rajah 1: geng mana ntah
26 Februari lalu aku telah melaksanakan walkathon sejauh hampir 500,000 cm kerana aku telah menjoinkan diri aku untuk menjadi perserta bagi perarakan maulidur rasul 2010 mewakili Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. siap dapat baju percuma kaler hot pink seperti yang ditunjukkan didalam rajah 2 dibawah.
rajah 2: warna pink kebanggaan NRE
rajah 3 pula diambil semasa PM lalu untuk masuk ke dalam masjid Putra, aku tengok gambar ni macam gambo yang dalam surat kabo je so aku pun masukkan la gambar ni..haha baru la blog aku nampak macam surat kabo jugak huhu..memula ingatkan agong yang datang, sesungguh aku beratur, rerupanya aku silap. yang datang adalah pemangku agong kalau tak salah aku Sultan Kedah huhu...tula main join je kan.
rajah 3: wajah PM Malaysia
lepas selesai semua peserta dah masuk ke dalam masjid untuk memulakan sesi ceramah, aku plak mula pelan2 melangkah pergi dari majlis. ingat nak tunggu bas NRE datang mai ambik aku, rupanya tak datang2 so aku pun pelan2 jalan kaki sekali lagi dari Masjid Putra Lak ke Bangunan NRE. jalan2 cuci mata je la masa tu..sampai kat kereta duduk masuk terus rasa sakit pinggang..huhu inilah akibatnya dah lama tak makan susu fernleaf haha. so untuk haritu aku rasa langkah aku adalah lebih 10,000 kot dan keputusan perarakan tak tau lagi bila nak keluar..macam ada harapan menang je sebab kaler kami paling menyerlah masa tu, tambah lak ngan kecomelan aku dalam skuad NRE tu pasti jayanya la perarakan kami tu kalau tak menang gak tak tau la aku nak kata apa. dah macam buat buat pengorbanan suci sangat rasanya aritu..haha sucikah?? hahaha...
No comments:
Post a Comment