe..sebab weekday daa. tram tu tak perasan lak aku berapa ke rege tambangnya.
secara sejarahnya yang masih dapat dilihat kat sini adalah bukit melawati ni berfungsi sebagai pusat kawalan maritim sebab ada rumah api kat puncak di ani, tapi biasala rumah api kat malaysia ni kalau nak naik kena mintak kebenaran syahbandar la plak dulu baru dapat naik, so macam trip aku ke tanjung tuan aritu je la dapat tengok dari luar, sepesen je agaknya desain rumah api kat tanah melayu ni. selain rumah api ada jugak muzium sejarah kuala selangor dan permainan tradisional, tapi sebab tak minat sangat ngan sejarah aku pun pandang sinis je la kat muzium - muzium tu, mungkin next time kalau aku singgah lagi sini leh la masuk.
ace card taman melawati dan subjek yang memang mendapat sambutan hangat kat sini adalah makhluk tuhan yang kat bawah ni, apa bendanya ni ye? Lontong ke? aku pun bukan kenal sangat apa beza beruk, lontong kera monyet ni..rasa macam semua sama je.. sebab kalau beruk biasa bulu warna cokelat tu kan, ni kaler dia kelabu2 n ekornya panjang..boleh kata 95% pelawat yang naik ke bukit melawati ni tersadai kat lereng bukit/ tepi jalan tengok keletah makhluk Allah ni. pada siapa2 yang berani bolehla membeli kacang panjang dari peniaga yang ada kat sini untuk bagi makan kat binantang tu, diorang tak agresif sangat pun, nampak mintak makanan dari yang adapun macam manja je.. cuma standardla sikap tamak dan tak cukup ngan satu, manusia pun lebih kurang je kan tamaknya hahaha matila terpedas mulut kalau untuk orang yang lebih confident tu binatang ni leh duduk makan sebelah menyebelah ngan korang dengan tenteram je takde la nampak macam diorang nak mengasari orang unless kalau kita yang kacau dia la. tapi sayangnya orang yang datang melawat kat sini tak pandai sangat nak jaga kebersihan agaknya, sebab macam plastik2 makanan, aiskrim ke apa ke..main tinggal je kat atas2 kerusi n jalan agaknya memula niat asal diorg murni kot nak tinggalkan bagi kat lotong tu tapi apa kejadahnya kalau tinggalkan kulit je ye dak? nak suruh lontong tu makan plastik ke?? so nasihat i kepada pelawat yang datang sini please la pikior jauh sikit ye, dah tau binantang ni ada kat sini instead of buang sampah atas jalan or atas bangku better le letakkan kat tempat yang dah disediakan but lebih best lagi kalau sampah2 tak pakai tu semua simpan dulu dalam kereta sementara nak hantar kat tempat yang lebih jauh dari gangguan binatang2 ni takde la nanti kena selongkar ngan binatang2 ni.

so apa apa pun tempat ni kalau nak melawat ok la especially to those yg mmg lalu kawasan ni. untuk mengisi masa lapang waktu2 petang sambil tunggu sunset, jangan sampai tak semayang maghrib sudah..pas tengok sunset leh la mula merayap cari makanan seafood la yang banyak kat kawasan berhampiran.. also kawasan ni dekat jugak ngan kawasan kelip2 kampung kuantan/belimbing tu. selain yang i mention kat atas kat sini ada gak makam diraja n baitulhilal iaitu kawasan nak cerap anak bulan.

Monday, March 14, 2011

i once a millionnaire

salam apa khabar semua...harapnye semua masih sihat dan bernafas dengan tenang kat muka bumi, never stop your breath k. kali ni tajuk entry meledakkan hahaha but it is truthe dat i was once a millionnaire for about a moment as i have experiencing holding a tenth kilos or gold on my hand. when i hold it suddenly rasa macam nak bawak lari je bongkah emas tu then bercita cita nak beli macam2... masa tu 10kilo emas regenya tambah tolak lebih kurang rm 1,000,000.00 huhu ada enam kosong kat situ..banyak2. ermmm actually 10kilo emas tu takde la besar mana pun kiranya macam saiz album gambar tu je. tapi memang berat la. aku merasa pegang emas seberat tu pun sebab aku pernah join satu visit kat lombong emas kat raub pahang, sebab pergi dengan kementerian so dapatla aku masuk sampai kedalam kawasan perlombongan dan siap ada demonstrasi melebur emas lagi kat kami, pas dia lebur kejap je emas tu dah sejuk n boleh dipegang, rasa kalau masa tu kuku aku panjang n tajam macam wolverine ndak je rasanya kutil sikit2 masa dokong benda tu dalam barang 100gram pun dah jadi la kan.
100 gram = RM10,000

perggghh bahagia rasanya kalau aku berjaya kutil sikit masa tu haha, tapi at least aku dapat gak bawak lari batu yang kat dalam gambar kat atas tu keluar dari kawasan lombong tu, . aku dapat dua ketul lagi so siapa nak batu yang ada emas sikit2 tu..aku nak lelong ni kalau ikutkan satu habuk pun korang takleh bawak keluar dari kawasan lombong tu. kawasan lombong tu dah le luas kemain siap dia punya lombong korek gunung macam beratus ratus kaki ke dalam, rasanya kalau konvet jadikan lombong pastu leh tanam mayat yang takkan dijumpai buat selama-selamanya. kawasan lombong yang aku pergi tu rasanya takyah la mention kat sini ye. masa kat sini la aku belajar bahawasanya kerja nak menggali emas ni mmg memerlukan kepakaran dan peralatan yang memakan kos berjuta-juta. tapi sekali dapat korek ko punya return berjuta juta jugak le jadinya. makan masa yang agak lama. Salutation aku bagi pada pihak pengurusan lombong tu sebab walau diorang dah korek diorang tetap rehabilitate balik tempat tu n hopefully berjaya la projek pemulihan diorang tu, kalau tak rugi rasanya kawasan gunung beratus/ribu ekar tu tergondol macam tu je. biarlah kawasan tu balik jadi hutan kekal go go green world.
actually jangan terpedaya ye, yang merelit relit at batu tu bukan emas ori tapi kalau tak silap aku namanya pyrex kalau nak lebih pasti kena tanya ngan geologis la.
pyrex a.k.a pseudo-gold

Tuesday, March 8, 2011

apa ada kat teluk intan? 3

assalamualaikum...apa khabar semua? bajet2 intro blogger popularlah kan walau sebenarnya nan ado readersnya. cadangan awal sebenarnya nak buat blogpost apa ada ngan teluk intan ni dlama tengah bulan la kunun, tapi sebab ketandusan idea nak apdet diiringi nafsu yang meluap luap nak jugak apdet blog so aku fast forwardkan post kali ini yang berkebarangkalian akan dinaiktaraf dari masa ke semasa okay.

Kali ni ada apa plak yang ada kat teluk intan yang aku nak war-warkan kat korang ye..hah ala2 blog pemimpin rakyat kat teluk intan plak duk promosi tanpa henti hehehe...takpe2 utk kebaikan sejagat ye dak.

pemandangan rumah kedai bersenibinakan ala-ala selat ni adalah kawasan yang menjadi tumpuan peniaga-peniaga kat sekitar teluk intan. sebab kalau nak dpat stok barangan yang murah boleh dpat kat sini. ikan masin ke ikan bilis ke bawang minyak cekelat jajan n macam2 la termasuk racun rumpai n baja tumbuhan. aku panggil kawasan ni sebagai tepi sungai sebab lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sungai perak dah tu plak berdekatan jeti yg menghubungkan teluk intan ngan kawasan seberang sana sungai..hahah sebenarnya tak tau nama kawasan tu..kalau nak keseberang leh naik feri but me myself tak pernah lak ternaik bot tu ke seberang. maybe next time and blogpost aku cerita plak. satu kedai yang aku biasa pergi kat sini adalah kedai gunting rambut lama yang diusahakan oleh pakcik india, masih murah lagi charge yang dikenakan, satu kepala rm 4.50 ke 4.00 je ke tak berapa ingat..yang best last skali bila abis potong dia sapu minyak kat tengkuk n buat bunyi krup krup yang kuat kat tengkok..huh berpino jap lepas tu haha..



teluk intan was also previously popular in Malaysia as a replica city which is kat sini macam2 bentuk replika ada macam gambor kat atas tapi takdela sampai termampu agaknya MDHP dulu dulu nak buat replika macam yang buat kat China tu siap semua 7wonders of the world adakan. kat Teluk Intan ada replika buah-buahan, menara condongnya, Intan, Sampan, Meriam macam2 la. tu semua cerita dulu, skang ni kalau nak nampak replika yang tinggal kat teluk intan tu la yang aku tunjukkan kat gambar kat atas tu location betul2 depan masjid daerah simpang utama masuk pekan teluk intan tu, menara condongnya intannya semua dah hilang kemana, mungkin itu sebab minat YDP sebelum ni agaknya YDP yang baru dah tak berkenan lagi kat replika tu so diabaikan dan lama2 hilang entah kemana, tapi sepatutnya boleh la dikekalkan imej teluk intan tu..as an attraction pada tourist kan selain menara condong tu.
Tapi walaupun masa dulu takde la plak diadakan replika udang galah rasanya kat teluk intan ni, rasanya macam kawasan ni ala2 area lubuk udang galah jugaklah sebab kalau orang mancing kat gerotak lama tu aku nakpak besar2 lengan bayi jugak la udang galahnya.banyak je nelayan yang beraktiviti menangkap udang galah kat sini..pertemuan banyak sungai apa..sungai perak sungai bidor sungai suli sungai sumun..hah macam2 la namanya sungai tu. so kalau ada pegawai kat MPTI skang yang terbaca entry ini sila ambik makluman segera ye. nanti kalau aku dapat snap gambo udang galah kat gerotak tu aku selit kat sini..
menu udang galah masak rendang memang terbaikkkk, kepada siapa tak pernah try leh la cuba

Friday, March 4, 2011

Earth Hour 2011

merujuk kepada maklumat yang dicilok daripada encik wikipedia; Earth Hour is a global event organized by WWF (World Wide Fund for Nature, also known as World Wildlife Fund) and is held on the last Saturday of March annually, asking households and businesses to turn off their non-essential lights and other electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change. Earth Hour was conceived by WWF and The Sydney Morning Herald in 2007, when 2.2 million residents of Sydney participated by turning off all non-essential lights. Following Sydney's lead, many other cities around the world adopted the event in 2008. Earth Hour 2011 will take place on March 26, 2011 from 8:30p.m. to 9:30p.m., at participants' respective local time.

marilah sama2 kita duduk dalam kegelapan sejam dari 8.30 malam sampai 9.30 malam 26march 2011 ni sebagai tanda terima kasih dan juga sumbangan kecil kepada dunia sebab sentiasa ada disini untuk kita semua...

Tuesday, March 1, 2011

End of season...


Gambar penghias blog diatas mempamerkan Halim yang tengah gigih mengkopak durian dan ditunggu dengan tabah oleh faiez n aku (xde dlm gambar). aku bukan taknak tolong kopak tapi secara jujurnya mengaku memang aku tak berapa terer nak bukak buah durian tanpa kelengkapan lengkap. so thanks to halim sebab dia dengan setianya menjadi pengkopak durian dan sebagai tanda terima kasih kali ni gambar dia aku letak sebagai pembuka story...

kali ni aku nak berblog pasal musim durian yang melanda daerah tempat tinggal aku dikebelakangan 2 bulan ini, yang aku tau berdasarkan pengalaman lalu, musim durian ada 3 peringkat; memula dia luruh sikit2 - buang buruk katanya pastu jatuh dengan jayanya dan meriah - masa gegak namanya dan lastly yang last2 ni buahnya dah sikit balik dipanggil sebagai buah batu. makanya nasihat bijak membeli durian dr aku adalah: masa yang terbaik kalau nak cari buah durian adalah masa dia tengah2 musim masa tu kononnya buah durian berada dalam kondisi yang terbaik isi yang kuning dan gebu. manakala diwaktu awal kejatuhannya kebanyakannya adalah mangkor(isi keras/muda) ataupun banyak yang rosak, dan diakhir kejatuhannya plak isinya kurang sedap n banyak biji berlapis kata sesetengah pihak profesional. teknik nak tau durian tu masak ke tak pun ada banyak; leh bau, campak n garu dia.
Durian ni plak ada macam2 rasanya..ada yang lemak manis, ada yang pahit ada yang bergas tinggi dan ada juga yang manis secukup rasa, ada yang kuning..ada yang putih..ada yang oren..ada yang lembik..ada yang keras..kat kebun aku boleh dikatakan every pokok ada namanya yang tersendiri ada durian mak.. tok.. hijau.. besor.. kucing tidur.. tepi sempadan.. jantung.. de.. terung.. doremon.. changkat.. patah.. kalau dulu2 setiap adik beradik aku ada pokok durian sendiri but skang ni yang tinggal durian kak jah ngan ju je yang lain semua dah kena tebang demi penanaman sawit, termasukla pokok aku.. dalam banyak2 durian ni pada aku yang paling sedap adalah durian besor sebab buahnya besar n tak tebal tak nipis isinya dan rasanya sedap2 je tak banyak gas tak manis leting..sedang2, wasatiah je duriannya hehe..kalau durian mak plak isinya putih je tapi sedap buahnya rasa lemak manis n ada rasa mcm susu sikit2..pun kire mcm buah peberet la jugak, tp aku sebenarnya bukanla pemakan tegar sangat durian ni..so dalam banyak2 pokok tu aku makan yang terpilih je..yang padanya sesuai dengan naluri kedurianan aku ni.mengikut kajian an hipotesis aku yang belum terbukti sangat semakin hijau kulit durian semakin kuning/oren warna isinya..makanya kepada sesiapa yang memakan durian memandang kepada warna isinya silalah buat pilihan bijak ye
sempena musim durian 2011 ni jugak la aku akhirnya berjaya mengqabulkan harapan beberapa orang kawan aku yang nak merasa makan durian kat tempat aku ni. , bak kata Halim dia tunggu dah 4 tahun baru aku terajak ke kebun durian bapak aku ni "sometimes it wasn't me yang tak nak ajak but becoz of the time restriction sedar2 musim dah habis", Kepada yang tak terjemput tu mintak maaf la ye kiranya macam aku terlepas pandang la tu, then masa tu hanya boleh bawak cerita n share gambor je la..nak suapkan buah duriannya dah nan ado. tapi alhamdulillah tahun dapat gak la kawan2 merasa pengalaman mengutip sendiri buah durian yang segar baru gugur dari dedahannya. Anyway kalau ada rezeki tahun depan boleh ajak lagi, hopefully mana yang tak dapat join tahun ni leh la join sizen akan datang plak, tapi itu pun kalau aku tak pura2 bz la masa tu haha.


kalau tengok gambar kat atas tu, buah yang atas skali tu namanya durian hijo sedap buahnya walau kecik, isi bukan warna oren lagi..sebelah kanan warna kuning tu durian terung dan yang besar tu durian besor rasanya...sebelah kiri skali durian tepi sempadan
masa sekarang ini musim durian tempat aku dah sampai sizen buah batu dah, so rasanya mana buah yang sampai kat KL tu pun rasanya dah bukan buah yang tip top so tapi tak tau la kalau ada buah dari kawasan lain. so bersama dengan ini juga aku announcekan bahawa produksi durian di kebun pak salleh yang terletak di daerah sungai manik telahpun sampai ke penghujungnya, so jangan ada yang gedik2 tanya nak makan2 durian lagi aku sekeh kan skali kang. kalau ada rezeki tahun depan aku war-war kan lagi...
ermmm terpikir kalau buat projek homestay bagi tunggu durian siap bermalam kat pondok tak berdinding(rujuk gambar1) tu agak2 ada yang nak tak?..
yang gambor manggis ni plak saja nak maklumkan bahawa buah manggis musimnya adalah hampir serentak ngan buah durian tapi kali ni mcm takde plak aku nampak orang jual buah manggis takde yang menjadi kot tahun ni..sebab manggis aku ni pun cantik buat ambik gambor je haha isi dalam rusak n dah la tu buahnya yang dekat pokok pun macam segan segan je nak tumbuh maka utk musim kali ni takde banyak sangat buahnya..kali ni aku dapat makan 3biji je agaknya buah manggis walaupun pokok ada 6 pokok huhu, dengan bangganya nak announce aku ada pokok manggis atas nama aku sendiri, tapi buahnya tak dapat tahun ni sebab kena berlumba ngan tupai nak rebut buahnya yang sebijik da je tu haha.
lepas musim durian n manggis herecome musim rambutan n cempedak. lalu bawah pokok cempedak wangi je bau buah cempedak tu lalu dekat pokok rambutan dari jauh dah nampak pokoknya bersulam merah buahnya. pasni kerja menggoreng cempedak la plak, ohhh ye tahun ni jugak aku jumpa satu pokok koko yang berbuah sebiji je tp tak sempat nak merasa sebab koko tu dah ditebuk tupai, lama sungguh dah aku tak makan koko...