penulisan kali ini aku nak buat secara interaktif plak ye wehh.. kepada yang berkenaan sila respon hahaha.....
last week aku gi mandi manda lak kat jalan paku bidor perak..huhu tetiap minggu mandi air sungai aku ni. ini adalah port terbaru untuk kubang yang kami temui melalui fesbuk kawan adik aku. ingatkan dekat rupanya jauh jugakla makan masa sejam dari rumah aku kat kg bahagia teluk intan tu <--adakah tempoh itu dipengaruhi cara pemanduan aku yang berhemah? sila jawab.
sungguh ini dah kali ke tiga aku mandi sungai dalam bulan mei 2010 ni agaknya, memula batu berangkai then lentang (rujuk blog adik aku) then kali ni kat jalan paku lak huh gigih sungguh menjadi pemburu air sungai...sungguh segar dan menyejukkan...brrrrr (buat bunyi mcm iklan coke tu) kali ini adalah gara2 terpengaruh ngan gambor cantik kawan adik aku upload kat FB dia tapi nasib baik la mmg cantik pun tempat dia. hutan masih dara dan suci lagi haha...ini disahkan lagi dengan papan tanda "jangan ceroboh tanah adat orang asli", kuiz utk kak ieja ngan cynthia: tanah adat orang asli apa maksud?
air kat tempat ni memang jernih sungguh la..sampaikan adik aku mencadangkan agar sime darby takyah bersusah payah nak gali air bawah tanah kat bidor tu, ambik je terus air kat sini huhu...akak CT adakah boleh ini dilakukan? keliling kawasan mmg la hutan banat sebab lokasinya mmg dekat kaki banjaran titiwangsa ni (haha A++ sangat geografi aku) masa tgh mandi nampak lak orang asli nak gi menembak ikan follow la rupanya tak terfollow ntah kemana la diorang pergi agaknya..kami ni duk terkial2 ikut air redah hutan last2 bosan patah balik. dalam jiwa risau gak kot terjumpa kijang emas hehe...
p/s: nasihat dari orang asli sini katanya kat sini banyak lubuk airnya dalam2 so agak bahaya sikit la ye...terutamanya yang kat air terjun besar dia tu..
sekian wassalam...
2 comments:
err.. masa DTN dulu cyn yang buat sub doc tanah adat. so aku pass kat dia aa jawab bagi pihak aku huhu..
CYN SILA JAWAB..DAH MENANG APC KALAU TAK TAU TANAH ADAT SAJE JE LA...
Post a Comment