Tuesday, October 13, 2009

DRAMA SAYA TONTON KINI

1. drama grey's anatomy, cerita pasal doktor2 dan sangat seronok jalan ceritanya..nak kata mencabar sangat tu takde la kot...tapi layannnnn aje menonton cerita ni..dalam cerita ni DR feveret i adalah DR BAILEY iaitu doktor yang ketot dan rambutnya mirip cendawan tu..sangat berhemah dan cekap dia itu. very the supportive, garang dalam baik..terkenang cikgu sarah yang ngajor matematik dulu.sekarang cerita ni dah sampai season 6 dah sedangkan aku baru dalam proses untuk menghabiskan season 5 tapi tv dah tayang season 6 dah ooohhh nampaknya aku ketinggalan

2. Yang ni plak cerita HEROES, saya mmg tengok cerita ni dari season 1-3 dah yang keempat masih lagi ditayangkan..saya sangat suka dengan cerita ini sebab saya juga suka cerita mengarut-ngarut ini dan juga cerita kehancuran dunia (hahaha ganasnya saya). dalam cerita ni super power yang saya rasa paling power skali adalah kuasa si Hiro Nakamura tu dan dia sangat kiut2 ayam rupanya...skrip kegemaran dia ialah yatta!!!...(betulke) dan kuasa dia adalah dapat teleport melangkaui masa dan ruang dan juga beliau boleh menghentikan masa. tapi untuk season 4 rasa macam malas2 ayam je nak tengok
3. ini DROP DEAD DIVA, kat TV malaysia rasanya takde tayang lagi, tapi aku dah dload sampai episod terakhir, 2 episod lagi aku ken atengok..kesbukan telah menghalang aku dari menontonnya..cerita ini pada aku amat best sebab cerita pasal lawyer, aku suka cerita lawyer (matilah semua jalan cerita aku suka)...tapi betul cerita ni mmg best, so kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah tengok cerita ni..

4. lagi... saya suka tengok MERLIN, walaupun aku taklah mengetahui sejarah MERLIN ini asalnya namun kini aku tau inilah cerita zaman King Arthur yang kekonon femes sewaktu dia masih berusia remaja..saya mmg la suka tengok cerita2 lagho ini..tak tahula kenapa ini jadi cerita wajib saya setiap minggu mesti dload..sekarang dah sampai season 2 episode 4 dah...ceritanya agak perlahan tapi macam ada ganja lak asyik bagi aku terperingin untuk menontonnya setiap minggu.

5. last sekali skang ni aku layan cerita glee..cerita pasal kumpulan penyanyi sekolah yang disertai oleh boleh dikatakan student-student yang takde nak glamer mana sangat..dan diorang sangat bercita-cita ceritanya ada macam high school musical sebab banyak nyanyi2 dalam ini cerita..menghiburkan jugakla tengok

2 comments:

d i y a n a said...
This comment has been removed by the author.
d i y a n a said...

hahahaahhaha. mana hg d/load aa? aku ni masih tercari2