Thursday, December 24, 2009

AUS DAPAT LAPAN A

TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!
Tahniah AUS sebab DAPAT LAPAN A
Teluk Intan: seorang budak genius dari keturunan Salleh dan Asmah telah membuktikan kegeniusannya dengan menyecore straight A untuk Penilaian Menengah Rendah. budak genius tersebut yang juga dikenali sebagai Mohammad Firdaus bin Salleh pada hari ini 24Disember 2009 telah mengambil result pereksanya bersama keluarga tercinta. berikut adalah temubual saya bersama budak tersebut:


24 Disember 2009 . 08.30 Pagi
Kring...Kring.... <--ini bunyi talipon rumah

penemuramah: Hello, tengah buat apa?
kakak aus: oo tengah makan...
penemuramah: mak masak apa?
kakak aus: mak masak nasik lemak, enakkkkkk.....
penemuramah: mak masak ke
kakak aus: a'ah...
penemuramah: huhuhu..esok suruh mak bawak ye, aus mana?
kakak aus: kejap ye...AUS!!!!AUS!!! anjale kol (kakak dia laung)
penemuramah: adakah jantung aus tengah bunyi lub dub...hahaha....pukul berapa nak gi ambik resultnya?
aus: pukul 10 la..hehehe
penemuramah: hahaa...okla nanti anjale call lagi

24 Disember 2009 10.45 pagi
Truuuttt...Trutttt.... <---ini bunyi henpon

aus: Hello
penemuramah: hah camana?
aus: cikgu aus belum turun lagi, tapi kawan spy kata ada 98 orang 8A
penemuramah: ooo good2....ada berapa semua yang exam?
aus: ermm ada 130 lebih sepatutnya biorla 100 je..hihi
penemuramah: ada jantung masih lub dub dengan lebih kencang
aus: hahaa..tengah berdebor ni...lub dub lub dub bunyinya
penemuramah: lambat lagi ke?
aus: tunggu cikgu turun...

PASTU PENEMURAMAH MENEMURAMAH EMAK DAN KAKAKNYA PLAK

aus: okla anjale cikgu dah turun
penemuramah: ok nanti anjale call lagi 10 menut...(a.k.a. minute)
aus: Ok Bye

lepas tu penemuramah masuk opis, lepas tu terleka jap janji 10 menut jadi terlajak...cek2 henpon ada mesej from mae
" Aus dpt 8a...he said oder was coming."

terus call adik <---sebab bwk henpon adik je masa tu
Truuttt..trutt....

Penemuramah: Hello...macam tenang aje suara
Aus: hehehe
penemuramah: haha tahniah..TahnIaH..tAhNiaAH... nak tempah apa2 tak??
PERBUALAN SETERUSNYA ADALAH RAHSIA....
huhuhu

apa pun anjale mengucapkan tahniah sangat2 pada aus sebab sukses dalam cabaran kali ini...
BANGGA BEBENOR RASA HATI INI...

Friday, December 18, 2009

"GATHERING TOGETHER2"

"SILA BACA KISAH DALAM NADA SYAIR"
weekend lepas gi gathering,
ngan bebudak studio planning,
gathering makan kenny rogers,
cikgu reen yang belanja, terima kasih ye.
studio planning orang 27,
tapi gathering cuma 7,
lenkali kalau ada kontek lagi
leh la tambah ahli gathering
pesal ngan diyana udah kawin,
tinggal jalil, reen n bee yag masih bujang,
namun begitu bee dah berpakwe,
tinggal lagi 2 je yang available
lepas makan berpusing-pusing,
hajat pertama nak tgk wayang,
hajat kedua nak main bowling,
kerana tak dapat main bowling,
kami pergi tgk wayang,..
sebab kesian tak dapat main bowling,
kami main posing2,
pastu kami tgk wayang,
yang lain tgk storm warrior,
pesal je tengok cerita santau,
inilah dia syair separuh jalan utk sekali ini...
kepada pembeli pantun syair diluar sana silalah beli syair ini
p/s: camana nada syair ye??

Monday, December 14, 2009

NORA KAHWIN NORA

tgk gambar je dulu ye, story tgh takdak idea ni...




Thursday, December 3, 2009

PAGI TENGAHARI PETANG MALAM


kalau pagi2 masa nak pergi kerja aku bangun tengok matahari baru nak keluar dari belakang bukit depan rumah aku

kalau masa hari bekerja mmg tak merasa nak tengok langit yang cerah macam kat atas ni, sebab bz bekerja... wahaha bz sangat aku


bila balik petang tengok matahari dah nak tenggelam dah, itu kalau sempat la...ada gak balik dah malam gelap gelita...

teringat masa kecik sapai u dulu...semua bentuk cuaca dapat dinikmati hampir setiap hari..

nampak matahari terbit, nampak langit terang, nampak matahari tenggelam, nampak gelap malam dengan bintang2

wahaha lagi sekali sebab tak sangka aku begitu puitis

Sunday, October 25, 2009

SaN FRAnCIsCo

semalam tengahari buat pertama kalinya makan kat Pizza San Francisco ngan hafizi ..and well sebagai 2 orang budak baru belajar dengan memakai mekap tebal kami memplejarai teknik2 untuk mengorder makanan kat restoran yang elegan ini wahaha...(gambar atas aku sengeh je sebab tak tau nak makan apa n tak tau kaedah pengorderan diambil), selepas menginterview abang kat situ rupanya ordernya adalah secara ala-carte ye, takde set2 macam KFC @ McD tu.
so gambar kedua ini menunjukkan muka aku yang success mengordernya pizza yang nama dia capriciossa...dialetak cendawan, daging, mozarella, tomato ngan cabe burung, budget pedas la..rupanya takde la pedas. tapi rasanya enak sikit daripada pizza hut(dah boring kot) sebab pizza dia lebih crispy dan banyak kandungan bahan-bahannya dan jangan lupa bahawa kami mengorder pizza yang bersaiz large, tapi order pizza je la sebab masa tu takde duit hahaha...ngan aku minum air berkarbonat manakala kawan aku minum ice lemon tea.
satu lagi benda yang macam best kat kedai ni adalah butang loceng yang dia letakkan kat atas semua meja.meudahkan para pelanggannya untuk membuar order atau merequest bermacam-macam benda, sebab agak terharu dengan perkhidmatan ini meja kami telah menekan loceng ini bertubi-tubi (2kali je) hahaha...

gambar ketiga ini pula menunjukkan benda yang saya tak order...huhuhu...takpe lain kali nanti boleh cuba makan lagi kat sini masa duit tengah banyak.
p/s: siapa nak ikut?

Tuesday, October 13, 2009

DRAMA SAYA TONTON KINI

1. drama grey's anatomy, cerita pasal doktor2 dan sangat seronok jalan ceritanya..nak kata mencabar sangat tu takde la kot...tapi layannnnn aje menonton cerita ni..dalam cerita ni DR feveret i adalah DR BAILEY iaitu doktor yang ketot dan rambutnya mirip cendawan tu..sangat berhemah dan cekap dia itu. very the supportive, garang dalam baik..terkenang cikgu sarah yang ngajor matematik dulu.sekarang cerita ni dah sampai season 6 dah sedangkan aku baru dalam proses untuk menghabiskan season 5 tapi tv dah tayang season 6 dah ooohhh nampaknya aku ketinggalan

2. Yang ni plak cerita HEROES, saya mmg tengok cerita ni dari season 1-3 dah yang keempat masih lagi ditayangkan..saya sangat suka dengan cerita ini sebab saya juga suka cerita mengarut-ngarut ini dan juga cerita kehancuran dunia (hahaha ganasnya saya). dalam cerita ni super power yang saya rasa paling power skali adalah kuasa si Hiro Nakamura tu dan dia sangat kiut2 ayam rupanya...skrip kegemaran dia ialah yatta!!!...(betulke) dan kuasa dia adalah dapat teleport melangkaui masa dan ruang dan juga beliau boleh menghentikan masa. tapi untuk season 4 rasa macam malas2 ayam je nak tengok
3. ini DROP DEAD DIVA, kat TV malaysia rasanya takde tayang lagi, tapi aku dah dload sampai episod terakhir, 2 episod lagi aku ken atengok..kesbukan telah menghalang aku dari menontonnya..cerita ini pada aku amat best sebab cerita pasal lawyer, aku suka cerita lawyer (matilah semua jalan cerita aku suka)...tapi betul cerita ni mmg best, so kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah tengok cerita ni..

4. lagi... saya suka tengok MERLIN, walaupun aku taklah mengetahui sejarah MERLIN ini asalnya namun kini aku tau inilah cerita zaman King Arthur yang kekonon femes sewaktu dia masih berusia remaja..saya mmg la suka tengok cerita2 lagho ini..tak tahula kenapa ini jadi cerita wajib saya setiap minggu mesti dload..sekarang dah sampai season 2 episode 4 dah...ceritanya agak perlahan tapi macam ada ganja lak asyik bagi aku terperingin untuk menontonnya setiap minggu.

5. last sekali skang ni aku layan cerita glee..cerita pasal kumpulan penyanyi sekolah yang disertai oleh boleh dikatakan student-student yang takde nak glamer mana sangat..dan diorang sangat bercita-cita ceritanya ada macam high school musical sebab banyak nyanyi2 dalam ini cerita..menghiburkan jugakla tengok

Saturday, October 3, 2009

GuD LuCK aUS


walau telah diwarning oleh abang mae supaya tak tiru idea untuk mengwishkan GuD LuCK kepada aUS sempena dia nak menghadapi peperiksaan Menengah Rendah pada 7hb Oktober iaitu Rabu hadapan. diharap supaya aus akan dapat menghadapi segala soalan yang dikemukakan tanpa ragu2 dan dengan penuh keyakinan...


May GOD bless u kata omputihnya, kata melayunya semoga ALLAH memberkatimu
jawab soalan bior tenang-tenang ye... usah gopoh2 sangat tapi jangan le tenang benor macam air di kali, takut plak tak sempat jawab.
apa pun Anjale wish Aus all the best untuk pepereksaan PMR 2009 ini.

Wednesday, September 30, 2009

MENYAMBUT SYAWAL

assalamualaikum dan selamat hari raya lagi sekali hehe ('o') kali ni nak cerita pasal sambutan hari raya dan persediaan semasa syawal..raya aritu aku balik awal dari orang lain, balik hari khamis dah kat kampung dah then khamis depannya dah start kerja lak..tapi tak rasa menyesal sebab dapat join untuk persediaan raya contohnya mengacau dodol, bakor lemang, tgk orang masak tempeyek, melibatkan diri dalam aktivit merendangkan ayam dan menganyam ketupat (haha matila propa je). siap ada aktiviti merayau kampung macam YB, aktiviti menyumbang dan main bunga api n mercun, tp mercun bodoh2 je la, tak berani nak main yang ekstrem sangat. malam raya tu menantu mak dari seberang perak bawak bunga api untuk merdeka tu meriah la jugak..untuk aktiviti lain aku dah letak keterangan kat gambar yang disertakan. cukup malas rasanya nak mengarang panjang2..kalau nak tau bacala tulisan yang ada kat gambor tu..sekian wassalam

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri, dalam kesempatan ini yang masih lagi dalam bulan syawal yang mulia ini, aku harap masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat handal dan kenalan yang mana tak terucapkan salam masa aidilfitri aritu, pada kesempatan ini juga nak memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini sekiranya terdapat kekasaran bahasa, terlanjur tulis dalam blog ini dan juga dalam kehidupan seharian.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
nota jalil: ayat dalam gambar atas tu thanks tu encik Lah

Tuesday, September 8, 2009

Tak Nyempat2 nak Beraya

huhu BMG punya staff memang la teramat proaktif, see the bukti..orang lain belum buat lagi bahagian kami dah CANTIK dah..huhu serasa macam dah dekat je ngan raya padahal ada lagi 2minggu, lampu lip lap dah pasang, ketupah reben dan gantung...kad raya-kad raya tahun lepas pun dah bergayut-gayut je...ada Bahagian yang berani celen ke? muahaha...

gambar kad raya kat atas tu adalah yang dekat meja aku, sedihhhh dapat yang kurang comel haha walaupun meja aku ni aka nya meja penyambut tetamu tapi takpe sebab aku dah mencomelkannya dengan meletakkan beruang ngan kucing ngan dinosour ngan burung.patut lampu lip lap pun letak kat tempat aku ni haha bior bling2 bijik mata aku.. malam ni aku kena stay kat opis nak kena siapkan paper untuk MMN-7 nanti..terpaksa buke kat opis makan nasik bungkus, hahaha macam la kat rumah makan nasi kawah,

nota jalil: tetiba rasa maleh lak nak menaip daaaaaaaaa

Monday, September 7, 2009

PUASA 15 & 16

Salam,


untuk puasa ke 15 dan 16 aku berbuka puasa kat De Palma Sepang, untuk hari pertama makanannya sedap terutamanya ayam bakar dia makanan nasik ngan gulai lemak ayam dia pun best jugak. walaupun tempatnya macam kecil tapi rasanya puas hati la untuk bayaran sebanyak RM29.00 per head yang dikenakan. makanan dia okla.
ada 2-3 warung la dia bukak, antara produk yang terdapat kat warung-warung tu adalah koay teow goreng, cucur udang, Ais Batu Campur ngan Rojak pecal-untuk malam sabtu tu.


bagi malam kedua plak makanannya agak hampeh sebab takde ayam panggang haha...still ada buat ikan bakar tapi maintain macam malam sebelumnya yang mana ikan bakarnya langsung tak masak. siap potong2 nampak merah lagi dagingnya. tak paham la aku, payah sangat ke nak bakor ikan, rasanya takla lama sangat tapi diorang agaknya feeling2 duk kat jepung nun kot makan ikan mentah (harap airid tak buatla makan ikan mentah tu) tapi ayam bakar dia mmg sedap dan memuaskan hati, sampai kak ieja tiga kali la beratur nak dapatkan ayamnya, rasa dia punya sos lada hitam pun light2 yang enak je...so rasanya mmg la puas hati makan malam tu, lepas makan perut pun kenyang nak kena sleep haha..selepas hantar semua jemputan balik kami balik bilik dan dapat lelapkan mata sebelum kena panggil balik untuk kerja sampai tengah malam huhu..


Thursday, September 3, 2009

WHAT type OF mercun DO you Play?

hehe..salam semua, kali ni nak bagitau lak pasal mercun apa yang biasa dimainkan bagi memastikan kemeriahan raya terasa (tapi sekarang dah diharamkan ye adik2). kalau masa aku kecik2 dulu macam2 jenis mercun ada jual siap jual kat kedai runcit pun, lepas diharamkan kena jual sorok2 dan sekarang boleh tahan la senangnya nak dapat mercun ni cuma harganya la mahal teramat sangat rasanya.. kalau dulu bunga api tangkai belang-belang tu 2ringgit dapat seberkas dah ni tadi nampak macam sebatang sekupang je harganya..huh mahal sungguh, ini baru betul2 bakar duit namanya (hahaha macam zaman aku free aje kan bunga api n mercun ni)
walau macam tu pun aku ni bukanlah pemain bunga api/ mercun yang merbahaya sangat bunga api yang biasa aku main kekecik dulu adalah bunga api batang belang tu la takpun bunga api cap kucing yang tangkainya besi tu. tak mampunya nak beli yang warna warni tu, yang tu masa umur aku dah harga 2kupang satu hoh rugi2.
tapi kalau bab mercun boleh kata semua spesies aku dah try la walaupun pada setiap tahun setiap kali nak start main mercun tu rasa macam cuak kebaibeh aje, tapi lama2 jadi syiok plak membakar mercun tu. tapi yang paling selalu n standard adalah mercun papan atau mercun padi, gambar mercun merah kat atas tu mercun papan ye mercun padi kecik sikit dari tu regenya sepapan 3kupang huahuahua...ganas tak aku siap ingat harga lagi.
mercun yang lain macam mercun roket, mercun lebah dan mercun gasing selalu gakla main cuma kadar kekerapannya jika dibandingkan dengan mercun bola n mercun ketupat tu adalah lebih tinggi. mercun ketupat ngan mercun bola ni bunyi kuat kemain n agak bahaya la jugak.so lepas pasang sumbunya terus cabut lari jauh2 haha...kalau mercun padi tu berani la main baling kat orang. kalau mercun lebah atau ular atau katak memang bahaya sebab dia main jalan kemana dia nak pergi je.
tapi apabila aku melangkah lebih dewasa start main meriam tanah lak, memula main meriam tong je tapi lama kelamaan akibat rasa boring ngan bunyinya yang tak mencabar sangat kami diinovatifkan untuk menjadi pembuat meriam tanah, siap main lawan bunyi siapa kuat lagi ngan kampung sebelah. selalu jugak kami letupkan merian ni pepagi masa waktu sahur dengan niat nak kejutkan oprang supaya bersahur...[ok la tu beramal baik sikit2]
okla aku dah ngantuk dah ni, hasil penguploadan gambar ini dari internet wimax aku yang agak slow harini, so dah terlajak waktu tidur aku...byeee....zzzzzzzzzzzzzz