Memula kami jumpa zaza dalam keadaan yang amat menyayat hati rambutnya serabai, badan cengkung, matanya berair memanjang sedih nengoknya duk meminta belas ihsan dari kami huhu..mmg kalau kenangkan balik macam kesian je kat dia, macam anak terbuang dan terbiar. Tapi masa tu aku takde la perasaan sangat huhu sebab mmg sejak kecil tak digalakkan bela kucing huhu..tapi nasib baik housemate aku ini seorang bekas pengakap semasa muda remaja beliau, memungkinkannya memegang teguh kepada prinsip "KASIHKAN BINATANG"...
Kini zaza telah dinaik tarafkan kepada anak pungut...haha..sian zaza jadi anak pungut..mak bapak dia macam dah melupakan dia je...masa jumpa ingat lagi dia terumbang ambing didunia yang penuh gelora ni, nasib baikla masa tu dia merayu pada insan kamil yang telah terbuka hati untuk mencurahkan kasih sayang kepada zaza.
Masa jumpa zaza kami otw kemana ntah then terus my housemate ni pergi la membelikan bahan keperluan diri untuk Zaza kat Cheras.. huhu semasa transaksi jual beli dilakukan tanpa disedari aku telah berlaku kejam sikit2 dengan tertinggalkan zaza dalam kereta huhu..sib baik idup lagi sampai sekarang. untuk pengetahuan umum masa tu dia takde nama lagi. hahaha beberapa nama telah dicadangkan untuk diberikan kepada zaza iaitu seperti Angelina, Jojo, Yolanda Mokujah, diana dan beberapa nama lain yang lebih eksotik dan seksi.
Balik rumah siap kami mandikan zaza lagi haha..aku siap bagi minum susu dutch lady full cream hahaha...tapi rupanya dia macam tak lalu makan, makan un sikit2 je..sebab baunya pada masa itu amat la menusuk hidung sehingga menggoyahkan kalbu maka zaza telah dikenakan rutin mandi setiap 2hari..memula macam degil tapi lama2 dah terbiasa agaknya dia pun mula pasrah..masa ni jugak aku membuat hipotesis bahawa pandangan zaza kabur sebab dia tak nak main sangat tu... sikit2 nak tidor sikit2 nak landing
Lama kelamaan zaza menjadi semakin gemuk dan namanya sebagai zaza telah direkodkan semasa aku n kawan aku si fakri pergi membuat rawatan sebab mata si zaza ni taknak kering2 asyik menangisi nasib hidup je rupanya huhu... semasa rawatan dr hewan tersebut kata zaza dah kena conjuncvitis (betul ke eja ni)... <--tak tau kenapa aku suka pakai banyak titik hahaha selingan.
Kini zaza dah sihat dah.dah gemuk dan pandai main je langsung tak nak duduk diam... zaza dah berubah, zaza dah tak reti nak duk dia... tapi tu dulu skang ni asyik pose nak menerkam je kerjanya...apa yang diterkamnya ntah la. jangan dia terkam ikan yang banyak dalam rumah ni dah la..huhu...kalau terkam cicak aku setuju sangat...haha tapi kucing skang ni yang telah disuap dengan friskies nak ke lagi menerkan cicak atau tikus macam cenit kucing tok aku dulu...
entah mengapa aku rasa macam air akuarium ikan emas aku tu macam harmoni je...setenangnya air dikali bak kata Dato' Siti Nurhaliza
5 comments:
waa...zaza sgt comel. Nk kasi 'kawen' x dgn kucing aku jel?
huhuuhuhu... bulu dia x jatuh kat umah ke... dia berak kat mane....umah x jadik busuk ke...... baik abg jale mandulkan dia..nanT takde la asyik bez-bez je beranak...
comelnye kucing hang..persian ka?kasi la nama dia suri..sebab suri cruise kan comel..hehe..:P
SYNTHEARE: huhu kucingnya baru 2 bulan daaa..bagi la dia mengecapi zaman remajanya dulu.
MAE: dia berak dalam kandang dia maaa..takat ni takde bau lagi la, camana nak bez bez kena kurung je dalam rumah.
IRYD: rasanya bukan sebab masa gi klinik aritu Dr tu kata mix
Fakry said---> wahahaha..akhirnya zaza jadik bahan bualan jugak ye...syabbas bete.
bln dpn nama zaza aku dgn rasmi nye akan tukar ke " Le Clitorea" ye... no more bangkangan...hehe
Post a Comment