Thursday, March 25, 2010

TerengganU


sian gambar ikan buntal ni dah lama terpampang tanpa diceritakan kisahnya....so skang ni aku nak cerita kisah ikan buntal. apa kisahnya ikan ni aku pun tak tahu, aku tengah menulis secara berkala bagi memastikan blog aku ini bertulisan huhu...untuk makluman semua yang sedang membaca keluhan dan rapikan aku ini, gambar - gambar ini semua aku ambil semasa lawatan yang tidak melibatkan kerja ke Terengganu. percaya atau tidak aku dah buat satu kerja yang aku rasa ok iaitu menemuduga diri aku kat terengganu dangan tujuan menduga lautan yang luas dan dalam..haha tema UMT terokaan seluas lautan..huhu...

iye encik Hisam sesungguhnya percaya la aku bukan pergi jejalan aku pergi untuk menghadiri temuduga..haha tapi yang sadisnya tak sangka boss aku akan naik angin sebab kami bertiga menghadiri temuduga di Terengganu..ada ke patut suruh balik hari gi terengganu, ingat kami ni superhuman kah??? melainkan kalau kami dibiaya dengan menggunakan naik kapal terbang.. kami kesana dengan menaiki kereta pakwe/ tunang asni iaitu merupakan seorang penolong setiausaha permit di Bahagian Mineral dan Geosains.haha..

ermmm apa lagi la aku nak merepekkan ni, ooo dikesempatan ini juga aku nak maklumkan walu pun keputusan temuduga di UMT belum keluar namun aku telah pun melangkah pergi dari BMG bagi menceburi bidang baru yang rasanya adalah lebih bersesuaian dengan kelayakan aku..aku akhirnya kembali ke dalam industri perancangan bandar dan wilayah..doakan kejayaan aku selalu ye rakan-rakan (skrip tv rtm)...
pasni aku akan berusaha dengan lebih gigih..harapnya la


seterusnya aku nak cerita pasal apa lagi...ermmmm pasal apa ye..ermm.. tetiba kotak fikiranku kering, nanti la aku tambah lagi ye











































































































Wednesday, March 17, 2010

JalilKacak the Series: 4-5 SMK SERI PERAK



Rasa nak tulis sebab nak counter attack essay kak ieja, tapi rasa maleh..tapi jalilkacak tabahkan juga hatinya untuk menyerang balas...so bersambunglah siri jalilkacak ini...

selepas jalilbijak menghadapi PMR dengan jayanya dia meneruskan pembelajarannya di sekolah yang sama kerana dia tahu, kalau dia ke tempat lain kononnya untuk masuk asrama maka sejarah silam mungkin berulang..maka atas kepintaran kedua orang tuanya maka jalilbijak tidak dimasukkan ke sekolah berasrama lagi...haha padahal serik!!! masa melangkah ke peringkat menengah tinggi sebab PMR menengah rendah maknanya form4 jalilbijak terjemahkan sebagai menengah tinggi la ye dia masuk kelas 5Cekal yang mana guru kelasnya adalah cikgu kimia, so makmal kimia di atas adalah ibarat padang permainan buat kami semua huhu..nama cikgu jalilbijak adalah Appalasamy dan paling jalilbijak ingat adalah kereta AAH 8088 cikgu tersebut.

walaupun cikgu aku adalah cikgu kimia namun aku tidaklah bijak sangat untuk belajar kimia, letih gile susah nak belajor benda ni, tapi satu buat aku kagum ngan subjek ini adalah bila cikgu tersebut buat ujian logam yang meluncur laju atas air tu..rasanya kalium sebab kalium sangat penakut air maka dia lari laju-laju atas air tu hahaha...
Sebab aku dah ada subjek kimia semestinya aku jugak student untuk subjek fizik dan biologi, fizik aku ala2 separa berjaya tapi Bio leh la jugak nak riak huhu..ingat pesaing masa tu fiza namanya..tapi okla merasa gak 3 utk SPM huhu nama cikgunya cik Alena rasanya n cikgu fizik aku lak nama Hajariah, sorry sesangat kat dia sebab sungguh2 ngajar tapi sebab suka main dalam kelas dia so markah aku banyak la jugak huhu....siapa tau apa itu prinsip bernoulli? dapat jawab aku bagi 2kupang...

subjek lain ok la nak membolehkan aku sambung study ke tempat lain lak...tapi tempat lain tu aku masuk asrama....so nantikan sambungan siri ini, adakah jalilkacak akan berubah????

lama sungguh dah tak jumpa kengkawan masa menengah rendah ni, kira alhamdulillah semua nya berjaya...kira mmg la aku ni bersekolah di sekolah yang benar huhuhu...

Tuesday, March 16, 2010

JalilKacak the Series: 2-3 SMK SERI PERAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ni aku nak cerita lak pasal sekolah lama aku masa berusia belasan tahun, aku sekolah harian je kat teluk intan..tapi dah mmg disebabkan aku ni dari baka yang genius la jugak so alhamdulillah aku dapat gak sambung blajar kat menara gading... hahaha ayat gading <--jiwang tak larat.

tapi betul sincerely from my kind heart aku mmg la sekarang ni rasa teramat sangat la seronok masa belajar compare ngan sekarang ni...kurang2 masa belaja cuak atau gabra setahun 2kali je...itu pun masa nak ambik result, masa sebelum periksa apa pun aku tak kisah hahaha..

untuk pengetahuan UOLS aku masuk SMK seri Perak ni pun masa tahun 1996 bukan seperti sepatutnya 1995 macam kanak2 lain..mungkin sebab kegeniusan aku memula dengan bangganya kunun nak gi ambik subjek Bahasa Arab rupanya Jalil gagal diperjuangan..huhu mana taknya tiap kali masa ustad masuk kelas aku tidur huhu..suara ustad tu aku dengar mendayu-dayu je...so salah siapa kalau aku tertidur?
tatap aku taknak mengaku kesalahan sendiri, so disebabkan aku asyik gagal aje exam masa tingkat 1 n tingkat 2 aku dipindahkan ke sekolah yang lain, iaitu sekolah yang dekat ngan rumah aku. masa tingkat 1 tu kira asrama la..tapi asrama kampung, my mum n dad always give a visit la everytime they go to the kebun they will singgah to my skull..but everytime they come at that time la i sleep...mmg la aku ni takde mengalamai masalah untuk tidur huhu..janji bagi ruang aje cukupla...

masuk sekolah seri perakaku terus dapat kelas no 1 pandai masa tu, kelas 2 bersih..kira no 1 Amanah tapi tak kira sebab diorg ada bahasa arab. huhu..see my kegeniusan telah terbukti...tapi sebagai anak yang manja aku tak dapat continue study tempat lain lepas PMR. tapi untuk PMR aku really2 berterima kasih kepada cikgu sarah, cikgu matematik aku..kalau bukan disebabkan dia mungkin aku dah jadi budak terbiar sekarang ni..bayangkanla dari aku punya exam bulanan n topic asyik gagal je terus menjadi hebat masa PMR...dapat B kira ok la tu, mana tak jadi bijak masuk2 je dia dalam kelas, aku macam rutin je dipaksa buat latihan kat whiteboard so sebelum dia masuk terpaksala aku meniru budak yang bijak sikit dari aku, mangsa masa tu selalunya emi n jedi la..skang dua2 pun dah hilang. Another favourite subject aku is geografi nama cikgunya cikgu Noraini kira kat situ dia guru cemerlang la rasanya, IOLS dapat A ok untuk subjek ini..haha jalilkacak pasni juga digelar jalilbijak..

aduhhh tetiba aku terngantuk la..ok la aku tidur dulu nanti sambung lagi daaaaa lambatnya gambar ni nak upload my wimax menari makyong plak malam ni huhu...

seminit lagi tak upload gak aku tidur....

Ledang Resort




Sunday, March 14, 2010

DeSa WATer PaRK : a tribute to ANA

ini cerita lama..cerita zaman dulu kala, upload lambat sebab takut ana jeles hahaha...memula nak ajak dia gi mendi desa water park menggunakan tiket percuma yang aku dapat dari kawan lama. tapi tetiba pk sian lak kat dia nanti sebab tetiba muncul dikalangan orang tak dikenali sebab aku pun tak mengenali bebudak kawan aku tu...SORRY YE ANA


last2 aku bawak shah housemate aku. sampai2 desa waterpark pun dah tengahari, memula sampai nampak ombak bergelombang-gelombang teruja rasa nak main tup2 sampai kawasan pantai tipu tu angin mula damai sampai ombak takde huhu kecewaaa...... tapi tak putus asa tengok jadual kata next wave kul 12.30 so sementara mentabahkan hati tunggu kul 12 tu aku jejalan kat dalam tu, tapi jalan dalam air ye...haha..besttt cumanya panas telah menyibak-nyibakkan kulit aku, walau aku berkulit sawo matang tetiba haritu kulit aku merah macam udang di panggang menggunakan ketuhar gelombang mikro ... (perkara ini tak disedari sampai waktu nak balik, kulit rasa kena siat2) huhu..panasss
belum pukul 12.30 pun lagi aku ngan shah dah tersadai kat tepi pondok musik nak tunggu ombak mula balik...tapi pak cik tu kejam dia tipu..benci benci..benci... kul 1.00 baru start pasang terus terkinja kinja persis model CK aku terjun masuk dalam lautan yang bergelora tu..jeles tengok orang yang ada pelampung, terumbang ambing je rupa hidup diorang..aku tergoyang-goyang je dalam air tu..huhu tapi rupanya sebagai model CK aku tak tahan nak berendam lama dalam air yang bergelora tu, aku jadi mabuk kepayang..huhu..so dah berpose-pose dalam 20 menut dalam air tu aku pun melangkah pergi huhu...mencari tempat lain yang lebih seronok.
ooo lupa lak nak cerita sementara tunggu ombak yg ganas tu aku naik benda yang gambar atas sekali tu yang pusing atas pelampung dalam gelung tu, tobat rasanya aku taknak naik lagi...kalau la masa naik tu aku ada kuasa mengepause masa mmg aku pause kan pastu jalan kaki je turun bawah...cuak kebeybeh aku jadinya hahaha...
permainan ketiga yang aku main lak adalah naik dalam pelampung besar yang boleh sumbat 3-4 orang pusing2 macam yang atas tu tadi cuma tak selaju yang tu la...aku boleh terima yang ni. nak main la plak kena kiu sepanjang 30rantai rasanya pastu siap kena siram2 ngan air lak, tetiba rasa diri kiut macam gajah yang sedang dimandikan hahahaha....nasib baik kurang insiden memalukan semasa bermain yang ini sebab kawan aku story dia pernah tersangkut ditengah jalan..haha terpaksa pihak management tambah kuasa air untuk tolak, kami pun digalakkan berlenggang dangdut atas tu nak mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan penyetopan perjalanan kami
dah letih kami pun nak balik, on the way keluar baru aku perasan sign board ini dan terus terkenang semasa lawatan air terjun pancing kat Kuantan aritu, MANDI MENGGUNAKAN SARI ADALAH DILARANG YE...hahaha...

Sunday, March 7, 2010

BreakFast @ McDonald


Ini kisah aku makan mcdonald menggunakan kupon untuk breakfast...
dengan hanya bayaran RM3.15 aku dapat makan satu Sausage McMuffin, Hash brown ngan air kopi. pagi tu aku pergi bertiga termasuk aku, housemate aku yang baru dan yang lama..hehe..untuk pengetahuan am korang rumah aku skang ni dah ada 3orang.
Bila dah gi makan 3 orang maknanya aku kena la mengepow abang aku kupon makan 3 orang, memula sebelum nak pergi aku terpk benda ni boleh ke guna untuk weekend, sebab aku nak guna semalam sabtu..aku pernah terbaca macam untuk weekdays saja..tapi pergi la jugak cuba nasib kat giant taman connaught (betul ke ejaan ni?) tu..


memula order macam cuak takut kemaluan, mmg dah sipi2 nak malu bila budak cashier tu kata tiket tu takde chop validity date..huh rasa masa tu pipi dah memanas dan memerah menahan malu, mmg sib aku baik sebab takde orang lain kat situ. mmg tiket tu aku dapat secara tuuutttt...haha..so sebagai insan suci sekali sekala nak buat onar takut terus terkantoi. tapi selamatttt akhirnya, dapatla kami 3 sausage mcmuffin, 3 hashbrown n 3 refillable arabica coffee.

perut kami ni sebagai perut melayu sejati tetap mempunyai rancangan nak memakan nasi lemak kat pasar ikan kat pekan sungai besi lepas makan mcD ni. rupanya sesudah makan baru kami sedar itu semua adalah nafsu belaka, sebab ketiga2 kami telah kekenyangan dan tergolek-golek macam ikan yu yang telah disuntik ubat pelali... (perumpamaan seumpama perumpamaan karam singh) haha...tapi enakkkkk la kesimpulannya benda ini..

Monday, March 1, 2010

Maulud Nabi 2010

rajah 1: geng mana ntah
26 Februari lalu aku telah melaksanakan walkathon sejauh hampir 500,000 cm kerana aku telah menjoinkan diri aku untuk menjadi perserta bagi perarakan maulidur rasul 2010 mewakili Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. siap dapat baju percuma kaler hot pink seperti yang ditunjukkan didalam rajah 2 dibawah.
rajah 2: warna pink kebanggaan NRE
rajah 3 pula diambil semasa PM lalu untuk masuk ke dalam masjid Putra, aku tengok gambar ni macam gambo yang dalam surat kabo je so aku pun masukkan la gambar ni..haha baru la blog aku nampak macam surat kabo jugak huhu..memula ingatkan agong yang datang, sesungguh aku beratur, rerupanya aku silap. yang datang adalah pemangku agong kalau tak salah aku Sultan Kedah huhu...tula main join je kan.
rajah 3: wajah PM Malaysia
lepas selesai semua peserta dah masuk ke dalam masjid untuk memulakan sesi ceramah, aku plak mula pelan2 melangkah pergi dari majlis. ingat nak tunggu bas NRE datang mai ambik aku, rupanya tak datang2 so aku pun pelan2 jalan kaki sekali lagi dari Masjid Putra Lak ke Bangunan NRE. jalan2 cuci mata je la masa tu..sampai kat kereta duduk masuk terus rasa sakit pinggang..huhu inilah akibatnya dah lama tak makan susu fernleaf haha. so untuk haritu aku rasa langkah aku adalah lebih 10,000 kot dan keputusan perarakan tak tau lagi bila nak keluar..macam ada harapan menang je sebab kaler kami paling menyerlah masa tu, tambah lak ngan kecomelan aku dalam skuad NRE tu pasti jayanya la perarakan kami tu kalau tak menang gak tak tau la aku nak kata apa. dah macam buat buat pengorbanan suci sangat rasanya aritu..haha sucikah?? hahaha...