arini actually plan nak gi rumah kenduri kawin anak Pak Jalil <--bukan anak aku ye, ada pak cik sedara yang tiru nama aku. tunggu me familia sampai dari teluk intan ingatkan sampai awal pagi, rerupanya kol masih jauh lagi..so aku tak tau nak buat apa sebab arini housemate tinggalkan aku tak ajak gi jogging huk huk huk..<--hakikatnya dia tau aku malas nak gi. so aku pun sebab rasa nak berpeluh gak kalau kat kampung harus pepagi dah kena gi kebun sawit dah, walau tak pandai kait sawit aku pandai tolak sawit ngan kutip sawit gugur<--kalau buat ni tangan anda akan berbau cekam haha.. so bukak pintu nampak tanah aku yang seluas 600 ekar dah lama tak diusahakan, maklumla kan satu masa dulu aku teringin sangat nak jadi penanam anggur huhu...
so terus jantung aku terkobar-kobar rasanya menyuruh aku membersihkan ladang dan melaksanakan pengoperasian membersihkan daun-daun layu dan gugur, menegakkan pokok mana yang dah condong, menggemburkan tanah yang dah kusam dan membajakan semua sekali supaya diorg berbunga dengan meriah, melambai-lambai je rupa pokok2 an aku tu meminta ihsan aku <--puitisnya ayat jalil huhu maklumla konon-kononnya aku asyik bz n finally aku mencari pisau sumbing dan mula mngerat mana dahan yang tak perlu kat bunga taik ayam n bunga melur aku..<--hebat tak aku siap ada bunga melur?, pastu potong dahan bunga kertas buang daun pokok spider lili dan bunga loceng yang dah layu, kasi ponggah pasir dalam pasu bunga yang dah kematu2 tu..siap pindahkan pokok keladi dalam pasu yang lebih berfesyen..ermmm dah cantas dan caras aku mulakan operasi menggembur lak, terkenang masa lepas SPM inila kerja aku pepagi huhu, sesi mengimbas kenangan lalu ye...bling..bling..gambaran semakin pudar.....
"disember 1999 7.30 pagi - usai soalt subuh aku terus menjalankan rutin harian masa cuti spm ni iaitu aku terus siram pokok bunga mak aku yang menimbun2 mak aku suka tanam pokok bunga kertas je senang nak hidup, aku punya kaktus masa tu adalah dalam 100 pasu n 50 spesies agaknya gigih aku kumpul duit sikit beli tetiap minggu kat pakcik pasar tani hari ahad, kekadang pesan kakak aku yg slalu naik cameron banyak tu aku ada 50 spesies ye sekali lagi aku ulang kaktus aku ada 50 spesies..dah habis siram ronda aku mula buat kerja lain, kalau rumput panjang aku merumput selang 2 minggu aku bajakan semua pokok masa tu bunga dia mmg meriah la..macam2 warna ada, siap kalau mood baekk punya aku buat proses pengetutan lagi, senang cakap kerja landscaping n gardening kat rumah mak kau masa tu aku yang pegang la"
skang ni nan ado, dah lanjut umur ni je malas sikit2 tapi bila datang angin semangat abis semua kena gali balik kena gembur <--syabas bette ucapan jalil untuk dirinya sendiri..haha.. gemburkan tanah merumput <--walau tingkat 15 mana ntah dtg rumput aku jumpa ulat bulu ngan ulat tanah kaler putih yang aku jadikan menu sihat utk ikan pirana ngan ikan lampan aku dalam akuarium luar rumah yang penuh dengan kiambang, kiambang aku pun ada 3 spesies ye..haha teratai yang ambik kat kampung dulu taknak hidup plak, takpe pasni aku gi ambik lagi usaha tangga kejayaan..
sejam lebih gakla rupanya aku berkebun kat luar ni..dah lama rasanya peluh jantan aku pun dah mencurah2 so tindakan terakhir aku adalah mensucikan lantai bahagian koridor aku mentelahan lantai didalam rumah usdah seabad adanya tak bergonyoh menggunakan ajax kaler biru...haha
No comments:
Post a Comment