Tuesday, May 4, 2010

nak buat jahat

Hari ahad baru ni aku ngan adik adik aku gi la nak mandi air terjun batu berangkai kat Kampar dan sebelum pergi mandi kami pergila menengok adik aku yang lain plak kat SBPI Gopeng..ingatkan kalau dapat nak bawak dia keluar sekali gi mandi air terjun rupanya kecewa. cikgu sekolah dia tak bagi dia outing dan masa tu mula la plan bagai2 antaranya adalah mengkidnap dia bawak keluar dan masa tu juga berlaku satu aktiviti yang sangat kelakor dan sekaligus kalau rahsia ini diketahui ianya akan menjejaskan beberapa pihak haha..so i cannot tell the story here la., agaknya lagi setahun leh la aku ceritakan kisah ni kalau aku ingat la tahun depan tu haha ..pemandangan dari sekolah tu ke arah bukit yang aku nak mandi air terjun tu sangat cantik haritu sebab malam sebelumnya hujan turun menderu deru agaknya dats why la haritu cerah n panas merengsa je haha...

setelah operasi gagal maka kami terpaksa tinggalkan anon kat SBPI Gopeng untuk sambung studynya yang terbantut pagi tu, sian dia tapi nak buat camana...hajat nak buat kejahatan yang tak kesampaian la katakan..therefore kami terpakse la mandi berempat je kat BB tu..huhu bukan bukit bintang ye tapi Batu Berangkai...sampai2 kami terpakse mentransformkan kereta burgundy tersebut menjadi fortuner haha..sebab jalan nak menuju ke puncak semakin hari semakin sukar..tapi tetap rasa berbaloi sebab sampai2 takde orang sangat n kami dapat port yang paling best la kiranya kat air terjun ni..tapi airnya dalam melampau2 sekarang ni sebab dah ada orang tolong empangkan tempat tu..tapi air sangat sejuk dan clearrr....sempat main masak2 maggi dan juga seekor tengas sebaya ibu jari telah menjadi mangsa gorengan minyak zaitun huhu sedap rasanya bau minyak zaitun..


gambor kat atas tunjuk pemandangan bukit BB dari jauh gambar kat bawah menunjukkan betapa klearnya air di BB..

No comments: