Sunday, March 14, 2010

DeSa WATer PaRK : a tribute to ANA

ini cerita lama..cerita zaman dulu kala, upload lambat sebab takut ana jeles hahaha...memula nak ajak dia gi mendi desa water park menggunakan tiket percuma yang aku dapat dari kawan lama. tapi tetiba pk sian lak kat dia nanti sebab tetiba muncul dikalangan orang tak dikenali sebab aku pun tak mengenali bebudak kawan aku tu...SORRY YE ANA


last2 aku bawak shah housemate aku. sampai2 desa waterpark pun dah tengahari, memula sampai nampak ombak bergelombang-gelombang teruja rasa nak main tup2 sampai kawasan pantai tipu tu angin mula damai sampai ombak takde huhu kecewaaa...... tapi tak putus asa tengok jadual kata next wave kul 12.30 so sementara mentabahkan hati tunggu kul 12 tu aku jejalan kat dalam tu, tapi jalan dalam air ye...haha..besttt cumanya panas telah menyibak-nyibakkan kulit aku, walau aku berkulit sawo matang tetiba haritu kulit aku merah macam udang di panggang menggunakan ketuhar gelombang mikro ... (perkara ini tak disedari sampai waktu nak balik, kulit rasa kena siat2) huhu..panasss
belum pukul 12.30 pun lagi aku ngan shah dah tersadai kat tepi pondok musik nak tunggu ombak mula balik...tapi pak cik tu kejam dia tipu..benci benci..benci... kul 1.00 baru start pasang terus terkinja kinja persis model CK aku terjun masuk dalam lautan yang bergelora tu..jeles tengok orang yang ada pelampung, terumbang ambing je rupa hidup diorang..aku tergoyang-goyang je dalam air tu..huhu tapi rupanya sebagai model CK aku tak tahan nak berendam lama dalam air yang bergelora tu, aku jadi mabuk kepayang..huhu..so dah berpose-pose dalam 20 menut dalam air tu aku pun melangkah pergi huhu...mencari tempat lain yang lebih seronok.
ooo lupa lak nak cerita sementara tunggu ombak yg ganas tu aku naik benda yang gambar atas sekali tu yang pusing atas pelampung dalam gelung tu, tobat rasanya aku taknak naik lagi...kalau la masa naik tu aku ada kuasa mengepause masa mmg aku pause kan pastu jalan kaki je turun bawah...cuak kebeybeh aku jadinya hahaha...
permainan ketiga yang aku main lak adalah naik dalam pelampung besar yang boleh sumbat 3-4 orang pusing2 macam yang atas tu tadi cuma tak selaju yang tu la...aku boleh terima yang ni. nak main la plak kena kiu sepanjang 30rantai rasanya pastu siap kena siram2 ngan air lak, tetiba rasa diri kiut macam gajah yang sedang dimandikan hahahaha....nasib baik kurang insiden memalukan semasa bermain yang ini sebab kawan aku story dia pernah tersangkut ditengah jalan..haha terpaksa pihak management tambah kuasa air untuk tolak, kami pun digalakkan berlenggang dangdut atas tu nak mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan penyetopan perjalanan kami
dah letih kami pun nak balik, on the way keluar baru aku perasan sign board ini dan terus terkenang semasa lawatan air terjun pancing kat Kuantan aritu, MANDI MENGGUNAKAN SARI ADALAH DILARANG YE...hahaha...

No comments: